*

Friday, 30 May 2014

Entry ringkas

20 comments :
Assalaamualaikum..
Jam 8.10 akak bertolak..bertolak bila nak sampai ekk dari rumah hendak ke kedah, esok ada majlis kawen sahabat keluarga kami. Sebelum bergerak meneruskan perjalanan akak singgah dulu ke beberapa bank just nak dropkan beberapa keping cek bayaran. Akak balik mungkin hari sabtu atau hati ahad..bimbang pulak kalau terlewat buat bayaran segala macam jenis hutang bank. Nanti kena denda lewat bayaran satu hal plak. Walau pun sesen..itu duit juga kan..hehe
Nak blogwalking tenet tune talk ni  selow pulak. Jadi  ajak buatlah entry ringkas ni. tunggu lah balik nanti baru boleh terjah blog kawan kawan..


Singgah di RnR rawang ada org jual kismis ni. Cara dia menjual sangat menarik perhatian akak. Nantilah akk buat n3 pasal cara dia menjual di lain kali..
Jumpa nanti..

Thursday, 29 May 2014

bukan masaalah sebenarnya

19 comments :
Assalaamualaikum..
Salam hari khamis..hari yang semuanya rasa manis.. 
hari untuk berkemas rumah..memasak..dan berbagai aktiviti. Cuaca pun nampak ok jer..
Hari ini juga sedang menanti kedatangan tetamu..yang katanya akan datang sebelah petang.
tapi lupa nak cornfirm balik, samada jadi nak datang ke tidak.
siapa tetamu itu ye?

gambar hanya hiasan..akak snap semasa majlis anak kawan akak kawen
 
Adalah sesorang yang akan datang untuk shooting macam lah rumah akak ni cantik bebenor  barangan perhiasan dalam rumah akak.
tak kisahlah jadi ke tidak dia nak datang itu bukan persoalannya..
yang jadi masaalahnya..bukan masaalah sebenarnya..masaalahnya akak pun suka..hihiiii
masaalah sebenarnya..perluke akak menerima perlawaan mereka untuk melakukan kerja2 mereka makan gaji didalam rumah akak dengan tujuan menghebahkan apa yang ada di rumah akak. tak ke nanti dikatakan akak nak menunjuk2..huhu
mereka datang hanya melakukan tugasan yang di berikan kepada mereka..dan rumah akak di pilih sebagai bahan bagi tugasan mereka.
kerja sooting menyooting ni bukan sekejap..ia mengambil masa yang lama juga. gambarnya pulak setelah di edit medit yang tersiar hanya sekeping dua jer..bukan nak cari popular..akak rasa macam tak berbaloi pulak.
masa yang di peruntukkan rasanya seperti membazir saja. tapi takpe juga..sekurang2nya terisilah masa lapang akak  kalau tak jaga cucu jer tidaklah akak merasa bosan sangat..
lainlah kalau akak ni retis..berjam2 menunggu pun takpe..janji ada masyuuukkkk kan!.hehheh

***********
n3 ini akak drafkan pagi tadi..
baru malam ini sempat nak publishkan..
cerita sebenarnya..datanglah juga Cik/Puan Aida  dari akhbar utusan malaysia.
tujuan beliau datang kerana hendak menemubual akak tentang gaya hiasan dirumah akak dan hobi akak..
ceritanya akan di muatkan dalam sisipan akhbar tentang gaya hiasan rumah akak..



Wednesday, 28 May 2014

Kek Coklat Sedap.. ada dna babi?

24 comments :

 Assalaamualaikum..
kelmarin  En.Papa bawak balik sebekas kek coklat dari surau taman perumahan kami. Adalah jemaah yang bersedekah tu..
Sejak dari semalam takde siapa yang sudi makan kek coklat tu. tidak anak perempuan akak, En.Papa atau Baby Naufal..apatah lagi akak memang tak berapa suka kek coklat atau apa2 jenis bercoklat yang seangkatan dengan nya..
petang tadi semasa akak berkemas meja makan..akak dah rasa nak buang jer kek tu..ingatkan mesti sudah berkulat..lepas 2 hari terbiar.
 rupanya masih elok lagi. biasalah kita ni kan .kalau nak buang sesuatu makanan mesti nak rasa dulu..elok ke tidak makanan tu. kalau dah sah tak elok baru boleh buang..
bila akak rasa jer kek tu..masyaallah sedapnya. terus akak suap dan suap, sampai akak terlupa yang akak sebenarnya tak berapa suka makan kek coklat. Sangat lembut,lemak, kurang manis dan takde kata2 secantik bahasa lagi akak nak ucap..hihi
pendek kata..bukan panjang yg kata ehh. masuk mulut terus cair..
bila akak offer pada Baby Naufal..dia pun makan dan terus makan..tak berhenti..berebut makan dengan Wannya..hehe.

malam tadi pulak..dapat whatssap dari menantu sulong akak. akak share lah kat sini..

