*

Thursday, 6 November 2014

Melancong ke Turkey part4

Assalamualaikum..
Ini lah penangan pepatah yang mengatakan " jauh perjalanan..luas pandangan " menjadikan pandangan KY tentang sejarah pun berubah..
selepas breakfast di hotel, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Ataturk. Siapa yang tak kenal Mustafha Kamal Ataturk? meh angkat tangan..heheh
KY pun setakat ..so..n so.. aje dulu. tapi selepas mendengar serba sedikit sejarah beliau dari tour guide kami..langsung terminat nak tahu sejarah beliau selanjutnya..
sampaikan KY meminjam buku tentang sejarah beliau dari ustazah KY.
tak sabar nak habiskan cepat baca buku nie..


ketaksuban rakyat mereka terhadap pemimpin mereka, sampaikan di ujudkan sebuah muzium khas untuknya..
 potrait Mustafa Kamal Atarturk dengan pelbagai gaya..merata-rata didalam muzium..
 inilah pemimpin Turkey sebelum Mustapha kamal..
 nun sayup di hujung perjalanan adalah tugu peringatan buat Mustafa Kamal..

 laluan ke tugu peringatan itu sengaja di bina begitu rupa..supaya setiap pelawat yang berkunjung akan berhati-hati dengan setiap langkah mereka (takut tergelecek)..secara tidak langsung pelawat akan tunduk. secara simboliknya tunduk itu tanda hormat kepada Mustafa Kamal..
mawar putih dan merah menghiasi disepanjang laluan ke tugu peringatan..









dataran munuju ke dalam muzium. ada kawasan yang tidak di benarkan untuk mengambil gambar.



keseluruhannya.. selepas masuk dalam muzium nie..barulah tahu bagaimana rakyatnya  takjub dan taksub nya dengan manuasia yang bernama Mustafa Kamal Ataturk yang di kurniakan Allah akan kebijaksanaan akal fikiran sehingga di agung-agungkan sebagai Tuhan mereka. wallahuaklam..

singgah  makan tengahari di Gar restoran..sebelum memulakan perjalanan ke Cappadocia..

ok..jumpa di entry lain nanti..

26 comments :

  1. Salam kak yon...atartuk n x silap mayat dia x diterima bumi kan kak? betulkan intan jika tersilap..intan sgt la suka negara turkey,bila la dapat pi sana

    ReplyDelete
  2. Beruntung Kakyon dapat ke Turki. Itu dinamakan rezeki. Dahulu pada tahun 1986 sewaktu saya pulang ke Malaysia dari Itali menaiki kapal TLDM ada perancangan untuk singgah ke Turki. Tetapi, tiada rezeki. Rancangan dibatalkan. Cuma singgah di beberapa buah negeri lain sahaja...

    ReplyDelete
  3. saya juga ada baca di blog ttg mustafa kamal dan perubahan yg dilakukan ... suka tgk bunga ros tu ...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, cantiknya bunga ros tu kak,
    bila lah saya nak jejak turkey ni :)

    ReplyDelete
  5. geramnya tengok roses tu..banyak!
    Tokoh tu, yg saya tau dia dah ubah Hagia Sophia dari sebuah masjid kpd muzium.

    ReplyDelete
  6. Cantik tempatnya. Cantik bunga-bunga yang terdapat kat sini.

    ReplyDelete
  7. Sejarah tentang Kamal Attartuk ni memang tak siapa bleh lupa...jasadnya yg tak diterima tanah.. sgt memberi pengajaran... cantik pemandangan sepanjang laluan bunga tu kak..:)

    ReplyDelete
  8. sekadar tahu nama kamal attartuk tu je ... sebelum ni tau lah sikit2 ..tapi bila kakyon cerita pasal dia teringin juga nk mendalami sejarahnya.
    cantikkkknya kakyon bunga2 tu.....

    ReplyDelete
  9. Kak zai memang suka membaca buku2 sejarah Islam tulisan pak Latip termasuklah buku yang kakyon post. Banyak sejarah yang kita boleh perolehi cuma kak zai belum pernah sampai ke negara Timur Tengah.

    Cantiknya roses tu kakyon.

    ReplyDelete
  10. Kak zai rekemen kalau kakyon minat nak tahu tentang sejarah Islam beli buku tulisan pak Latip. Banyak buku2 beliau tentang sejarah Islam, memang best.

    ReplyDelete
  11. masa sekolah dulu pernah jumpa nama kamal ataturk ni
    dah tak ingat apa kisahnya

    ReplyDelete
  12. Buku kisah Kamal Attartuk ni memang bagus utk dibaca
    Kakak pun ada buku yg sama ni. Kami sekeluarga suka buku-buku karya Pak Latip ni.

    ReplyDelete
  13. Cantik bungenye.. apelh agknye yg mybbkn org taksub dgn mustafa kml antartuk ni yer? Klu free nnti bolehlh crtkn, ldy nk tahu..

    ReplyDelete
  14. Cantiknya bunga ros tu. Sesuai dengan nama tuan punya blog ni - Kak Rose.
    Salam kenal Kak Rose.

    ReplyDelete
  15. Adoi..Ros dia..menggetar jiwa dan sukma....

    ReplyDelete
  16. bunga ros merah kembang sungguh. agak2 bila byk2 mcm ni mesti boleh bau semerbak

    ReplyDelete
  17. rasa nak petik2 ja bunga ros merah yg begitu banyak dan subur tu..:)

    ReplyDelete
  18. Menu nasi apa tu kakyon...sedap nampak..

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Yon, Apa Khabar? Maaf sudah terlalu lama Azzah menjenguk kat sini...sibuk sangat Kak Yon ... rindu nak jumpa Kak Yon ...padahal rumah kita bukanlah jauh sangatkan

    ReplyDelete
  20. ASSALAM CANTIK SUNGGUH ROS MERAH N PUTIH TU YER...

    ReplyDelete
  21. Okje pun pernah dengar nama jer tp kurang berminat baca sejarah beliau....maklumlah.....kurang minat membaca haha....amboi KY ...mentng mentang ler peminat bunga....byk betul ambik gambar bunga yer

    ReplyDelete
  22. cantiknya bunga2 tu kak..mcm nk petik jew

    ReplyDelete
  23. Lantai tu fungsi dia macammana, licin ke sis? curious pulak nak tahu :)

    ReplyDelete
  24. meriahnya bunga-bungaan
    sana banyak tinggalan sejarah ek kak

    ReplyDelete
  25. jauh jgk nk berjalan dari datan tu ke tugu peringatan eh..JM salute sama kak Yon

    ReplyDelete
  26. nak kena google pasal mustafa kamal atartuk ni

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..