*

Thursday, 15 October 2015

kisah buah jambu batu

Assalamualaikum..

Sesuatu yang nampak tawar dan hambar kalau pandai membega dan mengadunkannya semula.. pasti akan menjadi lebih baik, cantik dan menarik..


Kisahnya..buah jambu batu ini pemberian dari seorang kawan. Buahnya belum masak dan masih muda.. rasanya pun masih kelat. Tergolek2 kat dapur takde siapa nak makan. Rupanya pun dah lebam birat. Akak dah angkat bekas plastiknya dan nak buang jer dalam tong sampah..tetiba terasa sayang pulak. Rasa membazir saja dan seolah tidak menghargai pemberian orang. Akak teringat bahawa perbuatan membazir itu di sukai syaiton..nauzubillah.. jadi akak simpan semula dan sambil akak memasak akak memikir gaya mana akak nak buat buah jambu ini supaya sedap di makan.
Selepas di kupas kulit yang nampak hodoh dan lebam birat tu..akak racik kecik- kecik, kiranya boleh ngap untuk sekali suap. akak masukkan dalam bekas yang ada petutup..bubuh sedikit jus limau nipis, garam, gula dan cili flakes. tutup bekas dan goncang biar semua bahan sekata..perasakan secukup rasa..dah siap untuk di makan..

begitu juga dengan kehidupan..sekiranya sudah merasai tawar dan hambar..carilah sesuatu kaedah yang boleh membuatkan kehidupan menjadi ceria dan bersinar semula..insyaAllah..
wallahuaklam..

15 comments :

  1. As salam KY lama tak jeguk sini..
    Sbnrnya knor suka jambu yg masak..lembik2 tu..knor tkmsukanyg ranggup keras tu...tapi mkn jugalah..tpi klu beli mmg nor cari yg dah masak...suami suka yg ranggup...kdg sgaja beli yg msk lebih...suami pun geleng kpla...

    ReplyDelete
  2. KY yg dirindui....apa khabar? Sihat ke?....
    Amboiii main jambu nampak hihi.....
    Gitulah yek KY......dlm hidup ini sebenarnya kita yg memilih untuk bahagia atau pun tidak sebab kita nakhodanya.... Eh? Tetiba pulak berfalsafah memalam kita ni KY hihi.....

    ReplyDelete
  3. Bila dah dipotong, semua orang nak makan kan?hahaha..macam tu la kat rumah saya...mak saya rajin potong kan buah2...hatta buah rambutan pun, kalau tak berkopek,terbiar aja la...tapi bila dah siap kupas, simpan pulak dalam fridge...berebut makan sambil tgk TV!

    ReplyDelete
  4. anak kaknoor suka sngt dgn jambu batu ni, kalau yg tkde biji tu lgi best, disini pun kaknoor trpksa kena kupas kalau tk mmg dok kt situ ja KY

    ReplyDelete
  5. Boleh try ni nnt aunty yon...dah nmpk kegunaan cili flakes tu...hehehhe

    ReplyDelete
  6. pandai ky membega-bega jambu tu agar menyelerakan utk dimmakan kalau tidak tentu dh terbuang.

    ReplyDelete
  7. Wlpun diluar dah hodoh dalam nya masih tetap cantek nmpknya....bila kak yon dah mempebagaikn begitu tentu sedap kan....
    Yalah kak yon ,kehidupan perlukan sinar utk keceriaan.

    ReplyDelete
  8. Salam Kak yon..
    syukur lah jambu tu tak jadi dibuang..memang syg & membazir klu dibuang bgtu shj... bila dah di adun2 tu jadilah sedap mcm tu... hehe
    kena ada kaedah dlm menceriakan hidup yg hambar...

    ReplyDelete
  9. Jambu batu ni banyak jual kat r&r Tapah bila pergi arah utara wajib singgah. Kak Zai suka yang keras bila makan dengan kuah rojak sedapnya.

    ReplyDelete
  10. Hi,kak Yon. Entry jambu jugak rupanya..sedapnya ni..

    ReplyDelete
  11. adoi KY kecoq ayaq lioq dah ni pepagi nampak jambu :)

    ReplyDelete
  12. nasib baik kak yon tak jadi buang...dah di bega2 camtu nampak sedap le pulak...hehehe...benda2 camni pon kite bole kaitkan dgn kehidupan kan kak...jangan cepat berputus asa cuba usaha cara lain pulak....inshaa Allah indah akhirnya ^_^

    ReplyDelete
  13. Jambu batu feveret saya. Bila dah potong2 mcm tu nampak sedap la pulak kan? Tapi entry mcm mendalam juga sebab bila KY kaitkan dengan kehidupan tu, terasa ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  14. kecur air liur....sedap tu kak yon..makan sejuk2

    ReplyDelete
  15. wow weeeeeeeeeeee kecuqqqq niiiiiiiii

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..