*

Sunday, 28 June 2015

Iftar di D'Kampong Cafe Angerik Mall

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pemgunjung..
Apa khabar ye..
Buat masa ni KY sihat..alhamdhulillah..
Mesti ada yang tertanya..kenapa KY lama tak bersiaran? Ek ele..macamlah ada siapa yang kisah..KY bersiaran ke tidak!
Sejak balik dari bercuti ke Europe february lepas..KY  menjaga emak yang telah uzur. Jadi faham2 sajelah..menjaga orang uzur samalah seperti menjaga baby.
tumpuan dan perhatian lebih kearah itu..
KY nenjaga secara bergilir bersama adik..jadi pada masa yang tidak menjaga emak pula KY habiskan untuk urusan pejabat bersama En. Suami dan urusan peribadi. rasanya seperti tidak kecukupan masa untuk KY melakukan aktiviti kegemaran seperti dulu. 
Mana yang penting kena di utamakan..lain2 tu belakang punya cerita..hehe

Semalam...anak sulong KY ajak beriftar di luar. Along sudah menempah meja untuk keluarganya dan termasuk kami 3 beranak. Tempahan di buat di restoran D'Kampong Cafe, Anggerik Mall Shah Alam.
Untuk ramadhan kali ini..Inilah pertama kali kami beriftar di luar rumah..tentulah rasa seronok kerana tak payah memasak..hihi

Yang tak seronoknya bila beriftar di luar rumah nikan..waktu nak solat. Memang ada surau yg berdekatan..tapi tidak cukup ruang untuk menampung pengunjung yang ramai. Tambahan pula ada ibu2 yang menyusukan anak sambil berehat n melepak kat surau.
paham2 ajelah..
waktu makan  pula dari mula masuk waktu berbuka puasa sampai jam 8.45mlm saja. Agaknya pihak restoran tidak mahu melewatkan pengunjung dari pulang kerumah untuk bersolat isyak dan berteraweh. Jadi waktu yg terhad itu kami pandai2lah cepat2 mengambil makanan dan makan. KY tidak lah selesa untuk berebut2 mengambil makanan..cuma makan apa yang berada diatas meja yang  diambil olih anak2 dan cucu2..

Banyak menu yang di sediakan..cuma kami tidak kecukupan masa untuk mencuba semua menu. Datang pun dah lewat kerana susah mencari parking.
menu yang disediakan pun sedap semuanya. Ada nasi beryani,nasi putih, ayam nasak merah,ayam goreng berempah, kambing bakar, sup tulang, anika jenis kueh dan buah-buahan, car kueytiaw, cucur udang, cendol dan pelbagai jenis minuman..ada panas dan sejuk dll yang tak sempat di jamah
Dengan charge rm38 satu kepala untuk seorang dewasa..rasanya berbaloi jugalah..
sesekali seronok juga beriftar bersama keluarga sambil bersantai di bawah khemah..rasa macam makan kenduri rumah orang kawen pula..


22 comments :

  1. salam ramadan selamat berbuka nanti...hati tertanya-tanya juga kemana hilangnya ky ni...moga ibu ky yg uzur cpt sihat sediakala...ujian Allah utk menambh pahala ky tu...

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan paridah. InsyaAllah..mudah-mudahan Allah berikankan yg terbaik untuk semua..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum KY...

    Memikirkan agak sukar menunaikan solat bila berbuka di luar itulah yang membuatkan kakcik lebih selesa berbuka di rumah sahaja... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY pun sekarang rasa begitu..malas nak berbuka puasa di luar..kecuali ada orang nak belanja..

      Delete
  4. Kak zai pun macam tu bila fikir waktu nak solat berebut sebab tak cukup ruang. Tapi kadang2 mengalah juga sebab anak2.
    Semoga mak KY cepat sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalh ky..bila anak dh ajak tak boleh nk tolak. terimakasih zai..mudahan mak ky sentiasa sihat..

      Delete
  5. Sebab itulah KY kakak ni kalau bulan ramadhan memang tak pernah berbuka di luar hatta di hotel sekalipun walau boleh katakan biasa kalau hujung minggu makan kami di luar. Lecehnya tu nak bersolat dah tu terkejar nak terawih lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah. bila terkejar2 mkn n solat pun rasa tak puas. dah berusia ni lebih selesa buat apa2 di rumah jer..

      Delete
  6. Kalau makan diluar.berebut nak sembahyang maghrib yg pendek.
    Makanan pula.byk yg nak.dirasa.saya tak.ada.pengalaman berbuka di luar lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas berbuka sedikit dgn kueh dan minum..dah beratur depan surau tungu giliran nak solat pulak.tak banyak pun makanan yg sempat di makan

      Delete
  7. Tahun ini dan setakat hari ini belum lagi beli atau berbuka diluar. Dah cuti sebulan...apalagi masaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbuka mkn masakan srndiri lagi puas hati kan mala..

      Delete
  8. singkatnya waktu makanya ye aunty yon...mmg kalau bbuka dilur tmpt solat mst berebut2 sb kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dtg awal ambil makanan dulu..penuhkan meja pun tskpe. tapi nk mkn tu kena smbil msa jugakan..kesian juga dgn budak2 belum siap mkn dh nak kena balik..

      Delete
  9. Salam ky.. Salam kenal.. :D.. Seronok ade keluarga ramai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkenalan LadyBird :D

      Delete
  10. saya kalau kawan-kawan ajak berbuka di luar, saya letak syarat tempat tu dekat dengan masjid atau surau.leceh kan, nak bersesak-sesak..

    ReplyDelete
  11. RM38 tu memang murah tetapi x bestnya tu bila berbuka di luar akan jadi lewat solat maghrib...boleh tak kak Yon klau kita jamah kurma dulu pastu g solat..then sambung makan

    ReplyDelete
  12. saya klu berbuka di luar , pastikan solat maghrib dahulu . selalunya saya solat di petrol station je ...

    ReplyDelete
  13. sesekali kan KY iftar kt luar...harga tu mmg da murah da...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..