*

Wednesday, 31 December 2014

Ulasan Pakar Penganalisa Ekonomi Prof Dr Hoo Ke Ping

 Assalaamualaikum..
Berkongsi lagi berita dari group Whats App.
Orang melayu..cukup2lah dengan hal-hal yang berbentuk  keseronokan dan hiburan. Ingatlah masa depan kamu dan anak-anak kamu yang masih jauh lagi..
 Biarlah bersusah payah hari ini..dikemudian harinya kamu senang dan tenang..yang penting kehidupan kamu bebas dari hutang!!
fikir-fikirkanlah!!!!

gambar hanya hiasan.pokok duit-duit di halaman rumah KY..

inilah berita menarik untuk di kongsi..

 “Ulasan tentang ekonomi oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Ekonomi) dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14). 

Negara kita semakin menhampiri krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia yg semakin menurun, ringgit malaysia semakin tenat. Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutamanya muda mudi :-

1. Berjimat cermat. Berbelanja bila perlu sahaja. Berhati hati dengan YES (YEAR END SALE) kerana pembaziran boleh berlaku dlm suasana SALE ini.

2. Elakkan BERHUTANG kerana di masa akan datang interest dr pihak bank akan naik. Kelak kita akan MATI utk cuba membayar interest. ***
-
3. JANGAN BELI PROPERTY dlm masa 2-3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun spt mana yg sudah berlaku di Singapura dan UK dek kerana ‘OVERSUPPLY’. Tambah beliau di sekitar lebuh raya Kesas shaja, sejumlah 20ribu unit property yg sudah mendapat CF namun hanya 20-30% shja yg terisi. Oleh itu rancanglah utk memiliki sebuah property apabila hrga rumah turun dan EKONOMI kita semakin pulih. 

4. Lakukan investment jangka masa panjang utk mengembangkan wang kita. Pelbagai investment yg ada spt insurans, tabung haji, public mutual, saham, dll. Jangan hanya menabung di dlm bank. 

Selamat Menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini.


PSST :- Cabaran sebenarnya adalah.. MELAWAN HAWA NAFSU UNTUK CUBA HIDUP MEWAH ATAU BERPURA-PURA HIDUP MEWAH!!



31 comments :

  1. PERKONGSIAN YG AMAT BAGUS NI...BERJIMAT CERMAT DEMI MASA DEPAN...GUNAKAN WANG DGN BIJAK.

    ReplyDelete
  2. betul tu... satu perkongsian yg bagus... dan berguna untuk membantu menghadapi kemelut kewangan tahun 2015... yg paling saya boleh lakukan ialah mengelakkan mebelian yg tak perlu... ada masanya kita akan membeli semata2 kerana kita rasakan yg lama tu dah tak cantik bukan sebab dah tak berguna... saya akan ambit ingatan yg ini...

    selamat tahun baru

    ReplyDelete
  3. Ukur baju di badan sendiri. Rugi kalau sekadar nak diri setanding dgn yg kaya.. Kakak pun kian nampak 2015 kita kena lebih berhemah utk menggunakan kewangan kita. Apa lagi macam kakak ni kan KakYon bukan kerja kerajaan. Kena lebih berhati-hati anak-anak masih memerlukan kewangan yg lebih kukuh..

    ReplyDelete
  4. yg no 3 tu tetiba baut sy excited pulak...nk tggu harga rumah trn then beli ;-)

    salam 2015

    ReplyDelete
  5. nice sharing akak..RM makin merudum itu sudah pasti bila nilai ringgit jatuh tiada lagi isu nk hidup bermewah..thn 2015 juga kita akan hadapi GST...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian info ini kakyon. Sebaiknya kita lebih berhemah bila berbelanja. Dengarnya tahun 2015 harga barang akan naik ditambah dengan GST.

    ReplyDelete
  7. Beringat2 sentiasa...kak jom kita tukar2 link mau...?

    ReplyDelete
  8. Setuju tu..kita harus bejimat cermat..

    ReplyDelete
  9. tq kongsi info buat pembaca disini..beringat sebelum gawat..

    ReplyDelete
  10. Saya pun dapat dari whatsapp perkara ni.. selamat menyambut tahun KY

    ReplyDelete
  11. Informasi yang sangat baik.

    Terima kasih kerana berkongsi ...

    ReplyDelete
  12. bila dpt message ni sgt takut baca... huhuhu... tak tahu mcm mana keadaan kita thn 2015 ni kn. semoga allah permudahkn setiap urusan dan beri kita lebih banyak rahmat dan rahim NYA

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    ReplyDelete
  14. duit kita , kita sendiri yg kena rancang perbelanjaan ... x yah nak slahkan pihak lain bila x de duit ... berusahalah agar 2015 lebih baik kepada kehidupan kita

    ReplyDelete
  15. Setuju sangat janganberhutang...

    www.dorsettpink.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Betul tu.. segala perbelanjaan harus dirancang dengan teliti.. Kalau boleh cari jalan untuk tambah pendapatan..

    LatifahFazri

    ReplyDelete
  17. mungkinkah 2015 adalah tahun suram rakyat malaysia?
    minta dijauhkan

    ReplyDelete
  18. Mmg terbaik nasihat beliau ni. Tapi nampaknya bahagian yg jangan beli property tu macam tak mungkin akan turun harga je, sbb sekarang kadar baru kelayakan pinjaman perumahan dah dinaikkan. Nampaknya wp harga rumah makin mahal, kerajaan izinkan pula buat loan lgi tinggi.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih mengingatkan KY....Mcm Okje ni nak shopping , al futlus pun tak de KY hihi....
    Minyak pun dah jatuh ke AS dollar 50 setong dua hari lepas....

    ReplyDelete
  20. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM UJAN KAN KAK..

    ReplyDelete
  21. Setakat ini kakcik tak pernah teruja dengan YES, tapi hutang tetap ada...dan ia memang sangat 'menyakitkan'...

    ReplyDelete
  22. setuju bab elakkan berhutang

    ReplyDelete
  23. here something for you!

    http://aniesandyou.blogspot.com/2015/01/perhatian-kepada-blogger2-berikut.html

    ReplyDelete
  24. Betul tu Yon, kita patut belanja ikut kemampuan bukan kemahuan...

    ReplyDelete
  25. Tq KakYon setuju sangat KakYon, belanja ikut gaji sendiri jangan pula ikut gaji orang btoi dak KY?

    ReplyDelete
  26. Terima kasih akak. Harap-harap rumah turun depan-depan nanti, Kasihan kat yang belum beli rumah lagi.

    ReplyDelete
  27. Moga tahun ni ramai yang mengambil langkah berjimat.. saling ingat mengingati ialah langkah terbaik kan..

    ReplyDelete
  28. kak Yon..lamanya menyepi

    ReplyDelete
  29. berbelanja dengan berhemah

    ReplyDelete
  30. Singgah petang jenguk KY.....Lama menyepi KY?

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..