Syarikat mondelez iaitu syarikat kpd cadbury telah sah dna babi ada di dalam 2 jenis produk mereka. Setelah diperiksa dr sykt tersbut berikut ialah produk2 lain:  1 Jacobs
2 Cadburry
3 Choclairs
4 Toblerone
5 Dentyne
6 Clorets
7 Halls
8 Twisties
9 Chipster
10 Philadelphia Kraft
11 Cheezels
12 Chochos
13 Oreo
14 Tiger
15 Chipsmore
16 Kraft
Sila semak di www.global.modrlezinternational.com

 Ya Allah!  jauhkan aku dari memakan barang makanan yang diharamkan olehmu Ya Alla!!


inilah kek coklat yang tersangat sedap itu. apa kah ia mengandungi..........? 
 blueeeeek!!!!!

 nauzubillah.. 

Tuesday, 27 May 2014

Kuali Ceramic Yang Tengah Hot

16 comments :
Assalaamualaikum..
Lama tak meredeem point Bhpetrol kerana
barangan yang di tunjukkan  dalam kateloq tiada yang memikat hati dan tiada banyak pilihan. Olih kerana point sudah banyak terkumpul..bimbang pulak kalau point itu boleh lupus tarikhnya nanti..jadi akak reedeem ajelah apa yang ada dalam kateloq tu..
Baru sampai tengahari tadi barangan yang di redeem..peralatan gym pilihan anak perempuan akak dan pilihan akak pulak kuali ceramic yang tengah hot di butik butik kitchen sekarang ini. akak oder 2pcs kuali ceramic ..tapi yang  sampai baru satu sahaja. mungkin yang satu lagi dalam perjalanan atau tiada dalam stok..

Banyak peralatan periuk, kuali moden tergantung di dapur rumah ni..tapi yang di guna cuma satu jer. kuali yang bontotnya hitam..hehehe
kuali itulah yang dibuat mengoreng segala makanan bergoreng..menumis sayur, menumis sambal dan segala jenis masakan..haha




Monday, 26 May 2014

N3 kosong

26 comments :
Assalamualaikum..
Sebenarnya masa nak buat N3 pagi tadi akak dalam kereta nak beli sarapan merangkap lauk tengahari.
dah jadi kebiasaan taip dulu sebagai draft guna fon atau tab. bila free di rumah baru tepek gambar..publish atau kalau nak auto publish..
 akak baru nak taip..tetiba cucu akak rampas tap akak cakap nak main geme..hihi
jadi Wannya beralah lah...
ermmm..dah dapat ke dia..paham2 ajelah..tap sana tap sini..akak pun tak sedar dia dah terpublishkan N3 kosong akak.. 

 


Friday, 23 May 2014

Siapa Anak Jati Johor

28 comments :
Assalamualaikum..



Akak share dari wall rakan fb akak..;))

Thursday, 22 May 2014

Ikea, jam dinding dan bateri yang murah

22 comments :
Assalaamualaikum..
Semalam jalan jalan ke Ikea..cadangannya nak membeli frame gambar..
Akak nak menggantikan frame gambar lama tulisan Allah dan Muhammad kepada frame baru..
Rupanya frame gambar yang akak suka  sudah tiada dalam stok. Nampaknya kenalah akak tunggu sehingga stock baru sampai..itu pun kalau ada lagi..huhu 
Sekarang ni Ikea tengah buat pengubahsuaian premes secara besar besaran. Susah dah nak cari barang sebab dah bertukar tempat. selalu kalau nak beli sesuatu..terus jer tuju kat tempat tu..cepat sikit kan. kalau tak berjalanlah berjam2 walaupun nak beli satu barang jer.
last2..bila penat mencari barang tak jumpa..akak rembat jer mug gambar cupkek dgn bateri  yang murah. bukannya takde mug kat rumah..melambak dapat dari rumah orang kawen. tapi saja jer gatal tangankan..
 inilah yang dikatakan berbelanja tak berhemah..berbelanja tak mengikut keperluan..heheh

nak tunjuk gambar mug..tapi tertunjuk pulak hadiah sempena hari ibu sekali..hihi

kenapa pulak akak nak beli bateri yang murah?
kisahnya..jam dinding kat rumah akak ni selalu mati..maklumlah beli jam yang made in china jer. puas dah mengganti bateri.. dari harga sederhana sampailah yang harga mahal. macam2 jenama..dari yang terkenal sampai yang akak pun tak kenal jenama apa..tapi tak sampai berapa bulan jam dinding buat hal, tercepatlah jadi lambatlah..kiraaya jam dinding tu tak b0leh pakailah..cuma buat perhiasan aje..

 minggu lepas akak bincang2 dengan En.Papa nak mengantikan jam dinding lama yang kuat meragam tu dengan jam yang baru yang ada kualiti sikit.
selepas buat bayaran..cikmuda tuan kedai tu kata...

