*

Monday, 9 February 2015

Tandas kita..

Dalam perjalanan nak balik kampung..tak sampai beberapa minit perjalanan dah rasa nak terkucil..padahal sebelum keluar rumah dah melepaskan qadak hajat terlebih dulu. Tetiba pulak pundi ni cepat sangat terisinya. Nak kata terlebih minum tidak juga. KY minum seperti biasa jer. Adalah yg tak kena tu..mungkin kesan ubatan yang KY makan..

Singgah di RnR Dengkel..susah nak cari parking..banyak kemah didirikan disepanjang tempat parking..macam ada acara tertentu..tapi tak pasti ada acara apakah itu..

Singgah pula di petrol station..depan pintu tandas di letakkan papan tanda 'sedang di cuci'..KY cuba menolak pintu dgn harapan di beri masuk kerana nak terkucil sangat..hehe. tetiba dengar suara..' kak! kalau nak masuk.. masuklah cepat! Kejap lagi saya nak buat kerja..!! ' syukur..alhamdhulillah..

Bila KY masuk..rupanya tandas memang sangat kotor..dan tau ajelah baunya. Entah berapa hari tidak di cuci agaknya. Kalau bukan kerana berhajat sangat..harus KY batalkan hajat KY dan menunaikan hajat di destinasi seterusnya. Sudahlah air macam di musim kemarau..tandas pula tidak boleh di pam. Terasa bagai berada di Negara bukan Islam yang tandasnya tidak berair..main pakai tissu jer..huhu

Sampai bilalah tandas awam kita nak di jaga sebaiknya ye. Kecuali tandas di RnR yang memang bersih dan selesa..di tempat lain umpama melepaskan batok ditangga saja. Untuk orang-orang yang terdesak seperti KY..

40 comments :

  1. Dekat tempat kita ni KY kalau tak kerana terdesak memang malas nak masuk tandas awam. Anak dara kecik kakak tu sanggup menahan-nahan kalau masuk tandas awam memang macam boleh menangis. Kalau di JB ni KY malu dgn org luar sebab masuk aje S'pore bersih walaupun tandas mereka jarang yg ada paip tapi bersih. Kita ni ada air tapi kotornya Masya-Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang pikir balik cecara ringkas..tandas yg takde paip lebih bersih dr yg ada paip kan..

      Delete
  2. saya mmg geli kalau masuk tandas awam di malaysia ni...dgn lecaknya..dgn tak geti flush nya...mmg ironi bila di fikir balik,masa saya di australia yg mmg xde air dlm tandas, tandas mereka sangat bersih,tak berbau..dan of coz kering!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sikap rakyat kita yg terbiasa ada orang lain buat untuk mereka..jd tandas awam mcm tndas aendiri. Pentingkan diri..

      Delete
  3. pernah masuk tandas yg pernah menang anugerah tandas awam terbersih di bandar 'M'. Kebersihannya biasa-biasa je, tapi deconya yang over.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu svs. Ada setengah tmpt tu..deconya kemain meriah..kebersihannya tak di ambil kisah..

      Delete
  4. Ye..pengalaman KY melancong tandas diluar negara lebih bersih. Malaysia ni negara tercorot dlm kategori kebersihan tandasnya..kut.
    Baru2 ni KY ke Medan. Tabik dgn mereka,walaupun bangunan buruk..kebersihan tandas mereka terjaga.

    ReplyDelete
  5. tu pasal saya terpaksa tak minum air sgt bila kat luar. sbb selalu tak lalu nak guna tandas awam, sian pulak suami layan karenah saya dari satu tempat ke satu tempat sbb nak cari tandas yg 'lalu' utk digunakan.

    dan bila dah jumpa yg 'lalu', tugas kita sbg pengguna pulak utk kekalkan kebersihan. Tlg sembur air keliling bagi bersih sblm keluar. takdelah berbau hancing je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ujie. KY pun selalu jd tukang cuci tandas sebelum dan selepas. Rimas rasanya..

      Delete
  6. tak tau nak salahkan sapa..pengguna atau penyelenggara..huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau penguna berdisplin..kuranglah kos penyelengaraan.lebihan kos penyelengaraan boleh dibuat benda lain..

      Delete
  7. sekarang ini tandas masjid dah jauh lebihbaik dari dulu. malah kat penang ini pbt selalu adakan audit tandas di kebanyakan premis. rata-ratanya saya perhatikan minima ialah 3 bintang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusla macam tu.tandas masjidlah yg sepatutnya dijaga kebersihannya. sesuai dengan kesucian masjid itu sendiri.
      sekurangnya tidaklah kita malu pada pelancung yg ramai kepenang..bila tandas bersih..

      Delete
  8. penyelenggara dan pengguna sendiri sama2 harus disalahkan ...sebab biasanya penyelenggara kena kan bayaran ,tentunya kita nak servis yg baik.Pengguna juga mestilah tau apa yg patut utk kekal bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..semuanya bersikap lepas tangan..mentang2lah bukan sendiri punya..

