*

Wednesday, 1 July 2015

harga minyak naik lagi..

Assalamualaikum..
Nampaknya tidak ada apa pun yang mampu kita buat apabila harga minyak naik lagi..
Apa yang kita mampu hanya lah bersungut, merungut dan apa-apa ntah lagi..
Walau pun naik seposen atau beberapa sen..akan ada impaknya kepada benda-benda keperluan harian lain..
Tapi kehidupan dan perjalanan kena diteruskan..
Mahu atau tidak, kita kena hadapi juga. Tidak boleh berkeloh kesah. Mungkin ini  takdir yang sudah di tentukan olihNya..
Bagi KY yang terlibat dalam perniagaan pengangkutan ini..memanglah terasa sangat bila ada kenaikan harga minyak. Walau pun kenaikan cuma seposen, bila di kumpul selama sebulan..ia sudah melibatkan kos yang agak tinggi, belum lagi termasuk kos penyelengaraan yang sudah tentu naik juga..sedangkan pendapatan syarikat tetap sama. Sejak beberapa kali kenaikan harga minyak beberapa tahun lalu.. puas juga kami mengadjust sana sini untuk mencukupi keperluan syarikat. untuk kenaikan kali ini..kami terpaksa menyusun semula kewangan kami bagi mencukupi keperluan bersama.

bagaimana untuk mencukupi..
- bilangan pekerja tetap sama
- gaji pekerja tak boleh dikurangkan 
- KWSP dan SOCSO tetap bayar sama
- roadtax insurance tetap bayar sama
- Petrol *dari segi liter pengunaan sama tapi kos bertambah
- bonus tetap sama
Jadi di mana nak dapat peruntukan untuk menampung kos yang akan bertambah nanti?

Adakah elaun untuk diri sendiri terpaksa di kurangkan?
Nak kurangkan bagaimana? keperluan asas yang sedia ada kena juga diteruskan..
- rumah
- kereta
tetap kena bayar sama
Yang boleh dikurangkan..hanyalah perbelanjaan peribadi..seperti bil api, bil air dan bil talipon dan perbelanjaan rumah..
Say no to shoping moping and jalan2 cari makan..
jadi redha sajalah dengan rezeki yang Allah sudah tentukan begitu..

Pssst..sib baik pejabat dalam rumah dan semua kenderaan sudah takde hutang. kalau tidak haru juga..


22 comments :

  1. Benar...kita hanya mampu merungut dan bersungut... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kasihan pada anak kita yang baru memulakan kehidupan.apakah nasib masa depan mereka..:(

      Delete
  2. Benar kak. Semakin lama, semakin rasa merempat di Negara sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampu ke kita merobahnya ye.kembali ke zaman kegemilangan dulu..

      Delete
  3. dpt rm500 pastu pulang blk kt stesen myk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wayang..bkn semua merasa Anies..

      Delete
  4. Suara kita sebagai rakyat tak laku yang boleh hanya bercakap dibelakang. Yang kaya bertambah kaya tapi rakyat macam kita ni kesanya amat terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama lagi tol pulak nak naik katanya..:(

      Delete
  5. nak buat mcm mana kak.. kite ni rakyat marhaenn... dieorang ade kuasa so boleh la perlakukan kite ikut suka hati depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersàlah pilih pemimpin..semuga Allah pelihara kita dri di pimpin olih pemimpin yang mendatangkan kemudaratan..

      Delete
  6. bagi kami yang pendapatan tak seberapa ni lagi terkesan ,bila minyak naik harga barang pun akan naik ...apa pun kehidupan tetap kena teruskan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya semua rakyat jelata terkesan dengan kenaikan harga minyak ini..

      Delete
  7. Rakyat makin di tekan dan tertekan kak tapi sapa la kite ni nak bersuara

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai masa nanti kita sepakat bersuara ketidak puasan hati kita...

      Delete
  8. Kakak baru habis meeting pukul 12 tadi KY. Sungguh boss kakak tertekan sekarang. Dgn isu GST dan customer, isu pekerja minta naik gaji dek kerana harga barang naik termasuklah minyak. Customer pulak tak sudah-sudah minta discount dan turunkan harga. Pening kepala kita nak maintain customer and staff yg ada. Pusing-pusing company juga yg kena. Duit kita pulak makin kecil - USD dan SGD jadi besar mana business tak tertekan..

    Apa kemampuan kuli macam kakak ni. Catat ajelah semua dalam minute meeting. Tak ada kesudahan tapi meeting tetap adjourned juga dah letih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula..KY pun baru pergi bank tadi..menyemak semula..kenapa ada pertambahan dlm bayaran rumah. rupanya dr awal tahun ada kenaikan blr.selama ni tak perasan sbb buat auto debit. sedo2 duit berbaki tinggal sikit. peningkatan kos sara hidup..belum yg lain2..huhu

      Delete
  9. Kak rose.... Nak kurangkan kos dlm rumah kdg tak jd jg. Kerajaan suruh cuti2 Malaysia pulak tu. Doakan kita dpt pemimpin yg berwibawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau nak cakap apa. bak kata pemimpin tu..kita tak terkesan pun dgn gst..rakyat shopping sakan juga..hihihi

      Delete
  10. ....apa lagi nak komen & sebut...Memang terkesan dengan perbelanjaan harian terutama yang bergaji sederhana seperti saya tapi rezeki sentiasa ada...setakat ini dibulan yang mulia ini, masih mampu berbuka dengan selesa namun baju raya tiada. Belanja dengan berhemah.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. lebih2 lagi nak dekat raya ni kan..memang terasa sangat2.... huuuiihh.. sakitnya tuh di sini...

    ReplyDelete
  12. Dh xnk fikir.. fikir akn stress.. yg nampu dibuat gandakan usha.. limitkan penggunaan.. mn2 yg boleh berjimat perlu berjimat.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. pasrah dalam terpaksa,kak yon. spt yg akak kaya..hutang keta dah habis, keja pon dari rumah guna laptop..mcm jugak dgn SB. kna byr lebih sikit utk tenet saja.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..