*

Tuesday, 25 November 2014

Melancong keTurkey part 9

Assalamualaikum..
dua hari terakhir kami di Turkey.
dari Canakkale kami ke Istanbul semula. selepas makan tengahari di sini..
Inilah part paling best sekali. kami di benarkan bershopping sakan selama 4 jam di Grand Bazaar. Ini pun atas permintaan majoriti ahli. kami terpaksa batalkan satu tempat lawatan di Taksim Sqare..kerana masa yang ada akan di habiskan di Grand Bazaar..
kami berpecah mengikut langkah memasing dan berjanji berjumpa di pintu masuk.
memula teruja nak masuk, bila dah masuk tak tahu nak beli apa. dah rambang mata makcik nie..hihi
didharap.. dichongak, ermmmmm.. harga tersangat lah mahal bila di convert. beli sajalah apa yang perlu buat ole-ole anak dan cucu. Nasib baik kami banyak menukar duit lira berbanding euro/usd. masa tu nilai pertukaran RM ke Lira ialah 1lira = RM1.80.
Disini pengunaan kad kredit pun terhad kepada kedai yang besar saja. kedai ditepi- tepi jalan lebih suka menerima Lira berbanding usd. Jenuh mencari duit tukar..

pintu masuk tempat kami menunggu ahli kumpulan..

suasana dalam bazaar..


makcik mana boleh tahan tengok benda-benda cengini..harus singgah dan menyembang panjang-panjang..hahah


 setelah selesai sesi mengosongkan wallet,
sementara menunggu mereka berkumpul, KY ambil peluang melawat kedai buku-buku  agama di satu sudut khas. 
 masa yang diperuntukan selama 4 jam nampak gayanya tidak mencukupi..makanya berlanjutan lah hingga ke 5 jam..huhu
 selesai sesi shopping moping..terus checkin  hotel.
kami menginap dan makan malam di Grand S Hotel.
selepas makan malam..kami berkemas kerana seawal esok pagi kami nak checkout dan terus ke Masjid Biru. Ingat tak posting hari pertama, kami tak dapat masuk kerana kesesakan, terlampau ramai orang dan kami tidak mahu membuang masa di situ.

hari kelapan..

Seawal jam 8 pagi kami sudah terpacak diperkarangan masjid biru. kami disarankan untuk mengambil wuduk di hotel, tapi maklumlah perjalanan dalam bas lebih kurang setengah jam dari hotel ke Masjid Biru tu macam-macam boleh berlaku..huhu

Pagi ni nampak seperti tidak ramai pengunjung. adalah beberapa kumpulan kecil dari China/Taiwan,Jepun dan Korea.
Cantik dan manis mereka-mereka ni bila bertutup aurat.Syarat untuk masuk ke Masjid Biru..di wajibkan menutup AURAT..





Selesai solat kami turun ke halaman Masjid. bergambar kenangan..
 

 

laluan keluar dari Masjid Biru..memukau pandangan. deretan kedai yang menjual barangan hiasan rumah.rug-rug yang sangat cantik designnya. ada yang di buat dengan tangan dan berharga ratusan ringgit..huhu
nampak pulak itik comel nie..rasa tenang jer..





Ada pulak galeri atas nama cucu KY..Aydin..


 lebihan kain yang di sambung..nampak macam senang nak jahit..nampak cantik dan unik.
harganya pun..mmmmm..
agak-agak boleh buat sendiri tak?



28 comments :

  1. sy rs skrg kan...susah nak jumpa itik... ramai ye kak org sn bela itik sebegitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY nmpk ada juga beberapa kawasan org bela itik..

      Delete
  2. Yon..Mala apa pun nampak bunga tu yang cantikk...
    seronok tengok itik-itik tu..bersih saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mala..kalau pergi sana waktu musim bunga tentu meriah dgn roses. pokok roses banyak sangat dimana2..tapi tulah daun dan bunga dah mula luruh dan tak berapa cantik di gambar..

      Delete
  3. Kalau dah sampai ke Bazar memang tak cukup masa nak shoping moping ni KY.. perlu ajer ditambah masa tu..
    Elok pulak itik berkeliaran di masjid tu ye KY.. comel aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan org perempuan..bila menyoping sampai tak cukup tangan nak bimbit beg. lelaki wat dono jer..hihi

      Delete
  4. Bestnyeee dah sampai turki.. kite ni bile la nak sampai nih.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..satu hari nanti sampailah tue..

      Delete
  5. Masjid biru....wish list kak zai.

    Memang teruja kalau dah masuk bazar dengarnya macam2 ada cuma yang perlu bawa berguni2 fulus hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara tempat yg wajib di lawati bila berkunjung kesana Zai..
      walau sebuntil pun fulus yg di bawa belum tentu dpt memuaskan hati kita.makna kata..kita ukur baju dibadan sendirilah..hihi

      Delete
  6. Kalau kakcik yang pergi, haruslah tengok je orang shopping sebab kakcik tak mampu kalau dah semuanya mahal... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah ye kakcik, knapa org suka memebeli barang luar walaupun harganya mahal klu nk di bndingkan di KL. contoh shawl..akk tengok di sana harga lebih mahal dari disini..( yg disini pun dtgnya dari sana juga) tapi mereka beli juga..huhu

      Delete
  7. canteknya dalam masjid tu kak yon...semua canteklah dan damai nampak suasana dengan bunga2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ditempat kita dah lama kena runtuhkan kut..hihi

      Delete
  8. itik biasanya suka air
    ada kolam ke dakat2 masjid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pastilah pulak ada kolam kat situ. mungkin sekitar kawasan tu ada penduduk yg bela itik kut..

      Delete
  9. Kak, saya kalau sampai sana saya teringin nak explore food diorang jer..hehehe. Tapi memang kat sana semuanya mahal2 kan kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang cakap.. kalau nak explore tempat makanan diorang, sebulan tinggal kt sana pun tak habis..

      Delete
  10. jgn kata Kak Yon..JM pun sama saat yang paling best adalah shopping wlaupun sekadar window shopping ye pung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tulah..hilang semua penat lelah..lengoh kaki. nak nak kalau misi mencari berjaya di temui kan JM..

      Delete
  11. jamu mata best juga ni... l

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini jerlah yg dpt di kongsi..sekadar jamu mata jer KM :)

      Delete
  12. Teringat pulak cerita Istanbul Aku datang KY.....
    Bila kY cakap pasal Masjid biru ni, teringat pulak pelancong yg melawat Putrajaya
    Lebih kurang ginilah yer KY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanya cuma Masjid Biru dah jadi sejarah..Masjid Putra Jaya sedang mencipta sejarahnya sendiri..;)

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..