*

Sunday, 5 April 2015

Biarlah gambar bercerita @London part1

Assalamualaikum..
Apa khabar rakan blogger yang di ingati dan yang mengingati KY :)
Tidak ada alasan lagi KY nak berdaleh untuk tidak membuat entry semasa melancong ke Europe February lepas. Asik nak beralasan ajer tak best jugak kan. Sekurang-kurangnya bagilah alasan yang kukuh sikit ye tak? ini balik-balik alasannya tenet slowlah..bz memanjang lah..n ntah apa apa lagi. Senang cerita..bak kata Anom OKje .. " Simptom orang dah kering idea, ginilah hihi......








Biarlah gambar yang bercerita. Nak bercerita lebih2 pun dah ramai yang tahu pasal Europe. Nanti kut2 ada yang kata.."ek eleh makcik tu nak cerita pasal London..Aku bertahun duduk London tak heboh pun! 
Lagi pun.. karang lebih2 bercerita tersalah fakta dan tak berfaktalah pulak. orang sekarang ni kan sikit2 nak fakta..setakat petua/cerita kosong..bla..bla..bla.. tak mainlah..
Nak pergi bercuti dan jalan-jalan kena buat kajian dulu..kat mana nak pergi..macamana nak pergi..so..so..so..n so...
makcik ni pergi dengan agensi pelancongan..tentulah mengharap yang terbaik dari mereka kerana kami membayar servis mereka. jadi kalau tidak ada kepuasan dihati kami tak salah rasanya kami meluahkannya.. sebagai panduan untuk orang lain yang akan membayar perkhidmatan mereka..
memanglah setiap agensi pelancongan ingin memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya. ada kekurangan sedikit sebanyak itu perkara biasa..
tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

24 comments :

  1. Wah..syoknya KY ke London.. masih lagi sejuk terasa ya... alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik utk jalan kat tempat2 menarik ..

    ReplyDelete
  2. Masa tu cuaca tengah sejuk.Alhamdhulillah..sementara masih sihat ni Aisy Nasiha..

    ReplyDelete
  3. Mudah2an suatu hari nanti kakcik dapat jejakkan kaki ke London juga...InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kakchik.yg penting perkara wajib kita dah buat. selebihnya..jika ada rezeki lagi..bolehlah kita melihat dunia luar..:)

      Delete
  4. Hihi....keringlah idea sangat tu.....
    KY suka tengok gambar KY yg berdua duaan tu lomantik sangat tau!
    Orang lain tak tau, tapi okje suka je baca entri tak de fakta pun hihi.... Pengalaman org lain lain KY. Goreng jer tanpa fakta, mak okjer hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca blog kawan umpama bersembang.kita dengar dulu apa yg di sembangkan. Kalau ada ilmu..alhamdhulillah kita kutip dan jadikan panduan.kalau sembang kosong..kita dengar je sambil gurau senda.taknak stresslah..:)

      Delete
  5. London memang best.

    Teringat masa kak zai ke sana beberapa tahun yang lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulakan Zai..rasa tak puas n nak pergi lagi..hihi

      Delete
  6. Paparkan cerita yg mungkin tak akan luput dari ingatan KY. Mesti ada memori indah yg terpahat setiap kali kita pergi sesuatu tempat.. Bestlah kakak tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tempat yg kita pergi..pasti ada memori indah tk boleh di lupa..ada juga yg menjadi kenagan pahit. Tiada yg sempurna semua perkara..melainkan Allah sahaja..

      Delete
  7. patutlah kakyon jarang bersiaran...rupanya bercuti ke London.
    Takpelah kakyon bagi sya yg xpernah pijak negeri orangputih ni suka je baca tempat2 menarik seperti cerita2 kakyon.

    ReplyDelete
  8. Ada juga kesibukan yg lain SI. Menjaga emak yg sudah uzur dn lain2 hal juga..

    ReplyDelete
  9. wahhhh....london!!!!!!!!! dari kecik dok teringin nak pegi tp blum ada rezeki.. insya allah akan pegi juga suatu hari... bestnyaaaaaaa ^_^

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..umo muda lagi boleh jauh lagi berjalan..

      Delete
  10. so sweet tgk aunty ngan uncle. Alin pun verangan2 nak ke London. Tak puas. Ceritalah lagi aunty yon

    ReplyDelete
  11. Tq Alin ;)
    Tungguuuuu!

    ReplyDelete
  12. seronoknya Yun..cantik2 tempatnya

    ReplyDelete
  13. Perrrghhhh..cayalah makcik KY...ke London gitu...hihihi..
    Doakan saya boleh ke sana pulak ya...:)

    ReplyDelete
  14. berapa suhu ms kat sini? mesti sejuk giler kan? ;-)

    ReplyDelete
  15. tetiba rindu tpt2 nih
    hehe* jgn ada yang menyampah pulak ye*
    masa kami pegi sejuk giler, berlaga gigi
    betul tu, nak tulis lebih takut salah fakta

    ReplyDelete
  16. haiyo, sape lah yang kutuk tu..citer je kak yon.ramai je yang tak sampai london lagi.tumpang cuci mata sini..

    ReplyDelete
  17. Tengok gambar2 yg kak yon papar kan pun dah menggembirakan hati saya kak yon.. seronok ye kak yon.. biasalah kak yon , mesti ada kenangan indah dan pahitnya bila bermusafir ni.. bila lah saya dpt menjejaki kaki ke Kota Landon ni :)

    ReplyDelete
  18. bila agaknya turn JM lak nk ke sini

    ReplyDelete
  19. pergi dgn travel ageny ni senang . bawak badan dan baju je . tak yah study pasal tpt dan lainnya ... berangan jap nak sampai london ... heheheee

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..