*

Monday, 31 March 2014

hari kementerian kebudayaan dan kesenian

6 comments :
Assaalamualaikum..
Sabtu dan Ahad..
banyak aktiviti di buat sampai tak cukup rehat..
sabtu pagi.. membantu persiapan  hari kebudayaan dan kesenian anjuran bersama RT, UMMO dan Kementerian Kebudayaan sendiri..di dewan RT Ru ah Kelompok Seksyen 17 Shah Alam.
Banyak acara berlangsung yang berkaitan dengan kesenian. Ada tarian, silat, kompang dan banyak lagi tak ingat dan tak smpat tengok pun sbb merewang kat dapur..
Yang betul betul berminat nak tengok acara yang ini..

Demo memakai tudung..

Pertandingan gubahan hantaran dari tuala..

Pertandingan masak ikan tempoyak..

Hadiahnya pun meriah..
Menu makan tengahari yang di masak secara gotong royong..




Lepas zohor ke majlis kawen rumah kenalan en.papa.
ada kumpulan qasidah yg buat persembahan. Lagu2 yang di bawa telah di ubah senikata kedalam bahasa jawa. Terleka tetamu dan akk mendengarnya..


Alalala comeinya kamu kamu..
muaaaaaaahhh!!

Thursday, 27 March 2014

follow or unfollow

9 comments :
Assaalamualaikum..
akak perasan sejak kebelakangan ini blog akak susah nak follow blog orang lain. kenapa? akk pun tak tahu!
puas dah akk godek sana sini * maklum akak ni kan buta IT..main try n error jer *tapi give up dah..tak boleh juga follow blog lain..nampaknya tak menjadi!

tadi blog not dokter cinta .. ada bagi akak link ini kat coment..

http://notdoktercinta.blogspot.com/2014/03/how-to-follow-blogspot.html

bila akak try dia keluar benda ini..

Alahai..nak kena unfollow blog yang akak dah follow ke?
 ni yang malas nak unfollow..unfollow kawan kawan akak yang best2 semuanya ni..huhu

Wednesday, 26 March 2014

Pasar Raya Segi Bukit Subang

20 comments :
Assaalaamualaikum..
Aktiviti membeli barangan basah berlaku semalam. Pasar raya Segi di Bukit Subang menjadi pilihan akak. Akak beli stok untuk setengah bulan. Harga barang basah disini di jual secara borong..tapi boleh saja kalau nak beli sikit2 ikut keperluan kita. Akk tak pernah pulak bandingkan harga di tempat lain samada lebih mahal atau lebih murah. Kalau bernasib baik masa itu dapatlah ikan yang masih fresh..baru turun dari lori. Waktu itulah beli lebih sikit..simpan untuk stok akan datang..

Ini antara bahan masak yang akak selalu beli bila berkunjung ke Pasar Raya Segi Bukit Subang..
Cer bandingkan harga dengan tempat korang. harga untuk sekilo tau!



 Tak nampak pula harga cili api merah tu..kalau tak silap harganya RM..

terambik gambar bro tu pulak! sori ye bro kalau terjumpa blog akak ni.. tak berniat pun nak curi gambar bro..huhu


Baru kali ini jumpa ubi kayu. selalunya bila time datang tinggal bekasnya saja. Apa lagi En. Papa pun memilihlah sesuka hatinya..hehe

Yang Penting Otak tidak Kosong

2 comments :
Assalaamualaikum..
Walaupun sedang dalam keadaan sedih mengenangkan nasib penumpang dan pesawat MAS MH 730, sambil akak tercoggok depan TV mengikuti siaran langsung perkembanagan berita terkini..sempat juga akk berblog walking.
sedih.. sedih juga..sebak..sebak juga..sampai terbuai perasaan ini terikut2 dengan banyak sangat andaian yang macam2..seolah2 fokus aktiviti harian akak dah tertumpu kat tragedi tersebut..
apa kata kita relex sekejap..santaikan diri kita..
 
 terjah punya terjah..terterjah blog.. http://sayanurazu.blogspot.com.
 
 jom kita menguji otak.. otak sebelah mana yang banyak kita pakai..
jom klik kat sini 

akak dah test..tapi macam malu pulak nak share keputusan..hihi
Tak kisahlah..apa pun keputusan ujian itu.
yang penting otak tidak kosong
akk bersyukur dengan  kurnian Allah SWT pada akak.
Alhamdhulillah..



