*

Tuesday, 18 November 2014

Melancong keTurkey part 8

Assalamualaikum..
 lama naw nak habiskan story ke Turkey nie..
Selepas sebulan berlalu..cerita pun  tak berapa nak ingat sangat.
Semasa di Pamukale kami bermalam di Richmond Thermal Hotel.
 Selama kami disana..kat Turkeylah...makanan tidaklah menjadi masalah sangat, terutamanya waktu makan malam di hotel tempat kami menginap. Ada banyak pilihan makanan. Asalkan ada spaggeti ada nasi dan roti  ada telor dan ikan dawri..ala ikan fish n chips yang selalu kita makan tue..pun sudah cukup untuk kami. ada juga ahli kumpulan yang membawa makanan segera seperti sambal belacan, sambal bilis dan lauk dalam tin. kami berkongsi memakannya. makanan lain di hotel kebanyakan masakan ayam dan kambing. tapi masakan ayam dan kambing tak menepati selera KY pulak. Ayam pulak ayam Turki ataupun ada orang panggil ayam belanda..lagilah KY tak makan..huhu
di Kusadasi kami bermalam di hotel Belmare.
Masuk hari ke 6, badan dah tak larat, mula dah rasa letih. banyak mana pun vitamin yg di makan tak banyak membantu. kami perlukan vitamin RnT. hehehe
Selepas breakfast kami menuju ke Canakkale dan terus di bawa melawat ke Leather Shop dan menyaksikan fashion show. huh..pepagi dah ada Fasyen show..
terjebak/terperangkap  makcik dan pakcik tetiba rasa nak membeli bila masuk sini..uhhuhu
 melawat tempat-tempat bersejarah di Canakkale..
KY share Gambar ajelah ye.Nak cerita bab-bab sejarah pun tak pandai.karang tersalah bagi info pulak..









hari ke 7, dari Canakkale kami menaiki ferry merentasi laut Marmara sebelum menuju ke Istanbul.
Pemandangan sepanjang merentas lautan Marmara. Burung-burung berterbangan menyambar makanan yang di tabur pelancong.


  
 makan tengahari di restoran atas air yang terkenal dengan ikan panggangnya yang sedap.jika ditakdirkan KY datang ke Istanbul lagi..pasti KY akan kesana semula untuk menikmati ikan panggang yang sangat sedap teringat-ingat sampai larr nie..hihi



 hingga jumpa lagi di last entry..

29 comments :

  1. cantik turki...harap dapat ke sana satu hari nanti :)

    salam perkenalan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkenalan.
      Turki memang cantik..penuh dengan tempat bersejarah.carilah peluang untuk kesana walau pun sekali..:)

      Delete
  2. kalau saya, saya makan banyak2 ayam turki tu...hahahhaa..sebab ayam turkey tu mahal kat malaysia..

    mesti puas jugak akak makan kebab kan? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY tak suka isi nya keras sikitkan. tapi tak berbau hanyir pun..
      owh..ada jual ke ayam turki kt sini..kenapa KY tak tahu..huhu

      tak juga Doc, mkn ala kadar je..sbb makanan pilihan dah ada..

      Delete
  3. Turki lah tempat yg saya ingin lawati KY.. tengok gambar KY ni lagi lah teringinnnn :)

    Sedap sungguh ikan panggang tu KY.. sehingga sekarang masih terasa kesedapannya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati, ramai yang kata..Turkey lah negara yang mereka nak sangat pergi, kalau di beri pilihan untuk berhijrah..negara inilah tempatnya..hehe

      Delete
  4. Laut membiruuuuu,,,alangkah cantiknya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik, background blog KY pun biru tau..cantik tak? :)

      Delete
  5. seronok tengok laut dari benua lain kan KY, tak sedap ke ayam belanda tu, memang tak pernah makan, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana, kata orang.. setiap kali kita memandang laut..kita akan memifikirkan akan kebesaran Allah swt. lagi pun dalam 5 perkara yang kita pandang mendapat ganjaran pahala,salah satunya ialah memandang kelaut, selain memandang wajah kedua ibubapa, memandang Kaabah, memandang Quran dan memandang apa ye..lupa pulak. kawan-kawan yg tahu sila betulkan KY..

      Delete
    2. Ana , KY pun tak pernah mkn..tu yg rasa pelik sikit..hihi

      Delete
  6. sy da ketinggalan ni...kena bacca satu per satu ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Anies..pelan-pelan kayuh..

      Delete
  7. Kak, kalau saya... saya kena bawa stok cili.padi. Menu apa pun saya x kisah...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aziela, ada ahli kumpulan yg bawa juga..mkn berulam cili padi..

      Delete
  8. sambal belacan sampai ke turkey...

    ReplyDelete
  9. Istanbul, aku datang! :) hehe.. teringat ke filem tu bila baca entry KY nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu cerita pengarah Erma Fatimah..
      masa tengok cerita tu kan syikin.. KY berangan jer nak kesana..hehe

      Delete
  10. Memang penat tu gayanya.... Yelah berhari harikan KY tengok negara orang Haruslah..... Ayam Belanda tu rasa dia sama jer ngan ayam kitakan KY....Nape KY tak selera teringat badan dia yg beso ke haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat memanglah penat OKjer..tapi seronok.
      entahlah ..cuba makan tapi tak boleh masuk..huhu

      Delete
  11. Bestnya!!.. haiii la bila la nak berpeluang pergi ke sana jugak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..ada peluang tu nanti Farra..

      Delete
  12. Kak Yon nak pegi lagi semata2 nak mkn ikan bakar yg sedap tu..ahaha...SEDAP sgt lah tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan gitu JM, kalau ada peluang kesana lagi..harus KY ke restoran itu lagi..nak makan ikan panggang yg sedap tu.. :)

      Delete
  13. kita suka sgt istanbul, agak2nya bila lah
    boleh kesana kan...insyaallah
    best je tgk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..hari tu kan nampak MAS ada jual tiket murah sampai Dec ni..

      Delete
  14. Ummiross,sorg blogger jugak selalu sangat kesana...memang sangat cantik pemandangannya,kan..

    ReplyDelete
  15. owh ye ke kam..harus bertandang ke sana juga ni..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..