*

Monday, 27 October 2014

bila musim hujan tiba

43 comments :
Assalamualaikum..
 Musim hujan dah tiba.. bersiap sedialah wahai pokok-pokok rose dihalaman. masih banyak pokok bunga rose yang harus di selamatkan. kena angkat dan letakkan di teduhan. kalau tidak, harus pokok rose KY terkena penyakit Kanker kerana akarnya terendam dalam air yang berterusan..
sudahlah di tinggalkan beberapa minggu tanpa jagaan..daun dan bunga jadi kering dan keriting angkara thrips, penyakit black spot yang daunnya berbintik hitam bagai tahi lalat dan scale pulak bermaharaja lela..dilihat mengerutu sepangang batang pokok. hadoii hai!..banyak naw kerja nak buat bagi mengerjakan binatang tersebut..
tak pasti berapa pasu yang boleh diselamatkan nanti..
inilah salah satu aktiviti bila musim hujan tiba untuk menyelamatkan pokok rose dari mati begitu saja.
sebenarnya KY sudah mula  merasa berputus asa menanam pokok bunga rose. commitment yang tinggi haruslah di beri untuk menghasilkan pokok dan bunga yang subur dan cantik. Sedangkan masa untuk KY  bergarden seperti dulu sudah tidak mengizinkan lagi..huhu


 yang masih mahu berbunga walaupun  hampir hangus..


tidak semeriah dulu..

 JR perlu di replant..

 kawasan kecil..tapi macam-macam pokok ado..





 pokok rose ini semua akarnya telah merembat kebawah tanah, harap musim hujan kali ini tidah merosakkan akarnya..bertabahlah kamu ye..

 tetiba tumbuh pokok ini..KY biokan aje dia menjalar


 JR yang sentiasa meriah tak kira musim apa..





 kawasan tepi rumah semak samaun dengan tanaman berdaun hijau..

 laluan kebelakang rumah..bila lah nak panggil aneh bangla tu nak suh potong rumput..

 kawasan belakang  rumah, pokok daun kari dah meninggi, menengelamkan pokok daun pandan dibawah perdunya..

 pokok herba..apa nama ntah..main tanam jer. ubi nya boleh buat ulam untuk awet muda..katanya..
pokok lada bila di semai takmau idup..bila di campak tumbuh pulak.KY nak biarkan aje kat situ.. bio dia idup sendiri. kalau alih kedalam pasu , sure mati punya. pengalaman akak ler..huhu
 lagi satu herba tak tahu nama, katanya..hantu tak suka kacau bebudak kalau letakkan daunnya dalam rumah. petua nie untuk bebudak yang kena sawan tangis....hihi


 daun kesum hidup subur, pokok kunyit sepasu dah kering tak bersiram, sepasu lagi masih selamat..

pokok serai..banyak sudah jasanya..

 pokok limau purut, umur dah tiga tahun..masih bantut lagi. mana taknya, pantang tumbuh daun..ranap. kalau tak cik belun yg pelahap tu mkn, tangan ni yg gatai jer nak memetik..heheh


 lagi pokok herba.. belalai gajah. katanya boleh merawat penyakit kencing manis. tidaklah KY pernah mencubanya..






Friday, 24 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH & MINTA MAAF..

25 comments :

Assalamualaikum..
Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain2 kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat.
Justeru itu, sempena menyambut tahun baru maal Hijrah, saya menyusun jari sepuluh andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua. saya berharap anda semua dapat memaafkan saya dengan setulus hati dgn penuh ikhlas.
Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri. Dan halalkan makan minum saya.
Selamat menyambut tahun baru maal hijrah.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.
JOM KITA BUKA BUKU BARU DALAM HIDUP KITA.

