*

Wednesday, 26 November 2014

Melancong ke Turkey part10

Assalamualaikum..
Selepas melawat Masjid Biru kami terus ke pelabuhan * yeke pelabuhan * selat/sungai Bosphorus..
Bosphorus adalah sebuah selat sempit yang memisahkan antara dua benua Asia dan Eropah, menghubungkan antara laut hitam dengan laut Marmara dan laut  Mediterranean.Lawatan menaiki cruise mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Inilah lawatan paling seronok untuk di sertai.  Menghayati panorama terindah sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman dan warnanya yang membiru bersama kicauan burung yang berterbangan sambil menyambar ikan di air dan menghayati lanskap semulajadi ciptaan Ilahi, berlatar belakangkan bangunanan yang di bina indah disepanjang selat diantara dua benua. Meneroka perbezaan di antara seni bina kedua-dua pihak antara Asia dan Eropah. Inilah pemandangan paling indah yang KY pernah lawati. Jika di beri peluang sekali lagi, harus KY inginkan lawatan atas cruise ini disebelah malam pula..menikmati makan malam bersama orang tersayang sambil menikmati limpahan cahaya lampu di sepanjang selat antara dua benua ini..
* tetiba makcik berangan..hehe




pemandangan pelabuhan Bosporus dari jauh..

rupa cruise yang kami naiki..



pemandangan disebelah Asia dari cruise..




pemandangan disebelah Eropah ..


Semasa hampir sampai ke pelabuhan untuk pulang..KY di sapa sesorang. kami berkenalan. Cik Puan ini asalnya dari Damansara..kini menetap di Oman kerana mengikut suaminya bertugas di sana.Perkenalan singkat dan mesra, terasa seperti kenal sudah lama. tapi apakan daya KY terputus hubungan kerana no handpon hilang dari simpanan atau mungkin terlupa nak save. apapun terimakasih Cik Puan kerana sudi menjemput kami datang ke Oman bila ada kelapangan. Beliau sudi menerima kami sebagai tetamu nya..
selesai lawatan kami terus ke airport untuk balik ke KL. rindu sangat dah kat tilam busyuk n sambal belacan..hehe

lunch di airport..10 Lira..
sebenarnya banyak lagi gambar menarik yang tidak dapat di kongsi bersama..berat pulak nak loading blog nanti..
sekian..jumpa lagi di lain trips nanti..daaaa..



30 comments :

  1. Bila KakYon sebut laut Marmara kakak teringat kapal MaviMarmara yg jadi isu tebusan Israel dulu. Nampak memang indah, santai dan menyeronokkan menelusuri dgn cruise..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm pernah terbaca kisah mavimarmara..tapi tak ingat dah Zakie..

      Delete
  2. cantik cantik gambarnya kak yon..tengok gambar langit cantik macam tak de hujan je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. selama berada di sana tak jumpa lagi hujan..cuasa cantik sangat nak masuk musim luruh kan :)

      Delete
  3. Cantik pemandangan
    Bertuah dapat naik cruise kat sini ya..dua prmandangan pada masa yang sama boleh lihat..maha Besar Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdhulillah..merasai nikmat kebesaran Allah..

      Delete
  4. bila kak Yon cakap "KY inginkan lawatan atas cruise ini disebelah malam pula..menikmati makan malam bersama orang tersayang sambil menikmati limpahan cahaya lampu di sepanjang selat antara dua benua ini" WAHHH!!!! pasangan romantik lah Kak Yon nih hihhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..
      apa lagi yg nak di buat JM..melainkan menikmati saat manis berdua bila dah tua..hahahaha. entah esok atau lusa salah sorang dari kami dah takde..adalah kenangan terindah buat kami..huhu

      Delete
  5. antara selat bersejarah dalam sejarah islam... kalau naik sorang2 berapa tambangnya?

    setuju... bla da smpi airport, mula la rindu bantal, rindu asam pedas... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak harga tambangnya berapa Anies..kami pergi ikut package, semua di tanggung beres.. :)

      Delete
  6. ketinggaln nor ni.. melancong rupaFateh ..
    indah kta2 tu,
    buatkn mcm nk jejak jugalh bumi al Fateh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata orang..selain Makkah dan Madinah..Turki lah negara yg indah untuk dilawati..

      Delete
  7. Melonjak lonjak hati saya teringin nak pegi bila baca citer akak ni..gambar2 yang menggamit sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY dulu pun camtu juga..bila dengar cerita kawan.yg kesana..melonjak hati nak pergi..siap pasang niat..supaya tercapai hajat..

      Delete
  8. cantekkk..tengok awan je pun dah cantek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah SI..sepanjang perjalanan dalam bas KY banyak ambil gmbr pemandangan. gambar langit dan buminya sama cantik..

      Delete
  9. SubhanAllah...tengok gambar kak zai dah teruja, sememangnya cantik2. Ciptaan Allah yang maha Esa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY pun teruja nak pergi lagi Zai..

      Delete
  10. KY..saya tumpang seronok membaca catatan ni..alhamduliillah..KY berkesempatan kesana..

    ReplyDelete
  11. Menariknya KY....
    Salah satu negara yang saya ingin pergi....
    nanti nak khatam entry2 cuti Turkey KY ni sbg panduan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry yg biasa2 jer Nurbijen.Ky tulis apa yg KY ingat jer..

      Delete
  12. Seronok KY jalan-jalan .. kita tumpang seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ku kita dpt jln sesama lagi seronok kan Mar ;)

      Delete
  13. bestnya Turki... memang teringin nak ke sana.. kalau dapat dalam setahun dua ni nak kesana (kalau sana aman lah)... teringin nak ke istana2 yg mewah dan hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu hari nanti pasti Najib kesana..awak suka treval kan. ;)

      Delete
  14. Seronok bila dapat berjumpa sedara seislam dan senegara di negara orangkan KY..... Cik Puan tu yg duk sebelah KY tu ke?

    Baru perasan KY ni ada lesung pipit rupanya...hihi

    ReplyDelete
  15. Ye OKjer..baru KY teringat..sebenarnya Cik Puan tu namanya Mona.Masa menulis tu blurr dah nama dia siapa..jdi tulis jer Cik Puan..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..