Tuesday, 25 March 2014

MH370 berakhir di Lautan Hindi

10 comments :
Assalaam..
Sedih sangat bila mendengar pengumuman PM Najib pada sidang akhbar semalam bahawa pesawat MH 370 yang hilang dari radar pada 8 mac lalu telah berakhir di Selatan Lautan Hindi. Pencarian selama 17 hari telah terjawab dengan terjumpanya beberapa bukti yang kukuh.



CNN melaporkan..Pakar Satelit juga mengesahkan penerbangan Pesawat MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. Dilaporkan juga bahawa tiada seorang pun penumpang yang terselamat
 Terfikir bagaimana lah keadaan semua penumpang ketika kapal terbang tu menjunam ke laut. Bagaimana juga perasaan juru terbang, pembantu juru terbang dan semua krew? Mereka pergi dalam keadaan sedang menjalankan tanggung jawabnya terhadap negara dan keluarga. Apa pun yang berlaku disana.. tak seorang pun yang tahu. Jasad mereka pula berada di dasar lautan. Semuga Allah menempatkan mereka bersama orang yang solleh dan beriman.
 Ya Allah...itu janjimu kepada hamba hambamu ya Allah..

Saturday, 22 March 2014

Sate Kebab Keluaran Akmal

6 comments :
Assalaam..
Semasa menyopping barang keperluan dapur  di giant tempoh hari..akk geledahlah* hihi.. brutalnya* tempat  simpanan makanan sejuk beku. Masa akk geledah tu ternampak bungkusan makanan segera..sate kebab keluaran Akmal..
teringin nak mencuba bagaimana rasanya..sama tak rasanya dengan kebab yg di jual fresh diluar sana.
Harga sebungkus RM10.99 untuk 20 cucuk sate. rasa2nya berbaloi tak?


Baru pagi ini akk berkesempatan memanaskannya nak buat breakfast. Teringat plak orang Muar breakfastnya ada sate..hehe

 Kena dinyahbekukan selama 5- 10  minit  sebelum di bakar atau digoreng. Direbus pun boleh.

Selepas di grill dalam microwave selama 10 minit inilah hasilnya. Tidaklah garing..tidak juga lembab..sedang2 saja dgn selera akk. Rasanya pun tiada bezanya dgn yg di jual di luar sana. Sedap dan ringkas. Boleh lah simpan stok banyak2. Kalau ada tetamu boleh di hidang segera..tak sampai setengah jam pun untuk menyedikannya..terus siap untuk di hidang.
Ada baki lagi beberapa cucuk...nanti nak try goreng dan rebus pulak..baru boleh tahu keadah mana yg  lebih sedap...

Friday, 21 March 2014

QARIN? Apa itu QARIN?

No comments :
Assalaam..



Akhir tahun lepas.. akk berkesempatan mengikuti satu kursus jenazah di surau di taman perumahan akk. sebelum memulakan latihan praktikal..Ustazah ada memberi serba sedikit penerangan berkaitan dengan kembar kita iaitu Qarin. Qarin ni wujud sejak kita dilahirkan di dunia. kalau kita perhatikan bayi yang baru lahir ada ragamnya sendiri..contohnya kekadang dia ketawa, menangis senyum dan sedih. Itu semua adalah kerja Qarin kembarnya. Biasanya orang tua2 selalu kata..bayi tu bermain dan di agah olih kawannya. 

Bila dewasa pula dia dipanggil saka.
Tiada istilah yang saka itu baik atau jahat. Ia bergantung bagaimana kita menguruskanya.

Akk teringat pesanan ustazah tu..kalau terdetik di hati kita untuk melakukan kebaikan..dalam masa yang sama pula hati kita kata.. jangan lakukan. itu bermakna ianya ganguan dan hasutan dari Qarin/Saka kita yang melarang kita dari melakukan kebaikan..
mari kita share apa yg di tulis dari blog ini..
QARIN? Apa itu QARIN?
January 24, 2012 at 6:55pm
Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

Thursday, 20 March 2014

ABC sedap

2 comments :
Assalaam..