* makcik nak bateri tak? 
 takpelah dik..rumah makcik banyak bateri!
 * oklah kalau macamtu makcik! tapi makcik kena guna bateri yang murah2 jer tau!
hah! kenapa pulak? 
* jam yang made in china tak boleh guna bateri yang ada kat pasaran M'sia.. kena guna bateri yang murah dari sana juga!!!
* kalau tak ..nanti jam tu cepat mati.. tak pun banyak masaalah!!!!
 haah sudah! dalam hati akak kata menyesal akak tukar jam baru. itu rupanya rahsia dia..huhu

Bateri ni kategeri murah juga..cuma RM5.90 untuk 10pcs. Tapi bukan made China. Agak agak boleh tahan tak jam dinding baru akak kalau guna bateri yang ini..hihi

Wednesday, 21 May 2014

Maldives Mengamit Daku..

16 comments :
Assalaamualaikum..

 Ke Maldives kita!



Jom bercuti !

Tuesday, 20 May 2014

Halia Boleh Menurunkan Kolestrol

8 comments :
Assalaamualaikum..
Beberapa hari dah En.Papa bagitau yang perutnya rasa senak dan kembong. Mungkin adalah makanan yang En.Papa makan tak hadam dan berangin. Hari ini En.Papa mengadu lagi..jadi akak rasa tak sedap hati pulak nak diam dan biarkan aje. Selalunya akak suruh aje En.Papa minum eno halia, tapi stock eno halia kat rumah dah habis pulak. Senang cerita akak rebuskan air halia dan bagi En.Papa minum. Mudahan kembung angin En.Papa akan cepat hilang..
Bila akak tengok halia muda yang akak kupas...tetiba teringat sambal ikan bilis halia tumbuk, yang selalunya orang dalam pantang selepas bersalin makan..



Senang jer nak buat sambal ikan bilis halia tumbuk. Cuma perlukan 2 - 3 inci halia muda bersihkan dan potong kecil. Segenggam ikan bilis digoreng garing. Tumbuk semua bahan dan bubuh garam secukup rasa. Dah boleh makan dengan nasi panas2..

halia juga ada khasiat lain..Walaupun halia terkenal kerana membantu dalam penghadaman , ia juga mempunyai ciri-ciri mencairkan darah . Seperti herba dan rempah lain yang meningkatkan peredaran darah, ia membantu untuk mengangkut nutrien ke seluruh badan dengan lebih cekap.Halia juga boleh membantu untuk menurunkan kolesterol LDL 'buruk' , sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung. Bagi wanita mengalami kitaran haid mereka , halia boleh sangat memberi manfaat , kerana ia mempunyai sifat-sifat mencairkan  darah dan boleh membantu untuk mengurangkan kekejangan abdomen.


Monday, 19 May 2014

Cara Baharu Bersedekah

14 comments :
Assalamualaikum..

Berbagai cara di lakukan bila sesorang ingin melakukan sesuatu yang boleh membawa kebaikkan kepada semua orang..

Di arab Saudi..seorang lelaki memperkenalkan cara terbaru untuk orang ramai bersedekah. beliau menempatkan sebuah peti sejuk khas untuk golongan yang kurang bernasib baik di sebuah jalan raya di bandar Hail.
lelaki tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, peti sejuk itu berfungsi apabila penduduk disana boleh meletakkan makanan yang berlebihan di dalam peti sejuk itu untuk diambil oleh golongan kurang bernasib baik.


kalau buat kat tempat kita kan ke bagus. letakkan saja peti sejuk tu di masjid masjid supaya makanan berlebihan dari kenduri kendara, lebihan makanan jualan pasar malam, lebihan jualan makanan pasar tani ke..boleh letak di situ.
secara tak langsung mendekatkan lagi mereka  untuk datang keMasjid.
wallahuaklam

Friday, 16 May 2014

Tazkirah Jumaat

8 comments :


Assalaamualaikum..

