*

Tuesday, 21 October 2014

Melancong keTurkey

Assalamualaikum..
 mood berblog belum datang sepenuhnya, baru nak bertiup sepoi-sepoi bahasa. dari mana nak mulakan pun rasa terkonfius..

memang dah lama ky berangan/merancang hendak keTurkey sejak tahun lepas lagi. setelah di survey dibanyak agen pelancungan, kosnya agak mahal juga, maka ky tanggohkan dulu angan-angan tersebut.
Sehinggalah pada 5-7 September 14, waktu matta fair di PWTC, kami terasa hendak melancong ke Bali..
Setelah tempahan di buat, tour agen menawarkan kami satu lagi package menarik untuk ke Turkey pada tahun depan. mood untuk ke Bali tak seberapa..tapi mood untuk ke Turkey yang melebih-lebih..
tanpa berfikir kami terima tawaran tersebut..




Selang beberapa minggu, En. Papa ternampak iklan Masholidays yang menawarkan harga package lebih menarik ke Turkey..
Setelah bercakap sendiri dengan petugas Masholidays, En.Papa terus bersetuju untuk mengikuti group yang sedia ada bersama Masholidays..
Jadi semua deposit yang dibayar waktu di matta fair kami salurkan semuanya ke Bali. Jadinya Desember ini kami akan ke Bali pula.

Bersama Masholidays sangat berbaloi. charge yang di kenakan selama 8 hari 7 malam, tidak termasuk sehari di airpot pergi dan balik, sebanyak RM4,872 dan insurance RM186.
Tinggal di hotel 4 bintang dengan makan malam dan sarapan pagi disediakan. Makan tengahari di restoran yang berdekatan dengan tempat lawatan dan pastinya yang halal. Sebotol air meneral di sediakan setiap hari. Bas pengangkutan yang selesa dengan wifi yang tersedia.
tips untuk driver dan tour guide kenalah sediakan sebanyak 40 usd seorang peserta...
setelah dicampur, bahagi, tolak dan dharab..ianya lebih berbaloi. lagipun musim/cuaca masa itu sangat sesuai untuk orang-orang seperti kami, tidaklah sejuk sangat, tidak juga panas sangat, hanya sekitar 24 darjah celcius - 11 darjah celcius..
nanti baca di entry seterusnya ye.. 








41 comments :

  1. ok jg harga tu...wahhhh berjalan sakan ye... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara usia masih berbaki Anies..:)

      Delete
    2. DARI PAK SUNANG Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI -http://pendidikan-merangin.blogspot.co.id

      Delete
  2. Saya & isteri pun dah lama simpan hajat nak ke Turkey :)
    Seronok dengar akak kata pakej Masholidays tu berbaloi..boleh la saya consider..
    Cuma saya & isteri jenis yang tak berapa gemar ikut pakej, sebab terkejar kejar/ tak boleh nak berjalan2 santai ikut masa kita sendiri..Jadinya ikut pengalaman akak ke sana dgn pakej MAS tu, ok tak? santai tak? ikut schedule mmg perlu, itu tak apa...cuma tak mahu terkejar kejar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan memang penat berjalan dgn pakej. terkejar kejar mengikut schedule mereka, ada kalanya peserta lain buat hal, jadi tergendala program yg telah di atur. bagi yg masih muda belia boleh lah pergi sendiri..mungkin lebih murah lagi dan boleh bersantai..
      bagi kami lebih sukakan pakej, kerana ada orang yang akan mengambil tahu kami bila ada sesuatu berlaku..
      dengan masholidays..ky rasa ok jer..ikut schedule yg di beri. jadi kita dah tahu apa nak dibuat pada setiap hari. kekadang rasa stress juga.. tak boleh berehat..

      Delete
  3. bestnya, tak sabar nak baca :)

    ReplyDelete
  4. Wah..menarik ni.. salah satu tempat yg saya rasa teringin nak pergi.. tak sabar nak baca enty lain.. buh gamba banyak2 tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ky pergi ramai yg kata..dah pergi nanti..rasa nak pergi lagi. itulah yg ky rasa sekarang ni Aisy Nasiha..

      Delete
  5. Bestnya dapat pakej yang berpatutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdhulillah..ada pakej lg murah, tapi tempat lawatan dan tempat tinggal pulak kurang memuaskan..