      Delete
  9. Saya memang 'kaki tandas' kak. Memang kejap2 nak terkucil. So dah beberapa kali terkena tandas tak ada air, maka saya biasakan simpan air dalam kereta untuk waktu kecemasan dan juga tissue dan wet tissue. Kadang2, saya sanggup pergi tandas yang berbayar sebab nak selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila Aziela tulis begitu..teringat KY masa ke Beijing. botol air, wet tisu da tisue gulong tak lepas dari handbag.pergi pulak musim sejuk..kejap2 nak terkucil..heheh

      Delete
  10. saya klu kat petrol stesen tu ada seram sikit . bimbang ada kamera tersmbunyi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terpikir pulak QV. kalau kt petronas bersih sikit tandasnya..

      Delete
  11. Malu sangat kalau sebut tandas kat Malaysia ini. Berbeza kalau kita pergi ke negara lain terutamanya negara barat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada pengalaman menguna tandas awam di negara barat.kalau di Jepun dn korea, tandasnya boleh buat berguling2..hihi

      Delete
  12. KY.....tp kat RnR highway Plus rasanya ok sangat....bersih dan puas hati. Dah cantik dah sekarang ni. Mmg ada masanya kita mmg asyik nak terkucil jer ....okje pun pernah gak terasa gitu, padahal tak minum banyak pun...peranakan kita turun kot KY...hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. RnR memang bersih..sebab berjaga 24 jam. puas petugas tu mengemop menyapu sampah..tisu pun penguna tak boleh buang dengan betul. kena bagi kursus kt penguna..bagaimana cara nak buang tisu kut..kan OKjer..hahaha
      tentang peranakan jatuh tu..org muda2 kut yg alamai..kalau nenek2 ni dah terlekat kemas..hehe

      Delete
  13. Salam. Hee dulu ada stesen petrol smpi letak banner 'TANDAS KAMI SENANTIASA BERSIH' tapi hangat-hangat tahi lalat saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. ye..ada ker? sampai camtu sekali nak habaq yg tandas dia bersih. apa motifnya? nak kata yg tandas org lain kotor..hihi
      baru tahu yg tahi lalat tu hangat ye? hehe

      Delete
  14. bahaya tandas tak bersih ni kita boleh kena infection jadi kencing kotor. Hana sememangnya tak guna tandas public rela balik rmh. Kalau kat rnr no prob. tapi kalau g mekah ya ampun ya rabbi org yg penah pi je tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna..tapi jangan guna air yg di takung dlam bekas. lebih baik tadah yg baru dan bekas atau getah di bersihkan dulu..

      jgn ceritalah kat mekah..haddoi!! kata orang bercinta nak ketandas. tempat solat di persingahan RnR mereka pun tak berjaga kebersihannya..

      Delete
  15. KY..bunda ni selalu jer balik kampong naik bas ekspres..sorang2...

    Memang kalu berjalan jarang nak minum banyak...takut terkucil...walaupun tandas kat rnr tu kebamyakannya ok lah jugak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda rajinnya naik bas sorang. lagi pun bimbang juga tertinggal bas sbb pergi tandas..

      Delete
  16. Mmg geli la KY. Saya pun selalu juga cuci tandas dulu baru guna. Tapi selagi ada air kat paip dlm toilet tu bolehla cuci. Kalo air pun takde, mmg harapan je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat pulak kawan KY, siap lap guna tisu bg kering sbb nak duduk juga masa buang air..gara2 takde tandas cangkong..hihi

      Delete
  17. betul tu KY, budaya tandas awam masyarakat kita ini belum lagi tahap yang membanggakan... sangat mendukacitakan..kecuali sesetangah tempat yang memang ada penjaganya, agak memuaskan hati juga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya kan masyarakat kita ni sentiasa nak ada orang jaga baru ok semuanya. tak boleh nak displinkan diri sendiri..

      Delete
  18. Baru semalam saya duk cakap bab tandas awam ni...susah nak cari yang bersih dan kering. kebanyakkannya hancing dan berair...tak tahu kenapa kat atas lantainya selalu bergenang air..kadang2 terjengket2 kita. Dah terdesak masuk juga lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg hancing tu biasanya kawasan tandas cangkong. tandas duduk kurang sikit kut. jurutera tandas kenalah kaji apa sebabnya..hiks

      Delete
  19. betul.. seb tu kita tak leh nk jadi negara maju seb kebersihan kita sangat zero. sedih tgok tandas awam kt malaysia ni...huhu

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  20. Saya pernah bawa minah salleh masuk tandas awam..cepat-cepat dia keluar balik..tak jadi buat bisnes...malu tauuuu..

    ReplyDelete
  21. kaknoor pun pernah tengok jugak tandas yg kurang bersih kdg2 tu masa balik kampong, itu lah kdg2 terpaksa tahan nak buat bisnis sabar je tunggu sampai umah lebih selesa nk buat apa pun..

    ReplyDelete
  22. KY..masaalah negara betul kan..acik pun gitu..kalau nak masuk pun bila betul2 tak boleh tahan je..kalau ada air..memang acik dok siram dulu sampai dah tak nampak kotor sangat baru lepas hajat

    ReplyDelete
  23. kak Yon..selama JM suka travel ni..travel ke luar negara..kebanyakan negara yg JM perlu ofcoz tiada kemudahan paip air di dalamnya so mmg sentiasa sediakan botol kosong dalam beg...yg JM kagum tu TANDAS dorang WANGI...rasa boleh baring kat dalam tu kecuali TANDAS di Chima..mmg KOTOR sgtt....

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..