*

Friday, 28 November 2014

berkongsi rezeki dan sedekah subuh



Assalamualaikum dan salam jumaat..

 Berkongsi rezeki yang Allah bagi pada KY.. bersama mahluk lain..
Saja KY malas nak spry apa-apa ubat serangga..biarlah di makannya..dah jadi rezeki dia. nanti adalah rezeki untuk kita lagi :)


KY nak share sesuatu dari group whatsapp..

Sharing msg ....
As  salam good to  practice...
SEDEKAH SUBUH...
sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ... ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps
sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group  laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap .... memanggil namanya IBU ...  setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya ... tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL .... iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK ..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

26 comments :

  1. alhamduLILLAH.. sedang mempraktikkannya.. :)

    ReplyDelete
  2. pertama kali JM dgr berkenaan sedekah subuh ni dan in sha Allah akan cuba peraktikan seperti mana ckp kak Yon. Sediakan bekas utk di masukkan sedekah subuh. Boleh tak kalau apabila cukup 15 ke JM terus bawa duit masuk ke tabung surau utk kegunaan majlis ilmu yg surau anjurkan selain dari beri mkan kepd anak2 yatim atau fakir miskin

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, KY pun share dr grup wasap KY.
      kat situ dia kata sedekahkan pada badan amal or kebajikan yg memerlukan.anak yatim pun boleh..

      Delete
  3. Salam Perkenalan.
    Follower #814.
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan dari KY juga. tq sudi singgah.KY follow juga ye :)

      Delete
  4. Terima kasih kakyon kongsi ilmu. In shaa Allah akan saya cuba dan praktikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulillah Zai..amalan yg baik kita sesama praktikan..

      Delete
  5. subhanallah...

    terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Terima kasih sharing this Yon. macam nak jatuh air mata. Kenapa tak teringat nak buat sedekah yang macam ini. Mudah amat sedangkan kita selalu buang2 rezeki. Akan lakukan bermula esuk. Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang benda yg simple selalu kita abaikan..sebenarnya itulah perkara yg buat kita rasa tenang sepanjang hari selepas melakukannya..

      Delete
  7. Salam pkenalan kak yon...

    Allahu akbar...mudah betul nk buat pahala kan...tq kerana mmberikan 1 lg tips mudah utk buat pahala...

    Sy folow pangkin nenek... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan Sham, tq follow KY..
      kita sharing buat pahala ye.. :)

      Delete
  8. Saya pun dapat juga whatsapp macam ni KY, hebatkan sedekah subuh, dah tenghari ni belum sedekah lagii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sedekah bila2 pun boleh kan Sud@is. cumanya.. yg ini dinamakan sedekah subuh, di lakukan selepas subuh dan sebelum syuruk. tentu fadhillatnya berlainan kut.KY kena banyak bertanya org yg lebih arif ne..

      Delete
  9. Diaorang ni mmg cukup suka makan daun yg berbaukan KY.... Daun kari OKje dulu dulu pun habis dikerjakannya...

    Pernah baca jugak pasal ni KY.... Masyaallah kan KY betapa besarnya hikmah bersedekah tu apatah lagi bagi makan orang miskin dan fakir.
    Belum cuba buat lagi, tapi insyaallah satu hari nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulillah..sedikit sumbangan KY pada mereka :P

      selepas diamalkan..satu rasa kepuasan dalam diri. nak cari fakir miskin pun susah sekarang ni. senang hantar ke rmh anak yatim saja..

      Delete
  10. Bagus jika nak amalkan sedak macam ni.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Yon...dulu pkok daun kunyit atie camni lar..nak guna utk msk pon tak blh.
    Skrg...lebar bkn main daunnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah biar dia mkn puas2..kemudian adalah untuk kita..

      Delete
  12. dulu kat umah ada tanam pokok kunyit ni.. last2 layu je..memula tu hidup segar..tak tau kenapa layu..sedekah subuh? Alhamdulillah.. ramai dah yan amalkan sekarang kan...syukur sangat.salah satu cara kita membersih kan diri kita dan membiasakan diri kita untuk bersedekah...

    moga lagi ramai yang buat lepas ni...

    salam perkenalan dari mommylina

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga mommylina..
      yang baik kita sharelah ye..
      pokok kunyit ni kalau terendam air pun akan mati ..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..