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”(al-Bukhari)

Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya?


Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang.

Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya.

Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

* sedaya upaya mendidik hati ini jangan ada rasa kedekut untuk memberi..walaupun sekadar senyuman..

copy cik google punya

Thursday, 15 May 2014

cara mencantikkan halaman rumah

6 comments :
Assalaamualaikum..

Mood nak bercerita kelaut. Tengah melayan kesebakkan dan keluluhan hati yang berlarutan berhari2...huhu
Pagi ini akak nak melayan bunga2 di halaman rumah akak yang sedang mekar segar di simbah hujan dan pancaran sinar matahari silih berganti setiap hari..


Bunga rose jepun. ada yg kata melihat pemandangan ini seolah berada di Jepun..


Cantik juga di letakkan di lantai..

 



Bunga renek yang senang di jaga dan cantik bila berhunga..













sebahagian bunga rose yang sedang berkembang..

Tuesday, 13 May 2014

Perasaan Cemburu

6 comments :
Assalaamualaikum..

Perasaan cemburu memang ada dalam naluri setiap manusia yang kadang kala sukar untuk di kawal. Ramai juga yang beranggapan bahawa orang perempuanlah yang kuat cemburu..kerana sifat pergantungan yang kuat terhadap pasangan mereka. Orang lelaki pun ramai juga yang kuat perasaan cemburu nya. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki ataupun perempuan, bergantung pada sifat semulajadi sesesorang itu dan juga pengaroh dalam pergaulan sesebuah keluarga. Mereka merasa ada kekurangan dalam diri mereka berbanding pasangan mereka. Mereka kurang keyakinan diri dan perlukan perhatian lebih dari pasangan mereka. Apabila mereka tahu yang diri mereka itu seorang yang kuat cemburu, mereka perlulah bijak dalam mengawal perasaan cemburunya itu, kerana sifat cemburu itu boleh merimaskan orang di keliling, terutama pasangan mereka. Jadi.. binalah keyakinan diri supaya terhapus perasaan cemburu ..
 pinjam cikgoogle punya

Friday, 9 May 2014

Tazkirah Jumaat

8 comments :
Assalaamualaikum..
tazkirah pagi Jumaat ..

Daripada Abu Hurairah( juga) katanya, sabda Rasulullah SAW: Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tengga yang lain, sekalipun ( apa yang di beri itu) berupa kaki kambing. ( riwayat Bukhari dan Muslim )

 Huraian:
  • Islam melarang caci-mencaci antara jiran tetangga kerana mendatangkan permusuhan.
  • Islam melarang umatnya daripada menghina pemberian jirannya walaupun pemberiannya sedikit.
  • Islam menyuruh berbaik-baik antara jiran dengan jiran yang lain bagi menjaminkan kedamaian dan keharmonian hidup kejiranan.
  • Janganlah malu untuk memberi sesuatu kepada jiran tetangga walaupun pemberian itu pada pandangan orang lain tidak bernilai.
  • Sunah bertukar-tukar hadiah atau juadah sesama jiran walaupun sedikit.
  •  
     * Alhamdhulillah..akak dapat jiran yang baik- baik semuanya..:D. sedaya upaya juga mendidik hati ini supaya tiada prasangka yang tidak baik terhadap jiran tetangga.
    * sumber dari utusan malaysia

Thursday, 8 May 2014

lampu di sangka moon

2 comments :
Assalaamualaikum..
Cucu akak...Aydin Naufal tengah gigih belajar menyebut beberapa perkataan. Bahasa mudah yg kanak2 seusia dia biasa sebut..seperti mamam, chochom dan perkataan loghat pelat telah di hafalnya. Selalu juga dia menyebut beberapa perkataan yang kami tak berapa faham dan jadi bahan gelak ketawa kami sekeluarga..

sekarang ni dia gigih juga belajar mengenal objek asas..seperti school, bird, flower, car, bus, lori dll..
Yang lucunya pagi tadi..tetiba dia berlari mendapatkan akak didapur..sambil menarik tangan akak ke ruang makan sambil memyebut.. wan! moo! Moon! Sambil menunjuk ke arah lampu di ruang makan. Lucu juga dibuatnya bila lampu di sangkanya moon..hahaha