Thursday, 23 October 2014

birthday oktober

21 comments :
Assalamualaikum..
Semalam meraikan birthday  boy n girl di bulan Oktober. Restoran pilihan di Famous Thai Plaza Alam Central. firstime makan kat sini..kira ok juga..
Yang specialnya..selepas makan..semasa kami meminta kek di bawa kemeja makan, acara potong keklah kekonon..krew siap bawakan kek yang di pasang lilin..sambil di iringi lagu happy birthday.. sehingga lagu tu tamat mereka beramai-ramai bertepuk tangan..rasa happening pulak,  tanpa di rancang.
 Semuanya perancangan Allah..
kami rasa tergamam dan happy sebenarnya..
Dalam pada happy tu..teringat juga Pn. Mama Khayla n baby Khayla yang dalam hari..huhu
Si bucuk Aydin yang tak dapat balik celebret besday ummi dia..huhuhu
*tetiba teremosi*




antara hidangan yang tersedia..


 
besday boy n girl memotong kek BnR tajaan Pn.Noraidah..
terimakasih semua yang telah membuat kami semua gembira..

Wednesday, 22 October 2014

Melancong keTurkey part1

33 comments :
Assalamualaikum..
Selepas menempoh penerbangan paling lama yang pernah ky lalui..selain ke Mekah dan Jepun, ahkirnya sampai juga ky menjejakkan kaki ke lapangan terbang Istanbul lebih kurang jam 6.30àm waktu Istanbul. Jarak perbezaan masa antara KL Istanbul hanya 5 jam..
Selesai urusan diri dan bagasi..kami disambut pemandu pelancong yang dilantik olih Masholidays dan membawa kami menaiki bas yang muat untuk 16 orang peserta. lebih 10 jam dalam kapalterbang memang amat meletihkan. Masuk dalam bas mata mula tertutup..
 kami di bawa melawat tempat bersejarah..
* ky tak ingat nama tempat itu..masa tu masih blurrr..tak cukup tidur dan mabuk udara*
Apa yang ky ingat.. kami di bawa melawat/masuk ke Masjid Biru, tapi memandangkan pengunjung terlalu ramai, berbaris panjang sampai  dekat 1likometer *angaran ky..kalau di susun baris memanjang* jadi pemandu pelancong kami sarankan agar kami melawat di hari akhir lawatan nanti..


Tuesday, 21 October 2014

Melancong keTurkey

41 comments :
Assalamualaikum..
 mood berblog belum datang sepenuhnya, baru nak bertiup sepoi-sepoi bahasa. dari mana nak mulakan pun rasa terkonfius..

memang dah lama ky berangan/merancang hendak keTurkey sejak tahun lepas lagi. setelah di survey dibanyak agen pelancungan, kosnya agak mahal juga, maka ky tanggohkan dulu angan-angan tersebut.
Sehinggalah pada 5-7 September 14, waktu matta fair di PWTC, kami terasa hendak melancong ke Bali..
Setelah tempahan di buat, tour agen menawarkan kami satu lagi package menarik untuk ke Turkey pada tahun depan. mood untuk ke Bali tak seberapa..tapi mood untuk ke Turkey yang melebih-lebih..
tanpa berfikir kami terima tawaran tersebut..


Monday, 13 October 2014

entry ringkas Turkey

28 comments :
Assalamualaikum..
Apakhabar semua rakan blogger? Sihat-sihatlah hendaknya ye!
KY masih di Turkey..
saja nak share pic yg KY sempat ambil..
ada rezeki jumpa pada entry akan datang..ni pun guna wifi hotel sementara menunggu bas datang untuk membawa kami ke distinasi seterusnya..
hari ketiga dah..








Sekian entry ringkas KY..jumpa lagi..

Thursday, 9 October 2014

ole-ole dan bayaran survey

16 comments :
Assalamualaikum..
ramai pulak kawan-kawan yang pergi obersi dan bawakan ole-ole dari sana. boleh dikatakan 3 minggu berturut KY dapat ole-ole nie. 
mentang-mentang lah diaorang tahu KY suka kumpul FM nie..depa suka sangat nak bagi hak nie..
 dengan tengok benda nie..tentu uolls dah boleh meneka dari mana datangnya ole-ole niekan.. 


 dari bangkok

tshirt dan key holder dari USA nie pemberian dari kawan lama kami..
kat sini..


KY mula mendaftar dengan kompeni Toluna nie sejak 29/3/13.
 ini bayaran hasil dari menjawab survey. bulan sept nei KY dapat tebus 2 kali..iaitu untuk  kali ke 11 dan ke12..


yang ini hasil dari menjawab survey juga. sejak KY mendaftar ini kali ke3 KY dapat menebusnya.

 sekian entry ringkas KY..