*

Monday, 7 December 2015

Kembara di Banda Aceh Day 3 and Day 4

Assalamualaikum..
 ky sudah kehilangan kata-kata untuk bercerita..
kita layan gambar ajelah untuk hari ketiga dan keempat..



 kenangan bersama peserta lain waktu solat suboh di Masjid Baiturrahman..

singgah kemuzium Sultan Iskandar Muda..


 Kenangan masuk kedalam  istana Permaisuri Sultan Iskandar Muda. Istana lambang cinta  agong Sultan kepada permaisuri kesayangan..



Sebahagian perkakas dari istana Sultan Iskandar Muda..


Singgah ke masjid Baiturrahim. Antara masjid yang terselamat dari bencana..

beginilah keadaan masjid Baiturrahim yang tersebar di maya selepas bencana tsunami..

 

 ..dan ini gambar keadaan Masjid Baiturrahim sekarang. Masjid yang sedang di baik pulih dan di taja sepenuhnya olih kerajaan Turki.

di khabarkan sebelum tsunamai melanda Aceh..ada warga Turki yang pernah tinggal di perkampungan ini. Hanya seorang sahaja warga Turki yang terselamat..lalu kerajaan Turki menaja sepenuhnya pembangunan di perkampungan ini..




lihatlah rumah yang di bina untuk penduduk setempat ini..tertera lambang  kerajaan Turki.
apa yang ky nampak kawasan perkampungan ini sangatlah sunyi..rumah-rumah seperti tidak berpenghuni.
 bila ada yang bertanya..kenapa?
jawabnya..kebanyakannya rumah-rumah ini di huni olih seorang atau dua orang ahli keluarga dewasa sahaja yang tinggal.
sempat juga melihat perkampungan tajaan kerajaan Malaysia. dari atas bas ky nampak ada sedikit kemeriahan di kampung tersebut. tapi tak sempat nak ambil gambar kerana bas bergerak laju..






 makan malam kami di sebuah restoran tempatan.

sebelum itu kami makan tengahari di tepi pantai ala-ala berkelah gitu..
menunya cuma ikan bakar sekor sorang cicah sambal kicap pedas dan sayur kangkong masak ala kampung. tapi kesedapannya teringat-ingat sampai balik keMalaysia..


gambar kredit dari salah seorang peserta. tour leader dan tour guide kami sedang menikmati air kelapa muda sementara menanti hidangn makan tengahari..





 derma dan sumbangan dari kami..

Alhamdhulillah..telah selamat mendarat..
kalau di beri kesempatan..ingin berkunjung lagi kesana..
nikmat dan kepuasan semasa berada di sana
tidak dapat diucapkan dengan kata-kata..
Allahhu akbar!






18 comments :

  1. Andai ada kesempatan, ingin juga bertandang ke sana satu hati nanti...

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. insan kanns k yon., Allahu Akbar

    ReplyDelete
  3. Canteknya istana tu kak yon,bentuknya pun unik...
    Alhamdulillah kak yon dah selamat pulang,tentu nya kenangan terindah dan beri keinsafan tatkala jejak kaki ke sana kan,terimakasih juga share sebab banyak yg baru saya ketahui.

    ReplyDelete
  4. MASJID YG UTUH TEGUH BERDIRI WALAU OMBAKTSUNAMI MENYAPU BERSIH APA SAJA MASYA ALLAH...PERITNYA HATI N MATA KITA WALAU HANYA SEKADAR MENYAKSI TINGGALANNYA TIDAKPUN MENGALAMINYA..

    ReplyDelete
  5. Kakak teringin ke masjid Baiturrahman itu KY
    Entah bilalah dpt jejakkan kaki ke sana

    ReplyDelete
  6. Saya pun teringin nak kesana kakyon..
    Tengok gambar2 yg kak yon kongsikan..
    lagi teruja nak pergi..

    ReplyDelete
  7. kecil saja mesjid itu tapi tetap teguh wpun tsunami .

    ReplyDelete
  8. masya Allah..hebat nampak masjid tu (sebelum dan sekarang). Bagusnya Turki..

    ReplyDelete
  9. Tentunya kenangan terindah membuatkan KY kepingin ke sana lagi. In syaa Allah satu hari kak Zai juga ingin pergi.

    ReplyDelete
  10. Teringin nya nak ke Masjid Baiturrahim ni Kak.. insyaAllah mudah2an ada rezeki ke Acheh utk melihat kesan2 tsunami...

    ReplyDelete
  11. Trgt bndr acheh.. Teringt tsunami.. Huhu

    ReplyDelete
  12. Wahhhh kat Aceh pun ada mahligai lambang cinta ye KY...ingatkan Taj Mahal jer.
    Alhamdulilah.... masih ada negara yg perihatin..

    ReplyDelete
  13. Wahhhh kat Aceh pun ada mahligai lambang cinta ye KY...ingatkan Taj Mahal jer.
    Alhamdulilah.... masih ada negara yg perihatin..

    ReplyDelete
  14. Saya pon kalau ada kesempatan nak jugak merasa ke sana kak...makanan sana pon nampak berbeza dan sedap2 pulak tu...

    ReplyDelete
  15. cantiknya istana permaisuri.

    ReplyDelete
  16. subhanallah masjid yang terselamat, dan sekarang sudah kembali cantik moga ramai memanfaatkannya

    ReplyDelete
  17. tajaan dari kerajaan turki dan malaysia yang patut dipuji

    ReplyDelete
  18. apa isi dlm daun pisang tu? mcm tapai ubi je ;-)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..