*

Friday, 28 November 2014

berkongsi rezeki dan sedekah subuh

26 comments :


Assalamualaikum dan salam jumaat..

 Berkongsi rezeki yang Allah bagi pada KY.. bersama mahluk lain..
Saja KY malas nak spry apa-apa ubat serangga..biarlah di makannya..dah jadi rezeki dia. nanti adalah rezeki untuk kita lagi :)


KY nak share sesuatu dari group whatsapp..

Sharing msg ....
As  salam good to  practice...
SEDEKAH SUBUH...
sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ... ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps
sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group  laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap .... memanggil namanya IBU ...  setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya ... tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL .... iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK ..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Wednesday, 26 November 2014

Melancong ke Turkey part10

30 comments :
Assalamualaikum..
Selepas melawat Masjid Biru kami terus ke pelabuhan * yeke pelabuhan * selat/sungai Bosphorus..
Bosphorus adalah sebuah selat sempit yang memisahkan antara dua benua Asia dan Eropah, menghubungkan antara laut hitam dengan laut Marmara dan laut  Mediterranean.Lawatan menaiki cruise mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Inilah lawatan paling seronok untuk di sertai.  Menghayati panorama terindah sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman dan warnanya yang membiru bersama kicauan burung yang berterbangan sambil menyambar ikan di air dan menghayati lanskap semulajadi ciptaan Ilahi, berlatar belakangkan bangunanan yang di bina indah disepanjang selat diantara dua benua. Meneroka perbezaan di antara seni bina kedua-dua pihak antara Asia dan Eropah. Inilah pemandangan paling indah yang KY pernah lawati. Jika di beri peluang sekali lagi, harus KY inginkan lawatan atas cruise ini disebelah malam pula..menikmati makan malam bersama orang tersayang sambil menikmati limpahan cahaya lampu di sepanjang selat antara dua benua ini..
* tetiba makcik berangan..hehe




pemandangan pelabuhan Bosporus dari jauh..

rupa cruise yang kami naiki..



pemandangan disebelah Asia dari cruise..




pemandangan disebelah Eropah ..


Semasa hampir sampai ke pelabuhan untuk pulang..KY di sapa sesorang. kami berkenalan. Cik Puan ini asalnya dari Damansara..kini menetap di Oman kerana mengikut suaminya bertugas di sana.Perkenalan singkat dan mesra, terasa seperti kenal sudah lama. tapi apakan daya KY terputus hubungan kerana no handpon hilang dari simpanan atau mungkin terlupa nak save. apapun terimakasih Cik Puan kerana sudi menjemput kami datang ke Oman bila ada kelapangan. Beliau sudi menerima kami sebagai tetamu nya..
selesai lawatan kami terus ke airport untuk balik ke KL. rindu sangat dah kat tilam busyuk n sambal belacan..hehe

lunch di airport..10 Lira..
sebenarnya banyak lagi gambar menarik yang tidak dapat di kongsi bersama..berat pulak nak loading blog nanti..
sekian..jumpa lagi di lain trips nanti..daaaa..



Tuesday, 25 November 2014

Melancong keTurkey part 9

28 comments :
Assalamualaikum..
dua hari terakhir kami di Turkey.
dari Canakkale kami ke Istanbul semula. selepas makan tengahari di sini..
Inilah part paling best sekali. kami di benarkan bershopping sakan selama 4 jam di Grand Bazaar. Ini pun atas permintaan majoriti ahli. kami terpaksa batalkan satu tempat lawatan di Taksim Sqare..kerana masa yang ada akan di habiskan di Grand Bazaar..
kami berpecah mengikut langkah memasing dan berjanji berjumpa di pintu masuk.
memula teruja nak masuk, bila dah masuk tak tahu nak beli apa. dah rambang mata makcik nie..hihi
didharap.. dichongak, ermmmmm.. harga tersangat lah mahal bila di convert. beli sajalah apa yang perlu buat ole-ole anak dan cucu. Nasib baik kami banyak menukar duit lira berbanding euro/usd. masa tu nilai pertukaran RM ke Lira ialah 1lira = RM1.80.
Disini pengunaan kad kredit pun terhad kepada kedai yang besar saja. kedai ditepi- tepi jalan lebih suka menerima Lira berbanding usd. Jenuh mencari duit tukar..

pintu masuk tempat kami menunggu ahli kumpulan..

suasana dalam bazaar..


makcik mana boleh tahan tengok benda-benda cengini..harus singgah dan menyembang panjang-panjang..hahah


 setelah selesai sesi mengosongkan wallet,
sementara menunggu mereka berkumpul, KY ambil peluang melawat kedai buku-buku  agama di satu sudut khas. 
 masa yang diperuntukan selama 4 jam nampak gayanya tidak mencukupi..makanya berlanjutan lah hingga ke 5 jam..huhu
 selesai sesi shopping moping..terus checkin  hotel.
kami menginap dan makan malam di Grand S Hotel.
selepas makan malam..kami berkemas kerana seawal esok pagi kami nak checkout dan terus ke Masjid Biru. Ingat tak posting hari pertama, kami tak dapat masuk kerana kesesakan, terlampau ramai orang dan kami tidak mahu membuang masa di situ.

hari kelapan..

Seawal jam 8 pagi kami sudah terpacak diperkarangan masjid biru. kami disarankan untuk mengambil wuduk di hotel, tapi maklumlah perjalanan dalam bas lebih kurang setengah jam dari hotel ke Masjid Biru tu macam-macam boleh berlaku..huhu

Pagi ni nampak seperti tidak ramai pengunjung. adalah beberapa kumpulan kecil dari China/Taiwan,Jepun dan Korea.
Cantik dan manis mereka-mereka ni bila bertutup aurat.Syarat untuk masuk ke Masjid Biru..di wajibkan menutup AURAT..