Nampak macam moonkah lampu itu ? Hehe



Wednesday, 7 May 2014

Untungnya Ada WhatsApp

7 comments :
Assalaamualaikum..
Minggu lepas.. kami anak beranak semuanya di landa demam , batuk dan selseme serentak.
walaupun penyakit ini nampak macam sakit ringan jer..tapi bahananya..siapa yang dah merasa tahulah betapa azabnya..:'(
kalau kena kat kita sesorang takpe..boleh bertahan lagi. tapi kalau dah seisi rumah dan melibatkan baby..memang payah. tambahan pulak orang dewasa macam akak ni.. memang susah..huhu
* baru tadi ternampak iklan whisper tergedik2 kat blog akak..hihih.
itu jalan penyelesaian buat akak..hehe ;-l *



En. papa pulak tak boleh tidur..asik terbatuk2 jer. bila dia batuk..akak pulak tak boleh tidur. bila dia batuk bergegar tilam..macamana akak nak tidor..hehe

cucu pulak sebelah siangnya susah nak tidur. batuk dan hidung tersumbat menganggu rutin tidurnya. aktiviti jadi lembab dan tak bersemangat. bila berhari hari batuk,  suara pun jadi serak, garau dan terus hilang.. dah jadi macam suara itik serati..hihi
segala bijik butir percakapan tidak jelas dan susah nak paham..hehe
macamana nak berkomunikasi..kalau dua dua orang takde suara?
nak guna bahasa isyarat..belajar pun tak khatam lagi..hihi

jalan paling mudah.. guna jer whatsApp! hahaha
ianya percuma.. 
untungnya ada whatsapp..berguna bila kecemasan macam ni..hihi
boleh bayangkan tak bila duduk satu rumah tapi ber whatsApp whtsApp jer..
macam kelakar jer..hikhikhik



Tuesday, 6 May 2014

Rezeki Bulan April

6 comments :
Assalaamualaikum..
Alhamdhulillah..nampaknya ada rezeki akak dalam dunia maya ini. Akak baru saja dapat cashoutkan income dari Nuffnang, 8 shared, survey i Panel Malaysia dan survey toluna..
tak sabar juga menanti ketibaan cek dari Global Testmarket..:)
nampaknya meriah Rezeki Bulan April ini..
Tambahan pula..anak perempuan akak telah menghadiahkan sejumlah voucher Giant yang di menanginya hasil dari satu pertandingan yang di sertainya..Amin..amin..


Rasa2nya kan..kalau nak pergi melancong keutara atau keselatan.. cukup tak untuk bayar tol duit nih...heheh

Monday, 5 May 2014

Bunga Kesidang

14 comments :
Assalaamualaikum..
pagi tadi se masa akak berkemas dihalaman rumah..akak nampak pokok Bunga Kesidang ataupun ada orang panggil pokok Bunga Kerak Nasi yang akak tanam 2 tahun lepas dah mula berbunga lebat. 
akak tanam di tepi pagola dan kononnya nak biarkan ia menjalar melilit memenuhi ruang pergola dengan harapan ia akan merimbun dan menjadi pokok teduhan..
nampaknya pokok ini tak sesuai  untuk dijadikan pokok teduhan..kerana setiap pucuk yg tumbuh akan menjalar ke puncak dan ia tidak mahu melilit sendiri kecuali kita yang melilitkannya..
beberapa bulan lalu akak ada terfikir nak tebang saja pokok bunga ini sbb taknak berbunga. Puas dah akak bubuh berbagsi jenis baja bunga tapi tak keluar bunga juga. Sambil2 tu akak cantas pucuk2 yang menjalar kepuncak langit..lepas beberapa minggu dan masa itu juga ia keluar pucuk baru dan mengeluarkan bunga..

Pertamakali ia berbunga..dan akak dapat merasa betapa wanginya bau bunga kesidang ini seperti wanginya bau daun pandan..

 Bila musim berbunga ni..keraplah akak lalu lalang kat bawah sini..sambil menghidu keharuman wangian bunga kesidang
* abaikan pokok pisang tu..jiran punya..




Selalu kalau buang sampah akak lalu jer pintu depan, skrang rajin nak lalu pintu tepi rumah..sbb ada haruman di laluan ini...;)))

Friday, 2 May 2014

DIY

No comments :
Assalaamualaikum..
Hari ini akak nak share apa yang akak dah buat..
Mengisi masa kebosanan sementara cucu akak tidur..akak kemas2 dalam almari yang ala2 almari pejabat ni..bersepah dengan kertas dan file2 yang tak tersusun..
Tetiba idea datang...hehe..
Idea tu ada disini ..

Ini lah barang DIY yang akak buat. sesuai sangat dengan bekasnya yang comel tu..

Tempat simpan segala nika kepunyaan pejabat mini akak di rumah..

Thursday, 1 May 2014

share entry blog lagi..

4 comments :
Assalaamualaikum..
Lagi akak share entry kat blog dekor akak..