Balik dari bershopping barang keperluan dapur di Giant Seksyen 13 Shah Alam, En. Papa kata..teringin nak makan ABC. 
Tapi.. kat mana nak cari ABC yang sedap?
Jom kita cari kat gerai seksyen 2. Lama dah kita tak makan2 kat situ. Semenjak di ubah suai lah.  Kut2 kat situ ada gerai yang jual ABC..
Ternyata memang ada gerai yang jual ABC disitu.
Nama gerai pun dah special..
PEGAGA ABC



En. Papa memesan ABC + icecream dan akk pulak pesan ais len ceekang..
ternyata memang sedap kedua2nya..

Lihatlah len ceekang tu..sarat dengan isi..buah laichi 5 bijik, buah longan pun 5 bijik termasuk isi yg lain2 lagi..hampir separoh mangkok isinya.
Kiranya puashati lah makan kat situ..harganya pun betpatutan..
Bila2 nanti nak try soto pulak. Ada gerai soto selangor kat sebelah tu. Soto ialah salah satu akknya feveret..harus meneray nih.
Sampai jumpa lagi..

teppanyaki

No comments :
 Assalaam.. 
Sejak Jusco di One Utama di ubah suai..akk tak tahu kemana perginya kedai makan makanan jepun Teppanyaki tu berpindah. Selalunya kalau akk teringin nak makan..akk makan di situ saja.Sejak kedai makan tu dah berpindah..lama dah akk tak makan teppanyaki tu tau!
 selalu kalau kesana terjengah2 mencari kedai tu..teringat2 akan kesedapannya..sampai meleleh air liur..kepingin banget nih..ekekek..

apalah sangat tarikannya sampai teringat2.
akk suka nasi yg macam pulut tu.kalau guna chopstik pun tak jatuh berderai.ikan salmon yang di panggang /goreng yg baunya wangi sangat. kalau masak kat rumah tak berbau mcm ni. taugeh goreng yg masih ranggup dan di tabur bawang putih goreng. sup tahu masam pembuka selera..rasanya ada di jual kat kedai makanan Jepun.
wallah.. enak banget!
 
Dua minggu lepas Oya ajak jln2 cari barang di Sunway Piramid. Kebetulan kami lalu kat depan restoran teppanyaki. Spontan Oya bertanya ..ibu nak makan ke?
* Eh! macam dia tau aje hasrat hati ibu dia..hehe
lantas ibunya menjawab..opkos lah my dear..
* Wallah..so kind my dotter..:)

Ofkos lah..my douther is so kind...
:))

Tuesday, 18 March 2014

tumpang tuah Erra Fazira..

6 comments :
Assalaam..
Layanlah tajuk kat atas tu..hihi
Ye ye sangatlah tu..
Sejak akk melayan segala macam iklan yang percuma di internet ni..bolehlah tahan juga hasilnya. Walau pun bukan ratus ratusan jauh sekali ribu riban..tapi cukuplah sekadar sen sen sahaja dan bila di kumpul lama2 dapatlah juga buat tambah bayar kad topup.
iklan iklan yang akk dapat..akk tepekkan jer kat segala macam flatform kat internet.
Ada satu iklan ni..8shared namanya * kalau nak join klik aje kat sini..daftar percuma jer..
Selalunya selepas iklan yang akk dapat akk dah tepekkan.. akk dapat view n klik paling banyak pun 0.60 jer satu iklan. Tapi kali ini bila iklan Erra Fazira keluar akk dpt banyak klik dan lihatlah hasilnya kat gambar bawah tu. Nampak gayanya akk dah tumpang tuah Erra Fazira. Ada apa ye yang buat orang nak tahu sangat pasal Erra Fazira kat iklan tu..o



Yang ini pulak akk dapat hasil dari menjawab survey. Dah beberapa kali akk dapat hasilnya. Tapi kali ini paling cepat akk dapat ganjaran, dengan menjawab 2 kali survey..point akk dah cukup untuk di tukar dengan ganjaran berupa wang tunai dan terus di masukan ke akaun paypall.


