*

Thursday, 18 December 2014

Perkongsian motivasi diri


Assalaamualaikum..

Sekadar perkongsian motivasi diri sendiri yg dikongsi oleh kawan2....

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan & Personaliti Diri..

1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.

2.   Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini.

3. Jangan berlebihan, tetapkan had.

4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius.

5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’.

6. Bermimpilah ketika anda berjaga.

7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan.

8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang.

9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini.

11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri.

12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat.

13. Lebihkan senyum dan ketawa.

14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju.

Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga.

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain.

17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya.

18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun.

19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari.

20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda.

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan

22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan.

23.   Allah akan mengubati segala galanya.

24. Buat perkara yang betul.

25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah.

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia.

27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba.

28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan.

29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah.

30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah.

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,
kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.
Semoga diberkati dgn perkongsian ini..
Amin...

22 comments :

  1. Satu perkongsian yang menarik..CP suka yang no 13 tu..lebihkan senyum dan ketawa

    ReplyDelete
  2. Yang no 1, saya pula yang sentiasa ingatkan orang2 di keliling saya. Maklumlah, manusia kan....

    Saya baru saja habis 'membebel' dengan suami saya isu 21 sebab dia tak nak jumpa doktor esok...

    Dan saya sentiasa berpegang pada yang 26

    Sepatutnya terapkan kesemua 30 ini kan kak...

    ReplyDelete
  3. inshaAllah, perkongsian yang baik, moga diberkati.

    ReplyDelete
  4. terima kasih KY atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  5. Sangat berguna buat kita semua KakYon
    Memang kalau nak capai semuanya agak susah tapi tak salah kena mencuba dan usaha.

    ReplyDelete
  6. saya suka buat no.22,, baik ke buruk ke,, apa yang saya buat kerananya insha allah,, thank you kak Yon atas perkongsian yang bermakna ni,, teringat plak masa IMKK dulu,, Emmm rindunya saya kat ilmu DAO,,

    ReplyDelete
  7. mungkin tak dpt nk praktikkan semua tapi dpt lakukan 1 persatu.. itu jauh lbh baik

    ReplyDelete
  8. Terima kasih diatas perkongsian ini kakyon. Mudah2an kita dapat praktikkan.

    ReplyDelete
  9. semuanya memerlukan kita menjadi positif dalam merencana kehidupan,terima kasih atas peringatan dan perkongsian kakyon :)

    ReplyDelete
  10. TQ atas perkongsian ni...
    Yup, kena selalu call ahli keluarga..sebab kadangkala, kita sibuk ber FB/whatsapp dgn kawan kawan sahaja

    ReplyDelete
  11. semoga dapat dipraktikkan kesemuanya ... insha Allah .

    ReplyDelete
  12. Manusia selalu suka lupa orang di sekelilingnya bila meletakkan pekerjaan ditempat utama. No 21 adalah peringatan yang terbaik.

    ReplyDelete
  13. terimakasih keeana berkongsi...yg penting adalah sentiasa berfikiran positif...buat perkara yg baik2...

    ReplyDelete
  14. satu motivasi yang menarik ...boleh share juga utk teman lain.

    ReplyDelete
  15. Motivasi diri yang bagus ni. Terima kasih akak.

    ReplyDelete
  16. motivasi, peringatan dan panduan sebenarnya ni...semua pun berkaitan dgn hidup saya sehari2. Tq ya.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih KY....Penuh dengan aura positif.....
    Setuju...hidup kita ni bukan lama, selain dpd penuhkan masa dengan mencari bekalan kita di sana nanti. Insyaallah..... moga Allah tolong untuk positifkan diri kita selalu.
    Kan KY!

    ReplyDelete
  18. Terima kasih KY atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  19. terima kasih KY... saya suka semuanya... insyallah saya akan belajar darinya...

    ReplyDelete
  20. fikir yang baik2 saja
    yang buruk, hanyutkan ke air bah

    ReplyDelete
  21. Terima kasih kak Yon di atas perkongsian ini. Terdapat sebahagian daripadanya telah JM amalkan so sebahagian lagi akan cuba di peraktikkan

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..