*

Thursday, 6 November 2014

jeruk mangga asam boi

Assalamualaikum..
KY pun dah terjangkit Viral jeruk mangga asam boi. selalu tengok jer dalam FB, orang dok  post gambar yang mengiurkan air liur. perasaan rasa teringin nak membuatnya tu ada.. tapi mana nak cari buah mangga muda. kalau ada pokok sendiri bolehlah petik sesuka hati. ini nak kena pergi pasar semata-mata nak beli mangga muda.. sebab nak menjerok. eeeeekk...memang takdelah..banyak lagi kojo lain den nak buek..hehe

kisahnya..petang semalam En. Papa balik bawak bungkusan dan terus letak kat dapur dan tak cakap apa-apa pun.. apa bendanya yang di bawak balik. sekali KY siasat.. rupanya mangga muda..hihih
malam tu juga KY mencari asam boi. niat dihati esok pagi juga KY nak menjerok. tapi.. alangkah sadisnya.. mana-mana kedai runcit dan market di kekitar rumah KY tak jual asam boi!! kehabisan stok!!
masuk kedai kelima..ini pun kedai mamak di luar kawasan rumah KY baru ada jual..pun tinggal beberapa paket saja..
ini mesti gara-gara jeruk mangga asam boi punya penangan.

Wahhhhhh!!! nampaknya keinginan KY tertunai jugalah Zilla...
 bahannya:- mangga muda, asamboi. cili padi..KY campur cili merah, gula pasir..KY guna gula perang sbb kat rumah memang tak guna gula pasir..gula perang kan lebih sihat..;) dan secubit garam..
 duduk diam-diam kat situ ye. bagi chance kamu bermesra-mesra dulu..hehe
jumpa di lain entry..

12 comments :

  1. Kakcik pun dah buat (bahan2 kebetulan memang ada di rumah) tapi kakcik bagi kat adik sebab kakcik tak suka yang masam2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..lebihkan gula sikit kakcik, tak terasa masam sangat..

      Delete
  2. Kak Yon, anak anapun nak juga buat ni, nasib baik balik kg ari tu musim pelam,merasalah juga buat, ikutkan biasa je rasanya kan hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ana, biasa aje rasanya. mungkin kalau guna mangga yg berbeza..lain rasanya kut..hehe

      Delete
  3. Kakyon suami kak zai dah dua kali bawa balik mangga asam boi, katanya kat office dia ada orang jual dengan harga rm13 sebotol. Memang sedap dan ketagih makannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai..awat mahainya!
      guna mangga yang mahal kut..hehe

      Delete
  4. Wah.. menariknya mangga KY ni. Bila masuk ke dalam bekas yang lawa gitu, nampak sangat sangat menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai saat ini dah 3/4 masuk keperut AN..hehe

      Delete
  5. Kakak belum buat lagi KY tapi merasa org bagi dah
    Kena cari mangga dululah...

    ReplyDelete
  6. tgh hot...tgk femes sekarang ni jeruk mangga asam boi ni,kan...

    ReplyDelete
  7. Betullah KY....mmg dah jadi viral benda ni sekarang ni.....ramai yg dah buat, okje jer belum teringin nak cuba

    ReplyDelete
  8. ishh..tgk pun dh terliur ni..cukup ke kak yon sebalang kecik tu..lepas berapa hari baru boleh makan

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..