*

Wednesday, 19 November 2014

komen terpanjang yang KY tulis..

Assalamualaikum..
pepagi ni angin sepoi-sepoi bahasa kut..hihi
tetiba rajin nak kedapor awal..kekonon nak masak awal sikit sbb tengahari nanti ada urusan dunia yang belum di selesaikan..
sambil memasak sempat juga KY buka laptop. sambil mencari resepi sambil blogwalking.
terpandang sisi sebelah kanan blog KY, ada satu blog yang sudah berupdate. Lama Blogger ini menyepikan diri..
selepas membaca entry beliau..cepat jer jejari KY menaip komen..panjang pulak tu. seingat KY inilah komen yang paling panjang KY pernah taip.. :)

berbalik pasal masak tadi..bukannya masak banyak sangat pun..setakat masak spegetti ringkas buat sarapan pagi merangkap makan tengahari. resepi pun resepi..
" apa yang ada dalam petiais rumahku ".. dan janji "dapurku berasap" 
boleh ke gitu..


Malam semalam KY sudah makan terlebih berat. mana tidaknya..makan nasi  sib baik pakai beras basmathi..kurang kanji  bertambah-tambah pinggan   di sebabkan lauknya masak lemak pucuk meranti dengan tulang ikan merah masin. fullamak..hingga tak terkata sedapnya..kalau tak sendiri puji sape lagi nak pujikan maklumlah kami nie selera kampung..

sekian cerita pasal masak dan makan..

 ******

komen KY..hihi
Assalamualaikum Azzah,
ye, ramai rakan lama yg dah tinggalkan blog mereka, cuma KY masih disini. KY rasa FB sronok kalau kita berinteraksi secara terus. baru rancak apa yg di sembangkan. dah usia sebaya kita agak susah nak menghadap laptop dan memegang hanpon sepanjang masa. lagipun apa yg diposkan cepat hilang dr pandangan kita. berbelog ni ikut kesempatan masa yg kita ada.boleh jer kawan2 nak komen ikut kesempatan masa mereka. lagi pun menulis di blog menjadi kepuasan bagi kita untuk berkongsi cerita, idea.tips, info malah sesekali boleh juga meluahkan perasaan..hehe. apa yg kita tulis pasti menjadi kenangan buat kita dan anak2 bila kita tiada lagi. bila baca balik tetntu ada sedikit kelucuan pada tulisan kita. takkira lah apa yg di tulis tu setakat karangan budak darjah enam atau lulusan PHD, ia tetap menyumbang kebaikan bersama. kalau yg membaca tu boleh menerima seadanya ia..
lama tak jumpa..jom kita geder-geder :)

53 comments :

  1. Waalaikumsalam KY...

    nak geder2 ke mana tu? Nak ikut, boleh? :)

    ReplyDelete
  2. kak cik..boleh..boleh..:)

    ReplyDelete
  3. assalam kakyon...komen kakyon tu memang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann SI. berblog boleh dbuat sambil bersantai. kekadang sampai 3 hari taip tak siap2..hihi

      Delete
  4. KY pun dah tukar kulit yer...... bilu mata hitamku jadinya ni hihi....
    Baru lepas singgah blog Azah tadi. Wah KY berspaghetti le ye hari ni..... OKje jarang masak lemak macam tu...bukan tak suka makan, tap entahlah yek kenapa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY rasa lebih suka yg biasa pulak..lebih ringan..
      orang muda mana biasa makan makanan orang kg dulu2. anak KY pun sama.bila dpt masak sekali sekala..tu yg pulun habis OKje..

      Delete
  5. Spaghetti pun sedap KakYon

    Hmm... komen yg boleh menjentik semangat kita utk berblog ni KakYon
    Tapi kakak rasa Dr. Azzah tu busy teramatlah agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Zakie.
      mungkin juga lah ye. walau tinggal di seksyen yg sama..susah bak berjumpa..

      Delete
  6. Betul tue.. setakat nie farah masih belum ada istilah jemu lagi la dalam berblog nie..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menulis satu kepuasankan..bila dapat luahkan apa yg kita rasa masa tu..

      Delete
  7. kak Yon..ingatkan JM salah masuk blog..biasa blog kak Zakie yg guna template ni..:-)

    JM pun dah lama x update..kenapa ntah malas bebenor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM masih penat lagi tu. Bila mood dtg nnti membuak2 idea menulis keluar..

      Delete
  8. Nak ringankan blog ni kekononnya JM. Gambar bnyk sangat. apa lah makna entry tanpa gambar..ekekeceh. untuk org mcm KY lah..yg tak reti berkarya..hehe

    ReplyDelete
  9. Selera kampung tu yang buat makan sedap dan bertambah-tambah... samalah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh buat selalu..nanti mengebu..huhu

      Delete
  10. tu komen melepas rindu...tu yg panjang kak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..rindu sangatlah nie..tuan badan tak muncul lagi.. ;)

      Delete
  11. asalam wah! pangkin nenek ni bagus ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Etuza..rajin-rajin lah duduk kat pangkin nenek ni ehh..bole sembang panjang..

      Delete
  12. Betul Yon..ada orang cakap tak main dah blog2 ni..old fashion. Tapi bagi saya tetap dapat kepuasan dengan blog sebabnya mcm yang Yon ckplah. Kita bukan ada masa nak ber fb selalu. Boleh buat ikut masa dan boleh simpan banyak cerita didalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Mala..blog walking juga boleh merapatkan hubungan sesama rakan maya.sentiasa rindu nak tahu apa cerita mereka hari ini :) dan kita takkan terlepas cerita itu..

