*

Thursday, 3 December 2015

Kembara di Banda Aceh Day2 Part1

Assalamualaikum..
Sebelum  'morning call' jam 4am waktu tempatan ky dah ready nak kemasjid Baiturrahman. Bagusnya tour guide kami ni sangat tepat waktu. beliau memberi ruang selama 10 minit dari masa yang di janjikan. " kalau siapa yang lambat kena tinggal " katanya..hihi
Teruja nak kesana waktu suboh pula. Masyaallah..Subhanallah..suasananya seakan sama seperti dimasjidil Nabawi..
 
hilang rindu sekejap.dapat juga mendengar tazkirah di pagi jumaat. pagar kecil itu yang memisahkan antara ruang solat muslimin dan muslimah

sempat berposing selepas balik dari solat suboh..
kebetulannya..waktu dan tarikh itu ada persidangan parti  * kalau kat Malaysia ada persidangan UMNO, PAS dan PKR lah..lebih kurang gitulah. maka banyak baner di pasang mengalu-alukan kedatangan pemimpin mereka.
dikhabarkan pak menteri Indonesia pun selalu menginap di hotel ini bila berkunjung ke Aceh..

 terus ke cafe untuk sarapan pagi.makan soto yang maveles. terkenang-kenang samapai balik rumah. nak buat tak tau resepinya..boleh try n error nanti..

 melawat musium dan rumah Aceh. biasa-biasa jer..musium kan..










 menariknya melihat pinggan mangkok lama. ky ni kan peminat pinggan mangkok. tak lepas peluang merakam gambar..
 melawat makam pahlawan Iskandar muda. pahlawan terulong di negeri Aceh.kalau tak silap..pernah berkahwin dengan salah seorang puteri dari negeri Pahang..

melawat pula musium tsunami..
 disini de tempatkan monitor untuk melihat video dan audio untuk sama-sama merasai suasana hiruk pikuk semasa tsunami berlaku..


 dikawasan ini tercatat nama-nama mangsa tsunami. ramai sangat sehingga tak terbaca berakhir dengan angka keberapa..


 sebahagian AlQuran yang di jumpai..

 inilah detik sebenarnya tsunami tiba. jam ini menjadi saksi terhentinya jarum waktu itu.
Singgah makan di restoran ' SYIAH KUALA ' nampak dalam gambar tulisan Syiah. bila ada yang bertanya..rupanya ejaan dan bacaan syiah tu sebagai Seikh. mulanya cuak juga..

ky gelarkan air ini.. air sedap. pelbagai jrnis buah di parut/sagat dicampurkan dalam jus tembikai..
olih kerana hari jumaat..kami balik berehat dan solat di hotel. bapak-bapak semua solat jumaat di masjid berdekatan..


17 comments :

  1. jarum jam terhenti saat tsunami..subhanallah...peringatan Allah. sebak hati melihat alquran yg kembang msh direhal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg di ceritakan olih PP kami. Jam besar ini lah yg tinggal sebagai bukti detik itu..

      Delete
  2. tekezut gak igt td da msk kat tmpt syiah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya..terkezut gak..hahaha

      Delete
  3. detik jarum jam terhenti ,sebaknya bila dingati sejarah hitam itu kan...
    KY air tu nampak macam sedap je...tentunya agak unik rasanya dengan parutan buah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik rasanya ..sedap..seger..hehe

      Delete
  4. Satu yg pasti kakak teringin sangat KY ialah mengunjungi masjid Baitulrahman. Ramai yg menggambarkan persamaan dgn Masjid Nabawi itu yg kakak teringin sangat nak jejak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nawaitu yg baik insyaallah..Allah akan kabulkan zakie..

      Delete
  5. Barang2 dan Quran yang menjadi bukti kejadian tsunami.Mesti sebak bila tengok vedio tsunami tu kan KY.
    Satu hari nak juga jejakkan kaki ke masjid Baitulrahman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. vedio tu koleksi rakaman dari amatur semasa kejadian. tak sangup nak tengok lelama..sebak..

      Delete
  6. Salam kakyon..

    Kakyon.. Cantikla pinggang mangkuk tu..
    Lady suke juge brg2 klasik gitu..
    Ukirannye tu yg nmpk sgt cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam LB..
      barang lama terutama pinggan mangkok memang cantik ukiran dan lukisannya.sudah berzaman masih kelihatan baru..

      Delete
  7. jauh benar syiah tu sheikh...adoi!

    ReplyDelete
  8. air sedap tu nampak memang sedap..

    ReplyDelete
  9. bila ingat kembali peristiwa tsunami...merinding jadinya...terasa2 lagi gegaran...

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera tuan/puan semoga sentiasa semua di berikan kesihatan dan di murahkan rezeki nya (aamiin) . Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk (Banda Acheh/Sabang city tour) bagi sesiapa tuan/puan yg dah ada plan tuk bercuti di Banda Acheh/Sabang dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Banda Acheh/Sabang boleh whats app sahaja dekat number ni : +6281263979828 or
    email : muchsinmy2015@gmail.com
    fb : www.facebook.com/muchsin.mustafayatim (untuk lebih detail nya) Dijamin kami bagi harga yg sangat berbaloi & service yg terbaek/layanan 5bintang ***** (insha allah) mohon maap tuan/puan apabila ada ayat yg kurang berkenan dalam promotion yg kami tawarkan ..

    Nb:yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tp kami jamin yg terbaek (insha allah) jom jom bercuti di Banda Acheh dan Sabang murah jer TERIMAKASIH :)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..