*

Tuesday, 27 January 2015

Bali day1

Assalaamualaikum..
Idea nak mulakan n3 belum datang. kejadian berlaku dah lama sangat nie..dan hampir terlupa semua kejadian..
 biasalah kalau flight sebelah pagi..mesti keluar rumah sebelum subuh atau selepas subuh.
trip kali ini kena keluar rumah sebelum subuh. bangun dahlah terlambat, tergesa2 keluar rumah..
apa yang berlaku?
ky dah tersalah pakai kasut..hahaha
dah sampai airport baru sedar, nak buat camna..pakai aje lah.
waktu solat subuh di surau KLIA2..puas juga ky menyorokkan di celah-celah antara rak kasut..malu pulak rasanya bila nanti dipandang orang lain..hehe

nasib baik ada kedai kasut yg di buka awal pagi..sempatlah menyopping. belum sampai Bali dah menyopping dulu ni..huhu
*******
Hari pertama sampai..tiada perkara menarik yang boleh di ceritakan. kumpulan kami yang seramai 15 orang adalah terdiri daripada kalangan pengetua sekolah..
so..paham-paham ajerlah bila semua nak jadi ketua..hahaha
ky rasa agak sukar juga kalau nak melancong keBali secara sendirian.
sebabnya.. susah mencari kedai makanan yang halal. dengan penduduk muslimnya yang tidak sampai 8%..tentulah sukar bagi kita untuk mengenal kedai makan muslim. tambahan gaya, rupa dan pakaian mereka hampir serupa saja. melalui package pelancongan Muslim Tour..kami sememangnya di bawa ke kedai makan yang di jamin halal. 
jadi ky kongsi kedai makanan halal yang kami pergi. melancong dan makan-makan seharusnya tidak boleh di pisahkan..kan..:)


 





day1..enter prem bersama all the pengetua sekolah.. selepas solat zohor di sebuah Masjid terbesar di Kuta. Gambar masjid takde yg cantik semua blurr..sebab nak cepat mengejar waktu solat takut terlepas. lagi pun tour guide tak bagi masa yang secukupnya untuk kami bersolat.


 tiga beranak enter prem kat tugu..tugu apa ngek? my memories lost already ..hihi



Ke salah satu factory outlets. tour guide sudah kata .." tidak ada apa yang boleh dibeli disana..semunya mahal ibuk!!" ..tapi 'some of the Pengetua' nak poei jugak. kesudahnya..amik kau! hando  jer!..kata orang Muo..

tak dapat shopping..dapat possing pun jadilah..
* pertama kali ky ikut grup/tour agen yang tak ikut iternary yang di gubal sendiri. main belasah jer ikut kehendak 'some of the Pengetua' *

olih kerana belum satu apa pun yang dapat di beli..mereka mengajak bershopping di satu mall bersebelahan dengan hotel kami.

 kiranya tempat shopping budgetlah nie..

ky dah jangka..Bali bukan tempat syurga membeli belah. Jadi inilah saja uwang yang di bawa.
apa yang dapat ky beli dengan uwang sejumlah ini ye?


keluar dari shopping mall singgah minum air kelapa,

beli dua helai kopiah untuk di pakai bulan Februari nanti..murah sangat..dalam RM10 sehelai..

rasanya jenoh memilih yang elok-elok. bila bawa balik kehotel inilah rupanya.
sebelum itu tour guide ada berpesan..kalau membeli barang, semasa membayar kena pandang betul-betul semasa casher tu masukkan barang yang kita beli kedalam beg itu betul ke tidak. kalau kita leka..sepantas kilat dia akan menukarkan barang yang kita dah pilih elok kepada barang yang rosak.
terbukti ianya benar..
. ky merancang nak pergi semula untuk menukarkannya. Oya kata.. "cer ibu semak resit ada tulis apa-apa tak?
 ermmm.. dah siap tulis kat resit..barang yang sudah di beli tidak boleh di tukar..


dapatlah juga membeli sedikit ole-ole..
Pastinya fm tidak di lupa..tapi bila sampai rumah..mencari sampai ke sudah tak jumpa di mana di letakkannya..huhu

12 comments :

  1. assalamualaikum kak yun
    dah sampai ke bali rupanya...alhamdulillah
    byk buah tangan ye...

    ReplyDelete
  2. Hanya utk bergambar saja kesana kan KY.. Kesian jugak ye .. dapat yg terkoyak kopiah tu kan...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kakyon sedikit info buat saya. Kalau boleh cerita lebih lanjut lagi hehe....

    ReplyDelete
  4. Pergi untuk melihat tempat org saja pun dah puas hati dah yer kak...

    ReplyDelete
  5. Alahai KakYon... dgn masa nak pergi tersalah kasut hihi... pergi dgn ramai 'jadi pengetua'. Beli barang ditukar yg tak elok, beli FM terselit mana ntah...

    Macam ini kena pergi lagilah KY. Kakak nak ikut hihi...

    ReplyDelete
  6. adoiyai KY payah gak ikut geng ketua2 ni ye, macam tu rupanya beli belah disana kena berhati-hati sentiasalah nampaknya kan.. :) KY bab kasut tu anggap je fesyen terkini tu sebelah lain :)

    ReplyDelete
  7. Kalau ke Bali, dapatkan khidmat supir Islam...mereka ialah penduduk dari kepulauan Jawa yang menetap di sana..saya dah 2 kali ke Bali...guna khidmat supir sebegini lebih santai,tak terkejar kejar..dan kita boleh arrange sendiri itinerary kita...Tapi tak mengapalah, pengalaman ber-rombongan dgn geng2 Pengetua...hihihihihi

    ReplyDelete
  8. ahaha..lawak lah kak Yon nih..itu lah kan kalau kelam kabut mcm2 jadinya

    okey NOTED, Kedai mkana Ayam Tulang Lunak is HALAL tapi lokasi nya di mana Kak Yon..opss..baru nampak ada address kat banting tu hikss

    BALI bukan tempat shopping kak Yon like Bandung or Jakarta tu ttp lebih kepada seigthseeing

    ReplyDelete
  9. Tengok pic KY bawah tu mmg nampak sgt muka pemgetua tau hihi....nampak tegas orangnya.
    Haha......kasut sebelah lain yg tak menahan tu....

    Maliboro tu selalu dengar. Mmg femes kot tempat ni yek KY. Okje tengok makanan dia dah mcm ayam penyet ek KY.....

    ReplyDelete
  10. perangai mcm tu pun ada jg? mmm penjual2..

    ReplyDelete
  11. kasut lain2 memang kelakar la k.yon ni...hehehe... shopping kena tipu??? wah!!! biar betul. tp masa kakak sy pergi dia kata org bali semua baik2 seb depa kuat agam hindu n percaya pd karma. so, kalau kita tertinggal barang kt mana2 pn insya allah tak kan hilang. to myb tak semua yg mcm tu kan

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  12. nasib baik blum naik kapal dah perasan kasut lain2 ... blh lak sesuka tukar brg x elok gitu ye ...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..