Selesai solat kami turun ke halaman Masjid. bergambar kenangan..
 

 

laluan keluar dari Masjid Biru..memukau pandangan. deretan kedai yang menjual barangan hiasan rumah.rug-rug yang sangat cantik designnya. ada yang di buat dengan tangan dan berharga ratusan ringgit..huhu
nampak pulak itik comel nie..rasa tenang jer..





Ada pulak galeri atas nama cucu KY..Aydin..


 lebihan kain yang di sambung..nampak macam senang nak jahit..nampak cantik dan unik.
harganya pun..mmmmm..
agak-agak boleh buat sendiri tak?



Wednesday, 19 November 2014

komen terpanjang yang KY tulis..

53 comments :
Assalamualaikum..
pepagi ni angin sepoi-sepoi bahasa kut..hihi
tetiba rajin nak kedapor awal..kekonon nak masak awal sikit sbb tengahari nanti ada urusan dunia yang belum di selesaikan..
sambil memasak sempat juga KY buka laptop. sambil mencari resepi sambil blogwalking.
terpandang sisi sebelah kanan blog KY, ada satu blog yang sudah berupdate. Lama Blogger ini menyepikan diri..
selepas membaca entry beliau..cepat jer jejari KY menaip komen..panjang pulak tu. seingat KY inilah komen yang paling panjang KY pernah taip.. :)

berbalik pasal masak tadi..bukannya masak banyak sangat pun..setakat masak spegetti ringkas buat sarapan pagi merangkap makan tengahari. resepi pun resepi..
" apa yang ada dalam petiais rumahku ".. dan janji "dapurku berasap" 
boleh ke gitu..


Malam semalam KY sudah makan terlebih berat. mana tidaknya..makan nasi  sib baik pakai beras basmathi..kurang kanji  bertambah-tambah pinggan   di sebabkan lauknya masak lemak pucuk meranti dengan tulang ikan merah masin. fullamak..hingga tak terkata sedapnya..kalau tak sendiri puji sape lagi nak pujikan maklumlah kami nie selera kampung..

sekian cerita pasal masak dan makan..

 ******

komen KY..hihi
Assalamualaikum Azzah,
ye, ramai rakan lama yg dah tinggalkan blog mereka, cuma KY masih disini. KY rasa FB sronok kalau kita berinteraksi secara terus. baru rancak apa yg di sembangkan. dah usia sebaya kita agak susah nak menghadap laptop dan memegang hanpon sepanjang masa. lagipun apa yg diposkan cepat hilang dr pandangan kita. berbelog ni ikut kesempatan masa yg kita ada.boleh jer kawan2 nak komen ikut kesempatan masa mereka. lagi pun menulis di blog menjadi kepuasan bagi kita untuk berkongsi cerita, idea.tips, info malah sesekali boleh juga meluahkan perasaan..hehe. apa yg kita tulis pasti menjadi kenangan buat kita dan anak2 bila kita tiada lagi. bila baca balik tetntu ada sedikit kelucuan pada tulisan kita. takkira lah apa yg di tulis tu setakat karangan budak darjah enam atau lulusan PHD, ia tetap menyumbang kebaikan bersama. kalau yg membaca tu boleh menerima seadanya ia..
lama tak jumpa..jom kita geder-geder :)

Tuesday, 18 November 2014

Melancong keTurkey part 8

29 comments :
Assalamualaikum..
 lama naw nak habiskan story ke Turkey nie..
Selepas sebulan berlalu..cerita pun  tak berapa nak ingat sangat.
Semasa di Pamukale kami bermalam di Richmond Thermal Hotel.
 Selama kami disana..kat Turkeylah...makanan tidaklah menjadi masalah sangat, terutamanya waktu makan malam di hotel tempat kami menginap. Ada banyak pilihan makanan. Asalkan ada spaggeti ada nasi dan roti  ada telor dan ikan dawri..ala ikan fish n chips yang selalu kita makan tue..pun sudah cukup untuk kami. ada juga ahli kumpulan yang membawa makanan segera seperti sambal belacan, sambal bilis dan lauk dalam tin. kami berkongsi memakannya. makanan lain di hotel kebanyakan masakan ayam dan kambing. tapi masakan ayam dan kambing tak menepati selera KY pulak. Ayam pulak ayam Turki ataupun ada orang panggil ayam belanda..lagilah KY tak makan..huhu
di Kusadasi kami bermalam di hotel Belmare.
Masuk hari ke 6, badan dah tak larat, mula dah rasa letih. banyak mana pun vitamin yg di makan tak banyak membantu. kami perlukan vitamin RnT. hehehe
Selepas breakfast kami menuju ke Canakkale dan terus di bawa melawat ke Leather Shop dan menyaksikan fashion show. huh..pepagi dah ada Fasyen show..
terjebak/terperangkap  makcik dan pakcik tetiba rasa nak membeli bila masuk sini..uhhuhu
 melawat tempat-tempat bersejarah di Canakkale..
KY share Gambar ajelah ye.Nak cerita bab-bab sejarah pun tak pandai.karang tersalah bagi info pulak..









hari ke 7, dari Canakkale kami menaiki ferry merentasi laut Marmara sebelum menuju ke Istanbul.
Pemandangan sepanjang merentas lautan Marmara. Burung-burung berterbangan menyambar makanan yang di tabur pelancong.


  
 makan tengahari di restoran atas air yang terkenal dengan ikan panggangnya yang sedap.jika ditakdirkan KY datang ke Istanbul lagi..pasti KY akan kesana semula untuk menikmati ikan panggang yang sangat sedap teringat-ingat sampai larr nie..hihi



 hingga jumpa lagi di last entry..