*

Tuesday, 15 December 2015

Adab dan Sopan

Assalaamualaikum.. 

Tetiba terasa nak membebel kat sini berkaitan dengan ADAB DAN SOPAN.
Sebelum tu nak check diri dulu ahh.. "ada kah aku ni seorang yang menjaga adab dan sopan?
susah nak judge diri kita sendiri kan!
orang lain jer yang boleh menilai siapa diri kita! huhhu

 Tingkah laku seseorang memang semula jadi terdidik sejak dilahirkan olih sesebuah keluarga. Setiap keluarga mempunyai tingkah laku dan  keperibadiannya tersendiri.
Beruntunglah jika mempunyai keluarga yang menerapkan nilai-nilai murni, adab dan sopan  kepada anak-anak mereka. Kesannya.. generasi mereka akan mempunya tingkah laku yang baik, beradab dan bersopan santun dan sudah tentu disenangi semua orang.

gambar untuk hiasan. hotel Royale Chulan KL

Malu rasanya.. bilamana kita ni sebagai wanita jika tidak tahu/mahu menjaga adab dan sopan di sesuatu majliskan?
nak-nak yang sudah bergelar hajjah..
bercakap kuat-kuat macam bagi ceramah..
ketawa mengekekngekek ..
macam kene geletek..
kekadang terbahak-bahak..
bersembang panjang seolah ini kedai mamak..
tak salah berfesyen tradsional atau moden..
yang penting aset tidak di tonjolkan.

 semua tingkah laku itu terjadi kerana apa?
kerana pergaulan kita!
pergaulan mempengaruhi kita..
 bukan kerana keluarga telah salah mendidik kita. kita kan sudah punya keluarga.kitalah pula yang harus mendidik anak-anak kita. anak-anak pula akan mencotohi lita.

 kerana kita telah tersalah pilih.. siapa kawan kita..
maka benarlah ada kata-kata yang mengatakan..
kita.. adalah siapa kawan-kawan kita..

 
dihotel 5* 

Sudah macam ter biasa..
Adab di meja makan..macam makan di gerai saja..
Adab mengambil makanan..seolah makanan dah nak habis..
yang bestnya..siap potong Q lagi..
takde orang yang mati kelaparan kat Malaysia ni..
kalau tak dapat makanan pun..kat rumah pun ada makanan kan..
tak manis di lihat berebut-rebut makanan..
dah ambil makanan tu..haruslah di habiskan..
nak-nak yang dah jadi nenek-nenek dan bergelar hajjah.. 
haiss!! bilalah nak berubah!!

dah ambil banyak tu ..kenalah habiskan ye..




16 comments :

  1. Betul tu Kakyon..
    Kekadang kita pulak rasa bersalah bila makanan yg diambil tak habis..
    Tu saya selalu ckp dgn anak2, ambil sikit dulu, bila rasa nak lagi baru ditambah dan kena ingat org belakang.. alhamdulillah mereka mendengar kata.
    Memang malu lah kakyon.. mereka yg bergelar hajjah berperangai begitu..
    Semoga diberikan hidayah utk lebih beradap sopan..

    ReplyDelete
  2. susah untuk mengubah sikap yg dh jadi kebiasan. mudahan mereka mendapat hidayah setelah bergelar hajjah..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak atas nasihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 sal..kita saling ingat mengingati..

      Delete
  4. Bukan sahaja pada yg bergelar hajjah kak yon,pada kita2 yang dewasa harus juga berfikir pasal adap dan santon ni apatah lagi di majlis2 ....
    Geli hati pulak bila kak yon kata ketawa mengekekngekek macam tu...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan kakyon..adab sopan memang perlu dijaga, tak kisah umur mahupun jantina.

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Tak kira di tempat kenduri ataupun pejabat jika ada majlis makan-makan. Ada yang potong que. Ambil nasi dan lauk lauk setinggi gunung, dah tu tak habis. Membazir betul.

    ReplyDelete
  7. YANG DIPERHATIKAN DI DALAM MAJLIS2 DIMANA SAJA ITULAH YG BERLAKU KY SEMOGA MASING2 MENYEDARI KESILAPAN YG DILAKUKAN ...ADAB YG BAIK MENUNJUKAN PRIBADI MULIA..

    ReplyDelete
  8. Waalaikummussalam KY...

    itulah sikap sesetengah dari kita. Nak ditegur dah 'besar panjang' belaka... :(

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Kekadang tu Kak Yon...bagus juga makan di kedai steamboat..makan sampai kenyang...tak habis kena bayar juga jumlah yang yang berbaki...barulah kita akan ambil makanan sikit2...

    Amalkan kesederhanaan...

    ReplyDelete
  10. betul tu kak...adab sopan makin dilupa hari ini...

    ReplyDelete
  11. selalu tengok pemandangan macam tu...somi saya cukup pantang kalau time buffet anak2 amik makanan tapi tak makan...alhamdulillah diorang dah makin faham bila makin beso ni...saya pon malu nak berebut2 ni kak lagi kalau bab makan...bior la dapat sikit asalkan tak berebut2...

    ReplyDelete
  12. Betul kak...kadang rasa ralat sikap begini...sedih pun ya juga...

    ReplyDelete
  13. Kadang2 kita yang dibelakang nak tunggu ambik turn amik makanan punyalah lama penuh satu pinggan.

    ReplyDelete
  14. kat rumah kenduri selalunya lah yg terjadi perkara sebegini. amik byk2 pastu terbuang gitu je. plg sy geram, ada tu amik ckp main byk. bla x sedap trs x jamah. kalu knk2 u sy fhm tp ni dah tua masih perangai mcm tu

    ReplyDelete
  15. Alamak!!! Kekadang mmg tak sedar diri jugak bila dah jumpa kengkawan KY huhu

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..