*

Wednesday, 28 January 2015

Bali day 2

Assalamualaikum..
 Hari kedua percutian ke Bali..pakej 4 hari 3 malam.


Inilah resit pembelian barang * cerita semalam * yang telah di wartakan.." tidak boleh di tukar "
sib baik barangnya murah jer..hihi


bersarapan di hotel saja..


berkongsi dekorasi dinding restoran hotel. 
 

  
dalam iternary tidak ada lawatan ke pertunjukan tarian barongan. tapi di sebabkan mereka-mereka itu hendak sangat menyaksikan tarian tersebut.. *diingatnya tarian barongan itu adalah tarian tradisional masyarakat Bali * jadi kami semua akur, dan menambah bayaran sebanyak lebih kurang RM30 seorang untuk menyaksikan pertunjukan tersebut..

untuk ambil gambar bersama model ini pun kena charge. ky curi ambil sewaktu masuk di pintu masuk..

 sebutir apa pun ky tak paham apa yang di kisahkan. tengok aje ler dengan muka takde perasaan..

 



..tetiba jer dia datang dekat sangat dengan ky. terkejut beruk dibuatnya..Takutttt!!!
nak cover ketakutan dan menahan bau..ehem..ehem..tahan nafas ajeler...sambil kekonon ambil gambar...hahaha

 melawat tempat mencanting batik..tiada yang special pun.cuma corak batik dan warna yang digunakan  adalah dari hasil tumbuh-tumbuhan yang sangat cantik kemas..



makan tengahari di Kintamani Restoran.sebelum makan kami bertiga solat dulu di surau yang disediakan pihak restoran. tempat berwuduk secara terbuka berkongsi lelaki dan perempuan. nasib baik kami bertiga yang nak solat dulu..yang lain-lain prefer makan dulu..sebab makanan di hidang secara buffet. kalau tidak..agak payah juga ibu dan anak hendak berwuduk..huhu


selesai kami solat datang 3 orang remaja pun nak solat juga. istimewanya di surau ini,  telah di siapkan sejadah dan telekong disusun rapi siap menghadap kiblat..

bagi chance makcik nak enterprem..hehe

restoran halal juga di sebelah restoran kintamani..
 


 melawat kebun ke.. ladang ke.tak pasti itu apa. kebun kopi dan pembikinan kopi luak.
inilah musang yang memakan kopi..pastu biji kopi dari najis musang di kumpul dan di proses menjadi serbuk kopi..
 lalu ke nak meminumnya?

 letih gamaknya musang ni..tidur sampai tak sedar diri..hihi

biji kopi di goreng secara tradisi.. 

comel jer gadis ini menghayun antan..


 segala nika minuman diberikan untuk kami cuba..


hidangan makan malam kami..


belanja gambar dekorasi di pintu masuk hotel..


12 comments :

  1. Mudah2an suatu hari nanti kakcik akan sampai juga ke Bali ni...

    Kopi luwak? Memang kakcik rasa tak akan cuba minum... Di Vietnam pun ada kakcik jumpa kopi luwak, tapi tak tahu sama ke tidak...

    ReplyDelete
  2. confirm kak Yon x beli kopi luwak tu kan

    ReplyDelete
  3. KY dari pengamatan ana lah, tour ke Bali ni macam tak menarik je dengan KY ye?? decorasi Bali memang cantik kan tapi tu lah menu wajib semua ada tempe,tak apalah KY sekurang-kurangnya satu pengalaman berharga di tempat asing :)

    ReplyDelete
  4. Barongan tu masa okje kecik selalu tengok KY. Kalau ada kerja kawen kat Bukit Gambir, mesti ada barongan ni. Ya Allah KY .....mmg takut sgt. Barongan ni kadang kadang sekali ngan kuda kepang.

    Org jawa ni mmg suka makan suun agaknya kan KY hihi

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya,ada tempat yg kalau kita gi tgk Barongan dance tu,mereka awal2 sebelum mula persembahan akan beri kertas...kertas ttg jalan cerita barongan...jadi boleh la baca dan faham...hhihihi

    ReplyDelete
  6. Wah...seronok Yon, dapat makan angin ke Bali..

    ReplyDelete
  7. Kak zai biasa juga dengar kopi luak tu dari kawan2 yang pernah ke sana.Rasanya memang kak zai tak minumlah.

    ReplyDelete
  8. ada musang dan kopi..tu ke dia kopi najis musang tu KY

    ReplyDelete
  9. Breakfast tu sedap ke tak KY? nampak kusam je warna dia. hehe. Jgn marah ye.

    Musang luwak tu sampai tertidur ye sebab asyik kena berak je.

    ReplyDelete
  10. sapa berani nk minum kopi tu? ;-)

    ReplyDelete
  11. wah... decor dinding hotel lawa... k.yon, kopi luwak tu kopi termahal di dunia...rugi kalau tak rasa..hehe

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  12. klu dikata sedap pun x sudi nak minum kopi luak tu ...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..