*

Wednesday, 12 November 2014

Melancong ke Turkey part6

Assalamualaikum..
Hari ketiga di Turkey..
masih di Cappadocia..selepas breakfast kami di bawa melawat kekilang permaidani.
kali ini tak perlu tergesa-gesa mengemas beg pakaian kerana kami akan bermalam semalam lagi disini..


melawat kilang kapet yang berharga ribuan ringgit. tapi kelas mak!

  
di rock carved churches..

hasil kerjatangan yang halus dari penduduk tempatan..




lunch kami..soup, salad, pastry, cold apetizers, pottery kebab n fruit..

kami kegoreme open air muzium. tempat ini pun kami tak masuk. sebab apa tak masuk?
kisahnya..semasa bas berhenti semua orang mula turun.biasalahkan.. orang depan kenelah turun dulu. pasangan sebelah kami ni tetiba tak jadi turun..dok mengisahkan barangan yang di beli semasa di rock carved churches..hilang katanya. kami ter sangkut tak boleh turun.. kerana mereka berdiri kat tengah bas tu sambil mengirai barang yang di beli. bila kami turun kumpulan kami dah hilang dari pandangan. olih kerana tak tahu nak menghala kemana..jadi kami ambil keputusan tak jadi ikut mereka dan kami bersantai sambil cuci mata di kedai cenderahati..






mengisi kebosanan..makcik pun bergambarlah..hehe




kami ketempat hiburan malam mereka..kelab tarian bele bele. kami berempat KY, En.Papa dan pasangan muda..Dr. fairus dari HUKM dan Dr.Norazlina dari Hospital Serdang *kalau tak silap* menonton separuh jalan. bukan kerana dah jauh malam dan badan pun dah letih, tapi.. rasanya banyak lagi benda baik yang boleh kita tonton..huhu.
tapi ada juga yang berkeras mahu menonton sampai habis. bukan tak tahu apa yang terhidang diatas meja..walau pun tidak di sentuh atau dijamah..sekurangnya ia dah buat kita rasa tak selesa. tambahan pula..dikatakan acara kemuncaknya.. ada tarian b****, tapi pakcik-pakcik tu masih nak tunggu..huhuhuhu
sempatlah kami melelapkan mata dalam bas sementara acara selesai.
selesai acara..masa dalam bas sebelum meneruskan perjalanan pulang kehotel, cik lale sempat bergurau, katanya..adakah anda sudah ke Makkah? sesiapa yang sudah ke Makkah ..kena pergi lagi mintak ampun pada Tuhan..
hah..terkena penampor kaw!



14 comments :

  1. amboi..dayat jugak hiburan malam orang turki.cantiknya capadocia ni kak yon..nanti update lagi!

    ReplyDelete
  2. kak Yon..kenapalah org tu boleh pulak kirai semua barang yg ada dalal laluan bas tu..idak ni beri peluang org lain tu turun dulu nko nk cari barang pun..kalau JM di tempat kak Yon mmg dh kena sound..JM ni jenis x sabar huhuh

    Hamoi..Cik Lale..pandai pulak ye dia ckp camtu ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY sabar jer JM. dah tua-tua ni..banyak yg terlupa dari yg diingat.rupanya brg tu dlm henbag dia..

      kan JM, gurauan tu mcm perli jer. ada satu masa kan JM..dia boleh kata, siapa tahu orang yg tak bertudong..mungkin iman dia lebih kuat dari orang yg bertudung..huhu

      Delete
  3. Capadocia tu mmg sangat amat amat teringin nak pergi...
    Unik ciptaan Ilahi..terbentuk macam tu..
    Dan nak try naik air hot baloon di situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak puas rasanya kesana..melihat kesan dari gempa bumi ratusan tahun dahulu..menambahkan lagi ketakjuban kita kepada maha penciptanya..
      KY teringin nak naik..tapi mr. tak mahu pulak. mengikut kata perserta yg naik tu..pemandangan seluroh cappadosia tersangatlah cantik di lihat dari atas hot baloon..

      Delete
  4. Kalau dah tahu tempat macam tu kena tepuk dada tanya seleralah ya kakyon.

    Menurut kawan yang sudah pergi Capadocia memang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. acara ni sudah termasuk dalam package, nak ke tak nak.. kena pergi juga. cuma kena ikut kesesuaian sendirila.
      cappadocia memang sangat cantik..

      Delete
  5. cantik btul kak..lngit biru bersih..dkt dgn laut ke ..yg part tarin tu yg x syok. kn..x sabar tggu nxt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hampir dengan laut juga..

      Delete
  6. Kok pun hilang barang jgnlah halang org lain nak turun.
    Macam-macam org ye KakYon.. tapi tak apalah kawasan itu pun dah cantik
    Tapi karpet sana siapa tak tahu memanglah cantik dan berkualiti

    ReplyDelete
  7. Sabar je la kak yon dgr karenah org hilang barang tu ... nasib baik tak tgk sampai habis kan ...

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tempat ni..kagum lagi tengok binaan dan panorama kat situ.. ada pulak kes orang hilang barang macam tu? Tapi mujur KY jenis sabar.. kalau saya agaknya, dah nak menegur, mulut ni ai... tapi dah takdir agaknya ya..

    ReplyDelete
  9. seram sy rs kalu ada tarian b**** tu hehehe

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..