*

Tuesday, 30 December 2014

Sawi jeruk Asin

Assalaamualaikum..
  Dulu-dulu sekitar tahun 80an..KY  suka sangat masak asam pedas ikan parang di campurkan dengan sawi asin. tokey jual ikan kat tempat KY tahu sangat dah.. kalau dia bawak ikan parang mesti dia bawak sawi asin sekali. Dia dah tahu pasti KY akan membelinya...hehe
Tapi selepas tahu hukum makan makanan buatan orang asing * walaupun makanan tu dikatakan halal * selera  nafsu  makan dah tertutup rapat..huh
tadi terbaca dalam group FB..rakan group FB KY posting cara nak buat sawi jeruk asin.Sukanya KY nak share dalam blog nie..mana tahu satu hari nanti KY teringin nak buat pulak. kawan blogger yang nak cuba buat pun boleh jer ambil resepinya di sini..

kredit untuk Asmira Suhadis
KY copypaste jer..

Sawi Jeruk asin
Sebelum saya mengunndur diri, saya ingin kongsikan satu lagi makanan kegemaran saya , yang kita risau untuk membelinya di pasar kerana kebanyaklannya di buat oleh bangsa lain yang kita takut halal haramnya.- Untuk membuatnya sebenarnya sangat mudah, sawi jerok anda memerlukan
1, sawi pahit cina ( ada berbagai bentuk) cuci bersih dan toskan kering
2..ikut suka mahu diceraikan dari batang atau di belah bagitu sahaja
3. bubuh garam pada setiap kelopaknya
4. tuangkan air basuhan beras hingga menutupi semuanya
5. tekan-tekan supaya padat
6. tutup rapat dan ketepikan selama seminggu.
7. keluarkan- warnanya sudah berubah menjadi kuning- basuh bersih
8. masukkan di dalam balang lain yang di bubuh air masak sejuk dan sedikit garam.

anda juga boleh menjadikannya kering dengan hanya mencampur garam tanpa air dan masukkan kedalam bekas kedap udara- ianya tahan berbulan...
anda sudah boleh menggunakannya untuk memasak sama ada asam pedas, masak lemak cili api dengan ikan..atau apa-apa sahaja..

selamat mencuba resepinya..

9 comments :

  1. Senang juga cara nak membuatnya, kan? Tapi kakcik tak pernah cuba makan sawi jeruk ni...

    ReplyDelete
  2. kalau letak sikit cuka blh tak ... mcm nak cuba lah pulak .

    ReplyDelete
  3. satu ketika dulu sya pun suka juga sawi jeruk ni kakyon tapi bila dah kena gastrik xberani nk mkn lagi....kata suami ada cuka dlm jeruk sawi tu tapi kalau buat sendiri spt yg kakyon share resepi ni xde cuka boleh buat sendiri ni...

    ReplyDelete
  4. Kalau arwah mak kakak dulu selalu buat KakYon
    Kena pada anak dia malas.
    Senang tapi kena rajin.

    ReplyDelete
  5. aha..mmg mudah cara penyediaan nya..adakah sama seperti kimchi eh KY?

    ReplyDelete
  6. Kak Yon,

    Arwah ibu saya juga dahulu sering apabila masak lauk asam pedas dimasukkan juga sawi jeruk. Sudah puluh tahun rasanya tidak makan sawi jeruk masak asam pedas....

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak makan sawi jeruk ni bukan tak suka tp tak reti nak masak sendiri guna sawi jeruk ni...beli pun tak pernah KY...

    Kecur sudah KY.....huhu

    ReplyDelete
  8. wahh .. boleh di cuba ni .... terima kasih ...

    ReplyDelete
  9. wah bleh la cuba .. saya pun minat makan asam pedas + sayur asin tapi tu le nak beli sayur asin ni selalu was2....

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..