      Delete
  6. tak sabar nak baca selanjutnya

    ReplyDelete
  7. bestnya kak yon, saya pernah solat raya di Turkey, masuk blue mosque pun pernah. pasti kak yon enjoy nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi seronok babYpose dpt beraya di Turkeykan..
      memang rasa teruja nak masuk masjid biru, acara wajib dlm list lawatan..

      Delete
  8. wah jalan2 ke turki pula bestnyer..hati2 jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulillah.. dah selamat sampai rumah paridah..

      Delete
  9. Wahh..x sabar nk tunggu next entry!

    ReplyDelete
  10. Kakak rasa ramai yg teringin nak jejak kaki ke Turkey
    Tapi tak semua dpt peluang tersebut
    Bestnya Kak Yon... kakak dpt tengok gambar-gambar dan baca N3 pun jadilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ky pun rasa camtu Zakie.ramai yg ada impian itu. cuma rezeki belum berpihak. insyaAllah akan sampai sana juga nanti..

      Delete
  11. Turkey salah satu tempat dalam list kak zai. Tak tahu bila dapat peluang untuk pergi.

    Nanti kakyon update gambar banyak2 ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah tempat yg tak jemu di lawati selain Mekah dan Madinah. insyaAllah akan updet dgn gambar sekali nanti..

      Delete
  12. pergh macam nak melancong ke turki juga lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah onlajer..jgn tak pergi..cuti2 ke Turki :)

      Delete
  13. Mesti nanti banyak cerita yang nak dikongsi kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ky kongsikan apa yg ky ingat ye mala..

      Delete
  14. Tak rindu kat kebun? Tgu cerita dr Turkey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebun seciput rentung..sib baik ada hujan..

      Delete
  15. Alhamdulillah KY, rezeki melancung ni, jangan lupa update kat kami yang tinggal ni ye tempat2 menarik di sana.. jaga diri baik2 ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ana..bnyk tmpt menarik yg dilawati..

      Delete
  16. berbaloi tu utk 8h7d ... nak baca entry seterusnya ...

    ReplyDelete
  17. bos SA pun baru balik dari Turkey

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY nmpk ramai org kita kat sana..dh mcm tempat sendiri pulak :)

      Delete
  18. Assalamualaikum ky, betul tu, selain dari madinah dan makkah tidak rugi melawat ke turki, masjid banyak dan makanan pun halal. Kita tumpang bangga dengan kejayaan Sultan Fatih menawan konstantinople kan.:) ... untuk daddy ziyyad, turki boleh buat diy sebab mereka sangat mesra pelancong. Boleh naik metro/tram bermula dari airport lagi. public transport sangat reliable. saya cadangkan pilih hotel berdekatan dengan masjid biru, sebab banyak tempat-tempat menarik hanya berjalan kaki sahaja bermula di situ. Untuk pengunjung muslim tidak perlu beratur bila masuk ke masjid biru ada laluan khas. Jangan lupa singgah ke muzium panorama ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Anoy, Terimakasih singgah dan komen.
      Ye.. lain kali boleh buat diy. Sepanjanng jalan berdekatan masjid biru banyk tmpt menarik dan tmpt shopping..jadi bolehlah jalan sambil bersantai..

      Delete
  19. Seronoknya KY....okje entah bilalah dpt melancong ke sana....Mekah pun tak terpergi lagi ni....Insyaallah tunggu pencenlah gamaknya barulah boleh pusing negara orang

    ReplyDelete
  20. Seronoknyer dapat jalan tempat orangg.. leh menyaksikan keindahan negara depa pulakk... doakan saya plak leh g pas nih ya...

    http://supernifzvitamin.com/khasiat-lemon/

    ReplyDelete
  21. Murah tu Kak Yon..RM4000 lebih je utk 8 hari

    ReplyDelete
  22. wow...turkey!!! dari dulu dok pasang hajat nak ke sana. murah la pakej yg kak yon ambil tu. tp tu lah saya ni kalau boleh pi melancong mls nk ambl pakej seb nnt terkejar2 ikut schedule diaorg. lg pula sometimes pergi sndiri lg murah.. cuma nya certain negara susah nk buat sndiri kan, so terpaksa ambl pakej juga =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..