Saturday, 8 March 2014

sahabat lama

4 comments :
Assalaam..
Hari sabtu yang lesu..
Duk melepak konon nak baca buku ..pastu nak melipat kain baju.. buka tab konon nak mendengar dan menghafal surah...godek2, tertekan juga ikon FB..huhu
Saja saja mengintai FB sahabat baik lama..Puan Ramlah Musa. walaupun duduk dekat tapi kami jarang dapat berjumpa. persahabatan terhenti bila kami sama2 berpindah rumah. Beliau berpindah ke Bandung mengikut arwah suami yang di tugaskan disana. Apa yang boleh akk katakan beliau ialah seorang sahabat yang sangat memahami dan suka berterus terang.tegas dan telus. Beliau boleh mengkritik apa sahaja secara semuka..bukan jenis sahabat yang sentiasa memuji2 dan mengadu domba. berbalahlah pendapat apa saja topik.. beliau tidak akan ambil hati. at the end kami berbaik kembali. akk betul2 rindukan seorang sahabat yang sebegini, yang boleh membuka dan mengubah corak pemikiran keluar dari yang biasa2. Tapi semuanya dah tinggal kenanagan..jadi sejarah dah!!

kebetulan kat wall beliau ada kisah sejarah..jadi akk copy paste jer!


SEJARAH : SERANGAN MALAYSIA KEATAS LONDON

Tun M memang antara pemimpin negara yang terbaik diantara yang terbaik di Malaysia malah beliau juga boleh dikatakan dipandang tinggi dimata dunia. Budi & jasa beliau amat tinggi dan terpuji. Patutlah beliau di sanjung & menjadi ikon, rupanya insan bernama Mahathir Bin Mohamad ini seorang yang bijaksana dalam mentadbir negara.

Siapa kenal dia ? Nama beliau ialah Margaret Thatcher. Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir.
Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.
Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British.
Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.
Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.
Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.
Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.
Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.
— with Rudy Owg Besut and 30 others.

Wednesday, 5 March 2014

bepanthen

4 comments :
Assalaam..
Pasti ibu ibu perlukan Bepanthen ini di rumah untuk keselesaan bayi bayi mereka..

Sunday, 2 March 2014

simkad tunetalk

8 comments :
Assalaam..
menjengah beberapa blog kawan2..rasa rindu nak menulis entry kat blog akk yang bersawang ini..
bila lama tak menulis entry..idea yang ada pun agak susah nak dikarang buat cerita.
rupanya kerja menulis ni..walau setakat sebaris dua perlu ada ilham juga, baru apa yang nak dituliskan dapat memuaskan hati sendiri. kalau hati sendiri rasa tak puas..apatah lagi orang lain yang membacanya kan?
tak dapat akk bayangkan bagaimana penulis buku boleh memperuntukan masa mereka berkarya sehingga boleh menghasilkan buku2 yang berkualiti untuk di baca olih perbagai lapisan masyarakat.
entry akk ni jauh menyimpang dari cerita pasal buku..hihi

Tetiba pulak akk dah tercebur dalam bisnes kecil kecilan menjual sim kad.
Beberapa tahun dulu akk memang aktif menjadi agen menjual kad topup prepaid. Selain memudah kan untuk kegunaan sendiri, anak2 dan beberapa orang pekerja, dapatlah juga akk meraih sedikit keuntungan. Jadilah kan..bak kata orang tua2 sedikit demi sedikit lama lama jadilah bukit kan!
Selepas mengunakan perkhidmatan postpaid..akk berhenti menjual kad topup.kekonon nak berehat dari buat bisnes tersebut.

Beberapa hari lepas akk di datangi seorang kawan lama akk. kawan akk ni beriya iya memperkenalkan bisnes kecil kecilan yang di buatnya. bisnes menjual sim kad prepaid dari Tune Group.Tune group ni di bawahnya ada beberapa syarikat lain..salah satunya ialah syarikat tambang murah Air Asia..Syarikat yang semua orang dah kenal..





Simkad Tune09Talk ni dijual dengan harga RM90 mulai dari Mac ini. Banyak faedah yang kita boleh dapat dengan mengunakan simkad tunetalk ni berbanding syarikat telikomunikasi lain.

nak cerita banyak akk pun tak berapa nak pandai..apa kata klik jer kat sini. Semuanya keterangan ada di sini..

http://www.toneexcel.com/affiliate/index.php?ID=301246

kalau berminat boleh hubungi akk ye!