*

Friday, 30 October 2015

pokok kucai

Assalamualaikum..
Sememangnya tak rugi jika kita berbakti pada tanah. tidak kisahlah pokok tanaman kita itu pokok yang hasilnya besar atau pun kecil. rasa macam satu kepuasan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. betapa seronoknya bila usaha yang kita lakukan membuahkan hasilnya.
Benih kucai ini ky dapat dari kawan yang tinggal bersebelahan taman dengan ky. dah kawan offer nak bagikan..akak pun ambil dan tanam. cepat jer suburnya..inilah pokok yang paling senang nak tanam.
sudah beberapa kali mengutip hasilnya..dengan cara memotong pada pangkal pohonnya. nanti daun baru akan tumbuh semula pada tempat yang kena potong. ky tak nampak pulak tanda tanda anak pokok baru akan muncul..jadi tak pasti cara nak membiakannya. kalaulah boleh di biakkan bolehlah ky tanam banyak2. bila mengutip hasilnya nanti boleh ky sedekahkan kepada kawan kawan sepengajian di masjid...semasa ada pengajian.

Daun kucai mempunyai khasiat seperti vitamin B, vitamin C, karotin dan boleh merawat masaalah wanita seperti keputihan dan sengugut. boleh juga merawat masaalah darah tinggi dan membantu melancarkan sistem pembuangan najis..

 hasil dari taman dapur ky..daun kucai ada 8 rumpun. jadilah dapatlah  juga dijadi salah satu bahan buat cekodok untuk sarapan pagi atau minum petang. Selamat duit 1 ringgit ky bersama gstnya.. heheh. Esok sebelum syuruk boleh masukkan dalam tabung sedekah subuh.. :)

 pangkal pohon selepas di potong..

basuh bersih dan keringkan..potong pendek simpan dalam bekas pelastik bertutup rapat. seminggu boleh tahan simpan dalam petisejuk..

 ky ada bertanya blogger  Normala Saad cara nak biakkan pokok kucai ni.
pokok kucai yang beliau tanam cukup subur..dan juga pokok pokok lain pun subur belaka. setiap kali bertandang  keblog beliau dan membaca setiap entry beliau..pasti membuat hati akak ini teruja nak bercucuk tanam..

baru semalam potong..petang ni dah tumbuh daun baru.belum sempat nak gemburkan tanah seperti apa yang disarankan Mala..

11 comments :

  1. kucai disayurkan dgn udang sedap tu KY tambah kucai yg kita tanam sendiri..

    ReplyDelete
  2. mee goreng kalau bubuh kucai memang terbaik..saya suka..

    ReplyDelete
  3. yan suka daun kucai kak...suka buat cucur udang...sedap :-))

    ReplyDelete
  4. Senang rupanya tanam kucai ni...
    Saya suka makan kucai yg dicampur pada meehoon goreng.

    ReplyDelete
  5. Buat goreng campur dengan taugeh pun sedap juga.
    Teringin juga nak tanam.

    ReplyDelete
  6. Yon..sikit benar kucai Yon tu...patutlah lambat membiak. Tapi tak apa dia ni susah sangat nak mati sebab berumbisi. Gembur2 taruh air ikan & beras selalu. Satu lagi kucai ni banyakkan air susu..

    ReplyDelete
  7. Baru sahaja makan char koew teaw....ada kucai
    Betul kata Puan Normala di atas....(air ikan dan beras)....

    ReplyDelete
  8. Teruja pasti dah nampak progress :).
    Tips yang baik.

    ReplyDelete
  9. Saya suka buh dlm meehoon KY....cukuplah buh Kucai dengan togey. Pergh.... mmg lazat rasanya hihi....

    Dulu ada gak kucai kat rumah ni , abg ipor bagi....tp lelama mcm habis gitu jer

    ReplyDelete
  10. ishh tgk daun kucai tu terasa nak mkn cokodok

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..