*

Friday, 30 October 2015

membega masakan orang

Assalaamualaikum..

En. Papa tetiba teringin nak makan ikan sembilang masak asam pedas diJeram ikan bakar.
katanya..masakan asam pedas kat situ sedap..
yelah kot sedap..kalau tak sedap...takkan dia puji macamtu..
ky ni memang tak makan ikan sembilang..atau ikan yang seangkatan dengannya..jadi tak tahu kesedapannya macamana..
sekali tu pergi..kedai tu tutuplah pulak. takde rezekilah nampaknya nak makan ikan sembilang masak asam pedas. daripada balik dengan perut kosong..kami singgah kat kedai sebelah yang sangat popular lah jugak...tapi tak berani nak sebut nama..kang tak pasal2 cari pasal..kena jaga  nama baik peniaga juga kan..bukan orang lain pun...orang kita juga.. 
akak pun mengode ikan sembilang masak asam pedas dan makanan lainnya..
bila makanan terhidang..nampak tak sabar en. papa nak makan. akak pun leka makan sampai tak perasan yang asam pedas tu macam tak berusik jer. bila di tanya...katanya cuba awak rasa...
ermmm......kurang garam dan......... rupanya..
" takpe..kita boleh bawak balik..nanti saya begakan dia..hihihi



 bukan satu tapi dua tau.. terpaksa bega nak bagi sesedap rasa...
tambah garam, asam, ladahitam dan daun kelsum..pergh baru ada nik mat makan asam pedas. ky makan kuahnya aje. yang isi ikan tu depa 2 beranaklah yang makan.
pepandai jer ky membega resepi/masakan orang kan. tak kisahlah tu..apapa pun masakan dari belanga dapur sendiri juga yang sedap..hehehe

17 comments :

  1. Kecur air liur tengok asam pedas pagi2..yan suka juga ikan sembilang..tang kepala tu..terbaik
    :-))

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum KY...

    suami kakcik pun suka makan asam pedas. Bila makan kat 'luar', kalau sedap dia puji sedap. Kalau tak, dia akan kata 'kau masak lagi sedap'... hehehe

    ReplyDelete
  3. Rumah kakak semua suka makan asam pedas KY
    Agaknya style org tu masak macam itu kot KY - bila dah kena ubahsuai di rumah barulah membuka selera ye.. Tak ada daun kesum dan kurang asam bukanlah asam pedas kalau kita kan:)

    ReplyDelete
  4. Ok juga kak yon bawa balik,kalau tidak tentu membazir...kak yon dah pelbagaikan kan sedap...
    Tpt sya ni susah nk jumpa ikan sembilang....saya suka juga.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak...
    klu sy peberet jugak ikan sembilang @ ikan keli.. memang bertambah nasi klu makan..hehe... wahh ! kak, nampak nya kena tambah apa yg patut ye ke dalam masakan tu jadikan lebih sedap... hehhe

    ReplyDelete
  6. waduhhhhh kelaparan sy dibuatnya

    ReplyDelete
  7. IKAN SEMILANG DIGULAI R ASAM PEDAS MMG SEDAP...TAPI KAK RASA HARGA MAKANAN LAUT DI JERAM NI MAHAL SIKIT BERBEZA DI TG KARANG N KE HALA SABAK LBH MURAH N SEDAP...KELIHATANNYA BANYAK JUGA GERAI YG JUAL MASAKAN TU SEPANJANG JALAN..

    ReplyDelete
  8. KY kadang-kadang bila makan diluar atau beli laukpauk ni ada yang kurang kena dengan selera kita kan.. tak apalah KY kita bega sikit2 supaya sedap di makan kan :)

    ReplyDelete
  9. Elok di bega Ky daripada tak mkn kan..acik pulak tak pndai sngt msk asam pedas

    ReplyDelete
  10. Di bawa pulang kemudian dibega-bega dirumah akhirnya dimakan juga daripd membazir kat kedai tu kan...

    ReplyDelete
  11. alahai terlupa letak garam ke tukang masak tu?

    ReplyDelete
  12. Saya pun suka juga ikan sembilang....maklumlah di kawasan Parit Buntar banyak masakan ikan sembilang....selalunya saya singgah di Trong (atas sikit pekan Trong, Perak)....ada satu kedai tu....sedap...

    ReplyDelete
  13. Saya selalu buat begitu kak. Sayang nak tinggal saja. Membazir rasanya..

    ReplyDelete
  14. Asam pedas kegemaran keluarga kak Zai tapi ikan sembilang macam KY cakap yang seangkatan denganya memang tak makan.
    Nasib baik ada idea nak bega kalau kak zai dah tinggal macam tu aje.

    ReplyDelete
  15. macam mana boleh tak perasan rasanya tawar ..nak cepat sangat ke?tapi kalau saya pun bungkus bawak balik, masak balik ikut selera kita.dah tentu2 habis licin..heheh

    ReplyDelete
  16. Hihi....cerewet juga yer En Papa tu ye KY....nasiblah bininya chef....

    ReplyDelete
  17. haaa...gitteww nampak lebih menarik

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..