*

Monday, 22 December 2014

dividen ASB 2014

 
Assalamualaikum..
Nak kata happy pun tidak dan juga tak happy pun tidak..
perasaan biasa-biasa saja. bersyukur sahaja dengan apa yang Allah dah tentukan untuk kita.
 Pagi isnin ni biasalah mood nak berehat lebih banyak. maklum hari sabtu dan ahad kan hari paling sibuk..sibuk dengan kenduri kendara, jadi hari isnin ni ambil masa bersantai sambil berehat.. bolehlah bercelotih depan laptop ni haa.
pengumuman dividen ASB dah keluar beberapa hari lalu. nampaknya ada sedikit penurunan dari tahun lepas dan tahun sebelumnya.
:-I
Kadar Dividen ASB 2014 & Bonus ASB 2014. Pembayaran ASB 2 Januari 2015 : Seperti biasa menjelang hujung tahun, Permodalan nasional berhad (PNB) akan melaksanakan tugas mereka untuk menyampaikan pengumumankan kadar dividen ASB 2014 dan juga bonus ASB 2014.

Berbanding kadar dividen ASB 2013 untuk tahun sebelum ini, kadar dividen ASB 2014 kurang 0.2 apabila agihan pendapatan kepada pelabur ASB seperti anda untuk SKIM Amanah Saham Bumiputera adalah 7.50 seunit manakala bonus ASB 2014 adalah 1.00 sen seunit bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2014 ini.

carta dividen dan bonus ASB pada tahun sebelumnya..
  • Tahun 2014 : 7.50 + 1.00
  • Tahun 2013 : 7.70 + 1.00
  • Tahun 2012 : 7.75 + 1.15
  • Tahun 2011 : 7.65 + 1.15
  • Tahun 2010 : 7.50 + 1.25
  • Tahun 2009 : 7.30 + 1.25
  • Tahun 2008 : 7.00 + 1.75
  • Tahun 2007 : 8.00 + 1.00
  • Tahun 2006 : 7.30 + 1.25
  • Tahun 2005 : 7.25 + 1.75
  • Tahun 2004 : 7.25 + 2.00
  • Tahun 2003 : 7.25 + 2.00
  • Tahun 2002 : 7.00 + 2.00
  • Tahun 2001 : 7.00 + 3.00
  • Tahun 2000 : 9.75 + 2.00
  • Tahun 1999 : 8.50 + 1.50
  • Tahun 1998 : 8.00 + 2.50
  • Tahun 1997 : 10.25 + 1.25
  • Tahun 1996 : 10.25 + 3.00
  • Tahun 1995 : 10.0 + 3.00
  • Tahun 1994 : 9.50 + 4.50
  • Tahun 1993 : 9.00 + 450
  • Tahun 1992 : 7.50 + 5.00
  • Tahun 1991 : 8.50 + 4.00
  • Tahun 1990 : 8.00 + 6.00

p/s: KY C&P sumber dari berita semasa

20 comments :

  1. Jujurnya - kakcik langsung tiada simpanan dalam ASB... :(

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....dah keluar dividen ASB rupanya.

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah...

    penuh sesak bank nanti awal bulan Jan 2015 ;)

    ReplyDelete
  4. la tak faham cik azue, sbb tak pernah ada ASB pun...huhuhu

    ReplyDelete
  5. www.zaharuddin.net untuk penjelasan.

    ReplyDelete
  6. Wah, masyuk ni kak.....

    ReplyDelete
  7. Kakak dulu ada a/c ASB tapi sejak 2 tahun ni kami dah pindah semuanya KakYon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pilihan terbaik selain tabung haji dan bank rakyat yg bkn senang nak tambah pelaburan ye Zakie..

      Delete
  8. ASB saya pun dah lama bungkus...

    ReplyDelete
  9. SAYA PN ADA GAK PERLABURAN DI ASB TP RAMAI SARAN SUOH TUTUP DAN BUKA TABUNG HAJI ATAU BANK RAKYAT

    ReplyDelete
  10. mmm..tak ada kira2 nak buat apa lagi...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah ada lah juga kan ...

    ReplyDelete
  12. tak pernah ada simpanan di asb
    tak dapat nak kira apa2

    ReplyDelete
  13. tak boleh nak cakap apa... bukan kita penentunya... tapi kata orang saham koperasi felda dan bank rakyat lebih tiga kaliganda tingginya... gimana pun itulah rezeki kita kan...

    ReplyDelete
  14. dah tak simpan dalm asb sb hujah2 yg ada menyebabkan saya rasa was2... tp ada 2 perbahasan kan. so sapa rasa yakin xde masalah... :-)
    Tp ada la kot balance 80 ringgit dalam akaun tu...hehehe

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..walaupun menurun ia tetap rezeki..mesti penuh bank dan ASB dengan org ramai berpusu2 nk update buku termasuk lah JM pada 02 jan nanti :-)

    ReplyDelete
  16. Syukurkan KY....sapa nak bagi lebihan untung 7 percent tu. Jangan lupa berzakat yer sahabat sahabat sekalian...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..