*

Wednesday, 30 April 2014

entry blog

2 comments :
Assalaamualaikum..
sudah lebih 10 hari akak tak updet blog.
akak nak updet blog dari link entry dari blog deco akak jer..
 deko2 yang tak seberapa.. 






Friday, 18 April 2014

pokok bunga di halaman

10 comments :
Assalaamualaikum..
salam pagi jumaat yang penuh barokah..
cuaca mendung jer..semendung hati akak ni. sedih melihat pokok bunga di halaman rumah akak yang sudah lama terbiar tiada berkemsempatan untuk di urus. banyak lagi perkara dan urusan lain yang lebih penting untuk di urus..
hari ini rasa lebih sihat dan adalah hati sedikit untuk membelek2 pokok bunga di halaman yang sudah mulai menceriakan dirinya. 

rose prosperty *maaf kalau salah ejaan* sangat cantik bila dia mula mengebukan dirinya. bergumpal2 bak gumpalan awan di langit..


rose sweet of freedom..pandai membawa diri. di biar, terbiar..sedar2 akarnya sudah memasak bumi..

 cik siti zubaidah..

Rose fairy pink..bila over bloom jadi putih..



..dan nama2 yang hampir di lupakan..tapi tak mengecewakan..

bilakah kamu hendak melilit seluruh ruang yang kosong itu?

ku campakkan kamu di situ..subur pulak tu..

tumbuhan renek di perdu rose magenta

Akak panggil bunga ni ..bunga selamber. sbbnya..tak payah nak tanam beriya iya..sekali tanam jer dgn selambernya dia tumbuh merata rata..

baru di beli seminggu lalu..nama belum tahu..

alahai rose othello sayang..bertunaslah banyak ye..biar meriah halaman ini..dengan warna pu yang memikat hati..

kudup rose angela. hey! tak sabarnya nak melihat kamu berkembanglaa!
tunggu beberapa hari lagi..meriahlah semula bunga di halaman rumah ini..

Thursday, 17 April 2014

jom menguji minda

7 comments :
Assalaamualaikum..

Jom kita duduk2 sambil relex2 sekejap!
sambil menguji minda kita..
ehh!..mana ada sekejap!
pening juga nak memikir nih!..
berapa semua kotak empat segi dalam kotak ini?
Dah tahu tak jawapannya?
jomlah  share kat sini..










Wednesday, 16 April 2014

hujan, sejuk, tidor

5 comments :
Assalaamualaikum..
Hujan! 
Sejuk!
 Bestnya dapat tidor!




Saturday, 12 April 2014

kentang goreng cicah sunde

12 comments :
Assalaamualaikum..
makan malam pada lewat petang..bila dah malam rasa laparlah pulak..
ajak Oya keluar cari sesuatu yang boleh di kunyah kunyah..
Mentelah kami tiga beranak saja yang ada di rumah..jadi tak berani  ler kami nak keluar mengeteh, makan capati or roti canai..
Kita ke McD jer bu! Sambil kita jalan2.. boleh Aydin tengok bulan tengah mengambang dan lampu neon kat tepi jalan tu..



Oder kentang goreng  dan kun sunde... Makan dalam kereta  jer..
sambil makan kentang..sambil makan sunde..sedap pula rasanya..
Oya kata..cuba ibu cicahkan kentang goreng tu pada sunde..lain macam sedapnya!
Ye ler..Aydin pun suka. Berebut makan dengan Wan dan Uminya..
Ek elea...saja jer akak buat cerita..takkan lah Wan nak berebut makan dengan cucunya..
tapi betul akak kata..memang sedap giller..
Kalau nak tahu..kena cuba ler ye..


gajet dapur baru akak..

5 comments :
Assalaamualaikum..
Pagi pagi lagi En. Papa dah keluar rumah.." papa nak kepasar tani tau.." katanya..
Telahan akak..kebiasanya kalau en.papa kepasar tani..mesti dia nak beli tulang selangka lembu..
tujuan pergi pepagi tu supaya tidak berebut tulang selangka dengan mak indon. Papa kata..kalau pergi lewat..mesti dah habis tulang selangka di borong dek mak indon. Pernah beberapa kali papa pergi lewat..melepas..tinggal lemak lembu saja..hehe
penjual tu pesan kalu Haji nak..datang awal pagi sikit.
Jadi betul telahan akak. Papa bawa balik tulang selangka..
Inilah masanya peluang akak nak meneray gajet dapur baru akak yang akak baru beli..Nak kata baru.. tak baru juga..ada lah sebulan dua. Baru akk menerai merebus kacang kuda 2 kali. Hihihi
Ternyata kerja2 merebus untuk mengempokkan makanan yang keras amat mudah sekali..
Maka tersedialah masakkan sup tulang ini.. ia mengambil masa lebih kurang
30 minit saja..