      Delete
  13. Kak zai jadikan blog macam dairi. Bila2 boleh tengok dan baca semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita Zai, kita cerita pun yang baik-baik saja kan.. :)

      Delete
  14. hanya yg bergulumang dlm dunia blog shj yg tahu erti kepuasan sbnr... mmmm templete lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama juga kita bergelumang dgn blog kan Anies..dapat kawan baik dan manis mcm Anies..ada masyuuuk sikit-sikit..jadilah kan.. ;)

      Delete
  15. masak lemak pucuk meranti?
    1st time saya dengar ni..hahaha..sebab saya tak kenal sangat2 pucuk2 ni...nak cuba tanya wife saya la, dia tau tak...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu di pasar tani ada jual. orng kg mcm KY tahu lah benda2 ni..kalu tanya anak mungkin dia buat muka pelik..maklum org lahir kat bando ;)

      Delete
  16. sedapnya nampak masak lemak kuning tu... masak lemak kuning sentiasa jadi pilihan saya kalau ke mana2 pun... lebih kuning lebih suka... (ke sebab aku memang suka kaler kuning)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kuning lebih sedap? kuning tu kunyit..terlebih kang pahit pulak..

      Delete
  17. pucuk meranti tu kalua goreng pun sedap jugak,kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah buat pulak Kam. KY pernah mkn orng tumis bubu kelapa parut mcm kerabu..sedap jugak

      Delete
  18. sedapnya spegetti.. pucuk meranti macam mana yea akak? Saya tak kenal..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok dia renik daun kecil..ada buah kecik. nanti KY post gmbr pokoknya..

      Delete
  19. saya suka juga masak lemak pucuk meranti tu
    masak lemak selalu juga dekat rumah ni sebab suami suka makan
    spaghetti aje idak sebab tekak melayu katanya =)
    anyway saya membalas kunjungan
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayu tetap melayu kan..menu masakan melayu juga yg membuka selera..

      Delete
  20. Salam Jumaat....
    Kak Yon...samalah dengan Kak Zai...bunda jadikan blog ni macam diary alam maya....

    Semua boleh baca boleh share...kalu diary alam nyata tak boleh share kan...bunda pun sama lah...bukannya ada masa nak ngadap komputer...henfon semua tu...

    Ikut masa dan mood dan idea jugaklah nak update entry...kadang tu dekat seminggu tersadai blog ...Blog ni
    sekadar menjadi peneman...tempat meluahkan rasa berkongsi ilmu dan info seadanya...

    Sekurang2nya kita ada jugak membaca dan menuliskan...tak lah terus beku begitu sahaja otak yang dah lama tinggal alam belajar ni...

    Semoga ukhuwah saling utuh diantara kita...InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah bonda..selagi masih kuat ingatan ini..kita berbloglah sebagai peneman berbicara..tidaklah terasa sunyi atau bosan..hihi

      Delete
  21. jarang sangat buka fb
    rasa lebih puas menulis di blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..dulu2 pernah nmpk sesekali lalu didepan rumah..lorr ni tak nmpok dohh..

      Delete
  22. Salam perkenalan KY...
    Saya setuju sgt dgn komen tu..
    Baru jer cerita pasal tu sgn seorang kawan....
    Dia tanya kenapa saya lagi suka tulis blog dari update status kat FB?
    Saya pun cerita lah panjang lebar...
    tapi intipatinya lebih kurang komen yg KY tulis tu....
    Lain kepuasan yg kita dapat bila menulis blog, kan?
    Lagi pun, kalau FB semua kenalan kita boleh tengok....
    Kalau update cerita pasal anak2 jer, tentu ramai yg bosan dan mungkin cakap, "Asyik2 cerita pasal anak jer, mcm la org lain xde anak..".
    Tak ke sentap kalau dapat komen macam tu?
    Kalau blog ni, orang yg suka dgn entry kita jer akan buka blog kita....
    Dengan kata lain, peminat entry kita lah kan? kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Nurbijen..
      Yelah..kekadang bukak jer nmpk kelohan..luahan negetif. kita yg membaca pun terikut aura negetif yg di bawa. belum lagi posting gedeks yg menyakitkan mata..uhhu. ada pulak sindir mrnyindir..entahlah macam macam ada..

      Delete
  23. Betul tu (pasal komen tu), aku pun dah tutup FB...lama dah...sbb cepat sgt posting hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..mcm ramai jer yg tak aktif berfb. posting memang cpt hilangkan. nak carik balik buang masa jer. tapi sayang kalau posting tu mungkin memori terindah untuk kita jadikan kenangan..hilang..

      Delete
  24. pucuk meranti ni faveret arwah mak saya
    dia suka buat masak lemak tambah ubi keledek ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Tiha..dulu pun KY masak lemak putih dgn keledek lawan kan sambal belacan dgn iwak gesek..mkn bertambah2..

      Delete
  25. berblog sbnarnya ada kpuasan trsendiri..boleh bercerita apa yg kita suka..mknn sedap tu kak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kelebihan berblog kan..boleh cerita apa saja dan bila2 orang boleh baca semula apa yg kita tulis..

      Delete
  26. betul la KY.. hana pun begitu dengan harapan kalau mati blog tu boleh lajadi kenangan kat yg hidup or manfaat yg kita kongsi kat orang lain. sebab tu tak nak tukar ke .com biar je .blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh gitu rupanya. kalau .com nak kena renewkan. bila kita tak nenew blog tak boleh buka ke Hana?

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..