*

Monday, 12 October 2015

Al-fatihah

Assalamualaikum..

Tetiba terasa rindu nak menulis sesuatu diblog..
Banyak perkara sebenarnya yang akak nak kongsikan cerita..tapi tak tahu nak mulakan dari mana..

Yang paling akak hendak kongsikan bersama ialah tentang berita kesedihan dalam keluarga akak.
Tarikh 7/9/15 selepas maghrib adalah hari kami adik beradik menerima perkhabaran bahawa ayahnda kami telah menghembuskan nafas terakhirnya dan kembali kepangkuan Penciptanya. Kembalinya ayahnda kami ke rahmatullah dalam keadaan arwah dan kami adik beradik bersedia dan redha di atas ketentuannya. Arwah ayahnda kami berusia 90 tahun dan agak lama terlantar sakit atas faktor usia. Semuga arwah ayahnda akak di berikan tempat dan mendapat shafaat yang terbaik disisi Penciptanya dan ditempatkan bersama insan2 yang soleh dan beriman dan menjadi penghuni syurga..aamiin.

 Alfatihah..
 
 Aamiin.

18 comments :

  1. salam takziah kak yon alfatihah..bersabar ya...semoga Allahyarham dicucuri rahmat rohnya bersama para solehin...

    ReplyDelete
  2. Salam takziah aunty. Smg rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org2 yg soleh. Amin

    ReplyDelete
  3. Tertanya2 juga kemana mnghilangnya kak yon...
    Takziah kak yon...moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...Al fatehah.

    ReplyDelete
  4. Tertanya2 juga kemana mnghilangnya kak yon...
    Takziah kak yon...moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...Al fatehah.

    ReplyDelete
  5. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    Semoga roh Ayahanda ditempatkan di kalangan roh orang2 yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak...
    TAKZIAH atas pemergian ayah kak... moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... AL-Fatihah....

    ReplyDelete
  7. takziah kak Yon! semoga roh ayah akak dirahmati Allah.
    Mmg makan masa nak pulihkan diri atas kehilangan insan tersayang. Masih saya ingat, sebulan jugak saya sentiasa bergenang air mata lepas pemergian bapak saya dulu.

    ReplyDelete
  8. alfatihah buat akk sekeluarga

    ReplyDelete
  9. terimakasih semua pada kawan kawan yang mendoakan kesejahteraan buat arwah bapa akak. semuga Allah menerima sedekah alfatihah dan doa kawan kawan..Allah jua yang akan membalasnya kebaikan kawan kawan semua.. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. Salam takziah buat kakyon sekeluarga semoga arwah ditempatkan bersama para solihin Alfatihah.

    7/9 hari lahir kak Zai.

    ReplyDelete
  11. Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha utk ayahnda kak rose tuu

    ReplyDelete
  12. Innalillah... salam takziah dari kakak buat Kak Yon and family
    Biar pun begitu dlm usia 90 tahun Allah sudah berikan usia bonus buat allahyarham ayah. Moga rohnya tenang di sana.

    ReplyDelete
  13. Innalillah...salam takziah pada akak dan seluruh keluarga...moga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman

    ReplyDelete
  14. Al-fatihah buat ayahda kak Yon..semoga roh nya di cucuri rahmat Aminnn

    ReplyDelete
  15. Alfatihah untuk arwah ayahanda KY...
    KY......yg KY selalu bergilir jaga tu emak KY kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Anom..dulu akak bergilir2 dgn adik jaga emak. sekarang adik lelaki yg ambil tanggungjawab jaga.
      arwah ayah akak pulak adik2 ibu lain yg jaga bergilir2..huhu

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..