 Inilah gajet dapur baru akak * auto electronic * mengantikan gajet lama akak yang dah berusia 20 tahun lebih. Walaupun dah antik..masih boleh di guna..dan dalam keadaan elok. Demi keselamatan yang lebih terjamin..elok lah akak tukar dari yang manual kepada yang auto saja..insya Allah...

* barangan keluaran cosway *
~Abaikan meja dapur basah akk  yg nmpk berminyak tu ye~~

Friday, 11 April 2014

Tumisan Kacang Kuda

7 comments :
Assalaamualaikum..

Semalam meronda ke blog link akak..
ternampak blog cik mat gebu.. Dapur Tanpa Sempadan tengah tayang resepi kacang kuda tumis berempah..
terasa macam nak mencuba pulak..
kebetulan stok kacang kuda memang ada..
biasanya akk rebus bubuh garam jer. rebus pun dalam presure cooker..sekejap aje dah masak. 
  akak rendam kacang kuda semalaman..supaya cepat empuk bila di rebus.
pagi tadi mula merebus dan resepinya akak main taram aje..

inilah hasilnya tumisan kacang kuda yang akak masak. Akak tak boleh nak masak pedas nanti cucu tak boleh makan pulak..



Thursday, 10 April 2014

Cari Duit Tambahan Melalui Internet

13 comments :
Assalaamualaikum..
Peram lama lama pun bukan boleh naik nilainya. Takut semangkin menurun..
Jadi akak claim ajer.
Inilah cara akak cari duit tambahan melalui internet..hehe


jadilah buat tokok tambah mana yang terkurang..






Wednesday, 9 April 2014

Menu Yang Special

8 comments :
Assalaamualaikum..
Sejujurnya..sejak kebelakangan dan beberapa tahun kebelakangan ini akak memang jarang memasak. Apalah sangat nak makan untuk 2 orang saja kan. Dari bersusah payah menyediakan itu dan ini lebih baik beli saja. Tambahan pulak di Seksyen 7 Shah Alam ni berderet kedai makan. Kecualilah kalau semua anak2 balik berkumpul..akak suka memasak menu yang special untuk mereka..
semalam dan hari ini rajin pulak akak memasak. Jemu dah makan lauk beli jer..huhu





Takde menu yang special pun..tapi menu yang special inilah yang buat en.papa dan akak menambah berat badan..hehe

Tuesday, 8 April 2014

Cari Duit Tambahan

16 comments :
Assalaamualaikum..
Alhamdhulillah..akk dapat upah lagi..hasil menjawab survey..
dapatlah sikit cari duit tambahan. dicampur gaji.. campur anak bagi..bolehlah buat jalan2 cari makan..jalan2 cari ilmu..jalan2 tukar pemandangan..
tak susah nak cari duit tambahan..macam2 boleh di buat. buat biz online..buat job di rumah * yang ini akk tak buat lagi kerana perlu mahir mengunakan bahasa inggeris, maklum bahasa inggeris akak ni kan ke Laut Andaman perginya..heheh*
affiliat..tergeliat nak menyebutnya..dan banyak lagi cara nak cari duit tambahan. rajin dengan tak rajin jer nak ngadap laptop ni. dari berjam jam ngadap main game candy mandy bagai..bukan ada hasilnya pun..baik main survey2 tu.. ada juga hasilnya..:))

tunggulah 2 bulan lagi baru dapat hasilnya. sementara tu terus menjawab survey yang di beri..

Monday, 7 April 2014

tak tahu nak tulis tajuk apa

10 comments :
Assalaamualaikum..
lama dah tak tidur siang..hari ini dapat tidur sekejap rasa leganya..
hari ini sakit telinga lagi. baru 2 hari rasa lega..pagi tadi berdenyut2 semula.
tak pantang makan lah ni..
kisahnya..telinga akk ni selalu rasa gatal. macam ada benda menguit2 kat dalam tu.
cotton bud Aydin yang selalu jadi mangsa. cucu pakai tak banyak mana pun..Wannya yang pakai lebih..
Oya pulak tengok Ibunya selalu menyasau cari cotton bud setiap kali lepas mandi..dia belikan alat gerudi telinga ni..hihihi



apalagi makcik pun lupa diri..hari2 dok mengerudi telinga..lama2 dapat infection..
aduhhhh! berdenyut2 sampai tak tidur malam.
pepagi buta kejut En.Papa minta dihantarkan ke hospital.tak tahan sangat dah.
Hospital paling dekat KPJ Shah Alam. emergency!
daftar nama..jumpa doktor..
tanya ..cerita, tanya.. cerita..
Hah kaww!..dia charge RM178.20 sen.




