*

Wednesday, 2 December 2015

Kembara di Banda Aceh Day1 Part2

Assalaamualaikum..
Apabila di uji dengan dugaan..maka pasrah dan redhalah..
 Selepas berehat seketika, bukan berehat..tertidur terus..* kami terlambat hampir setengah jam dari masa yang dijanjikan untuk berkumpul di lobby hotel. malu-malu alah orang kata..selamba naik bas..nak buat camne perkara tak sengaja.minta maaf pastu buat donno..huhuh
kami meneruskan kembara naik bas menuju ke satu tempat di Desa Punge dimana  terdamparnya sebuah feri  yang panjangnya 63 meter dengan keluasan 1900 meter persegi. beratnya pula 2600 tan, tidak akan terbayangkan dek akal manusia feri itu boleh dilambong ombak tsunami setinggi 9 meter dan terseret sejauh 5 km lalu terhempas di tengah kepadatan penduduk  diBanda Aceh. begitulah gambaran dahsyatnya ombak tsunami.
Dari 11 orang anak kapal dan beberapa petugas lain dalam feri tersebut hanya seorang saja yang terselamat. Diceritakan kerana anak kapal tersebut tidak ikut serta rakan yang lain turun dari feri kerana menjalankan tugasannya..







senarai nama mangsa tsunami terpahat di tugu peringatan..

 


kami tidak berpeluang masuk kedalam feri kerana telah di tutup di sebabkan kami terlewat sampai..

kami solat maghrib di masjid Baiturrahman..masjid yang menjadi lambang mercu tanda Banda Aceh.



Suasana bagaikan berada di masjid Nabawi..sejuk dan syahdu..



Selesai solat kami singgah makan malam di restoran Al-Hidayat. Masakannya enak semuanya..

Pemilik restoran Haji Agos Salim..dulu beliau berniaga makanan dihadapan masjid Baiturrahman. Setelah warong perniagaannya musnah dilanda tsunami..tanpa meninggalkan satu apa pun..kini beliau membina perniagaannya semula dan berpindah kekawasan rumah nya sendiri. Menurut pak HaJi Agos kebanyakkan peniaga sepertinya  memulakan semula perniagaan dari zero seca berdikit sehinggalah ke tahap sekarang..

 




19 comments :

  1. Sampai sudah Kakyon di Banda Acheh ye..
    Menakutkan sungguh tsunami tu ye Kakyon..
    Feri sebesar itu boleh dilambung sehingga 5 km..
    Rasa ralat pula tak dapat masuk dalam feri tu ye kakyon..
    Penat sangat tu yg tertidur rombongan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mendengar cerita mereka pun dah rasa ngeri..apatah yg mengalaminya sendiri.
      mana tak ngantuknya..bangun jam 3 pagi..

      Delete
  2. tempat yang SA idam-idamkan nak pergi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah SA..pilihan tepat melancong sambil menderma..

      Delete
  3. kawasan di sekeliling feri tu dah dicantikkan ya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua tempat yg jadi tarikan pelancong di cantikan persekitarnya. kebersihan pun terjaga..

      Delete
  4. Betul la...nampak suasana damai di dalam Masjid Baiturrahman tu....saya pasang impian nak solat di situ...makanan kat restoren tu nampak best betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru balik..KY rindu nak kesana lagi. In sya Allah..awal tahun kesana lagi.
      makanan sama mcm masakan di sini..itu yg boleh masuk :)

      Delete
  5. Tak dapat nk bayangkan feri yg begitu besar pun boleh hanyut begitu jauh...memang dasyat sungguh tsunami masa tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanalaah..tak terucap dgn kata2 SI..

      Delete
  6. Gitulah kuasa Allah kan KY. Bila Dia mengkhendaki jadi, maka jadilah...... Beruntung KY dapat melihat tinggalan bencana tsunami yg banyak pengajarannya tu....

    Mcm menu kat sini jugak yek KY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde siapa menjangka bila Allah nak menduga umatnya. ujian hebat untuk umat yang masih tinggal dan boleh berfikir ada kah perlakuan lalu mahu diteruskan atau membuat perubahan mencari redha Allah..

      masakan..menu sama mcm kita kat sini Anom..boleh masuklah..

      Delete
  7. subhanallah sebesar-besar feri tu KY terdampar di daratan.. Allahu Rabbi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Ana..
      pemandu pelancung tu kata..sebesar2 kapal besi tu cuma dapat menyelamatkan 1 orang.. sedangkan boat nelayan kayu tu telah menyelamatkan 59 orang..kuasa Allah juga yg menentukan..

      Delete
  8. cantik masjid tu kak yon...kalau belom sampai ajal kan...bole pulak dia tak ikut turun bersama kawan2 nye...tabahnye rakyat aceh...jatuh dan bangun semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kehendakNya Linda..

      Delete
  9. Mmg hebat dugaan Allah untuk mereka kan KY. Tapi mereka boleh bermula semula kehidupan mereka daripada zero. Sgt memberi inspirasi.

    ReplyDelete
  10. terasa insaf bila tgk keadaan acheh selepas tsunami

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..