makan ubat..tapi tak rasa makan ubat..
kebal ke badan akak ni..kalis ubat?..huhu
2 hari menderita..
tak boleh jadi cam ni!
cam rugi jer beli ubat mahal..tapi ubat tak jalan kat badan!
 
 yok papa.. kita gi sepital gomen!
pergi sepital gomen ambil masa setengah jam. bayar singgit jer. buat itu ini..gedebak gedebuk setengah jam juga * dah upgrade sepital gomen ni ye.. cepat dan cekap *
balik rumah telan ubat..alhamdhulillah..
rasa lega..maknanya badan akak ni taklah kalis ubat..
lihat perbezaannya!!!!!!
rasa membazir jer..huhu
salah sendiri nak buat camna!

walaupun dah lega dan susut bengkaknya..tapi kesan kotoran susah nak keluar juga.
dapat info..sedaramara kan ramai..:))
cadangkan ke farmasi..
beli ini..


alhamdhulillah..settle semuanya..
tapi appoiment kena pergi juga..




Sunday, 6 April 2014

tidurlah..dah larut malam ni..

8 comments :
Assalaamualsikum..
Sejak kebelakangan ini akak kerap terjaga malam..mungkin di sebabkan kesihatan yang sering terganggu..
Bila terjaga malam..kata ustaz, ambillah peluang mendekatkan diri pada Allah..
Alhamdhulillah..
bila selalu sangat terjaga..sampai nak masuk subuh baru nak terlena..mesti ada sesuatu yang tak kena. Puas di pujuk mata ni..tidurlah..dah larut malam ni..namun mata ni tetap segar macam buah longan kena ais..huhu hihihi
Kenapa agaknya ye?
Ahhhhh!!!  Semalan dan beberapa beberapa malam sebelumnya..sering bermimpi berkaitan dengan "kain batik ku hilang"
mengaruttttlahhhh !!!!

Friday, 4 April 2014

cerita buah kundang

10 comments :
Assalaamualaikum..

waktu balik dari hospital Sungai  Buloh semalam, akak nampak ada gerai jual buah kundang kat tepi jalan pekan Sungai Buloh. Bila nampak terus rasa kecur air liur akk. Teringat masa kecik2 dulu..bila musim buah kundang ni emak akak selalu bawa balik kerumah pemberian ikhsan dari cina apek kat kampung akak. Seronoknya bila dapat , kami sekeluarga makan sepuas hati sampai akak sakit perut.  kundang yang emak akak bawak balik tu  bukan yangg manis tapi yang masam. Waktu tu takde makanan lain kan..walau pun masam di makan juga. Punyalah akak rasa seronok masa tu..akak kaut banyak2  masuk dalam poket..sambil main teng teng dgn kawan2..krup..krap..krup..krap..buah kundang masuk ke mulut. habis sekocek..sekocek lagi akak bedal.
Bila malam apa lagi..perut akak pun memulas mulas..
Lepas sorang sorang akk kejutkan nak ajak temankan akak menunaikan hajat akak..hehe Sampai tak tidur lah sepanjang malam.. Sejak itu akak serik tak nak makan lagi buah kundang.. Takut peristiwa lama terjadi lagi..hihi..

masa akk mengandung anak sulong akk, tetiba akk teringin sangat nak makan buah kundang. Kebetulan masa tu ada pulak musim buah kundang. nak makan rasa serik  teringatkan peristiwa lama..tapi tekak ni teringin sangat nak makan. akak saja2 pergi kat gerai tu kekonon nak pegang2 aje buah tu nak lepaskan rindu kononnya..hehe * sesiapa yang pernah rasa mengindam hendakkan sesuatu tahulah tabiat orang mengidam tu camna..hehe *.akak pegang2..kekonon tanyalah berapa harga kekati * masa tu timbang pakai kati dan tahil*  agaknya nyonya tu perasan bukannya akak nak beli pun..terus dia hulurkan sebiji.." amoi! lu try makan ini buah sangat manis maa..beriya2 dia suruh akk makan. aiya nyonya! ini buah mana ada manis..manyak masam owh! kata akak.
tada masam lah amoi! ..lu try makan satu!
bagai orang mengantuk di hulurkan bantal..
sepantas kilat akk sambar buah kundang dari tangan nyonya tu dan terus ngapp! * zaman dulu bukan pikir sangat pasal kebersihan nih*
adohai..betul kata nyonya tu..memang manis. rupanya baru akk tahu yang buah ni ada yang manis dan ada yang masam. patutlah apek kampung akak tu bermurah hati bagi berbakul2..rupanya dia sendiri pun tak nak makan sebab buah tu masam.