*

Monday, 27 October 2014

bila musim hujan tiba

Assalamualaikum..
 Musim hujan dah tiba.. bersiap sedialah wahai pokok-pokok rose dihalaman. masih banyak pokok bunga rose yang harus di selamatkan. kena angkat dan letakkan di teduhan. kalau tidak, harus pokok rose KY terkena penyakit Kanker kerana akarnya terendam dalam air yang berterusan..
sudahlah di tinggalkan beberapa minggu tanpa jagaan..daun dan bunga jadi kering dan keriting angkara thrips, penyakit black spot yang daunnya berbintik hitam bagai tahi lalat dan scale pulak bermaharaja lela..dilihat mengerutu sepangang batang pokok. hadoii hai!..banyak naw kerja nak buat bagi mengerjakan binatang tersebut..
tak pasti berapa pasu yang boleh diselamatkan nanti..
inilah salah satu aktiviti bila musim hujan tiba untuk menyelamatkan pokok rose dari mati begitu saja.
sebenarnya KY sudah mula  merasa berputus asa menanam pokok bunga rose. commitment yang tinggi haruslah di beri untuk menghasilkan pokok dan bunga yang subur dan cantik. Sedangkan masa untuk KY  bergarden seperti dulu sudah tidak mengizinkan lagi..huhu


 yang masih mahu berbunga walaupun  hampir hangus..


tidak semeriah dulu..

 JR perlu di replant..

 kawasan kecil..tapi macam-macam pokok ado..





 pokok rose ini semua akarnya telah merembat kebawah tanah, harap musim hujan kali ini tidah merosakkan akarnya..bertabahlah kamu ye..

 tetiba tumbuh pokok ini..KY biokan aje dia menjalar


 JR yang sentiasa meriah tak kira musim apa..





 kawasan tepi rumah semak samaun dengan tanaman berdaun hijau..

 laluan kebelakang rumah..bila lah nak panggil aneh bangla tu nak suh potong rumput..

 kawasan belakang  rumah, pokok daun kari dah meninggi, menengelamkan pokok daun pandan dibawah perdunya..

 pokok herba..apa nama ntah..main tanam jer. ubi nya boleh buat ulam untuk awet muda..katanya..
pokok lada bila di semai takmau idup..bila di campak tumbuh pulak.KY nak biarkan aje kat situ.. bio dia idup sendiri. kalau alih kedalam pasu , sure mati punya. pengalaman akak ler..huhu
 lagi satu herba tak tahu nama, katanya..hantu tak suka kacau bebudak kalau letakkan daunnya dalam rumah. petua nie untuk bebudak yang kena sawan tangis....hihi


 daun kesum hidup subur, pokok kunyit sepasu dah kering tak bersiram, sepasu lagi masih selamat..

pokok serai..banyak sudah jasanya..

 pokok limau purut, umur dah tiga tahun..masih bantut lagi. mana taknya, pantang tumbuh daun..ranap. kalau tak cik belun yg pelahap tu mkn, tangan ni yg gatai jer nak memetik..heheh


 lagi pokok herba.. belalai gajah. katanya boleh merawat penyakit kencing manis. tidaklah KY pernah mencubanya..






43 comments :

  1. banyaknyaaaa...rajinnyaaaaa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rajin juga Anies..masa pun kekadang tak mengizinkan..

      Delete
  2. Cantiknya laman kakyon dipenuhi dengan macam2 tanaman. Suka tengok roses tapi kak zai tak serasi. Pernah tanam tapi tak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanaman hijau menyegarkan mata kan Zai, roses memang cantik, tapi susah nak jaga. Ky pun separuh jer serasinya..hehe

      Delete
  3. Wah.. segar mata memandang bila melihatkan semua tanaman di laman KY ni. Sukanya.. kalau laman saya asa 1/4 daripada KY punya ni pun dah cukup lawa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim hujan ni subur lah dia..sedap mata memandang..

      Delete
  4. Kakcik suka tengok rumah yang dihiasa dengan tanaman - tak kiralah pokok bunga atau pokok buah-buahan...tapi kakcik sendiri tidak suka hendak bercucuk tanam... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY dulu pun tak berapa minat, sejak terjebak dgn minat tanam roses..tak boleh berhenti dah..

      Delete
  5. As Salam KY,
    festime tahu ada herba halau hantu...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam @na,
      kalau tak silap namanya pokok jerangau..

      Delete
  6. Kalau rumah banyak kawasan tanah utk ditanam memang seronok. Kakak tengok dah macam kawasan rumah kampung kakak aje KY. Semuanya ada. Senang. Kalau rumah kakak banyak tanah macam ini alangkah bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan rmh KY banyak tanah. boleh kalau nak tanam pokok pisang atau pokok mangga dan rambutan barang sepokok. tapi KY tak minat pulak, susah nak uruskan sampah sarapnya nanti. jadi tanam pokok yg senang di urus mcm pokok belimbing buluh..

      Delete
  7. Kudup2 bunga ros KY...mak aii hampir 30 kudupan( bilang tau)...kat rumah ada 4 kudup setangkai pun dah seronok kemain......pokok belalai gajah baru tengok kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai hari ini kudup tu tak kembang lagi pun..kena thrip, jadi hangus.
      tengok rupa pokok tak sama dengan namanya..hehe

      Delete
  8. Pokok ros kat rumah saya pun byk yg mati sebab kanker. Yang tinggal pun tak begitu subur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim hujan ni lagilah cepat jer jadi kanker

      Delete
  9. Cantik semuanya. Bila tiba musim hujan. Nak selamat pokok dari mati kena alihkan tempat yang kurang kena hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terutama pokok rose...sakit pinggang jadinya. sib baik dah tukar pasu plastik, ringan sikit..

      Delete
  10. Assalam KY.. tumpang seronok tengok semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak secantik halaman Suka Suka :)

      Delete
  11. musim hujan spesies yang berbunga kurang berbunga mcm petunia..sal malas nak beli bunga baru sebab tengah hujan sekarang..yang ada sekarang pun sal biarkan ajer dia tua..pokok cili sal tak pernah berjaya tanam..hihihih..asik sakit jer..pokok rose pun dua spesies tu jer yang hidup..japanese rose lagilah..dengan sal takmo berkawan langsung..daun jer semata dia bagi..kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sal..rupanya musim hujan nilah kita kena berehat dr bergaden. rahmat hujan. Jr tu merajuk..dia tahu tuan dia buat bunga lagi cantik di sulaman kain..hehe

      Delete
  12. terhibur hati bila nampak bunga2 kembang mekar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang membuatkan hati berbunga-bunga Tehr..

      Delete
  13. Sejuk nya tangan kakyon menanam pokok ye semuanya menjadi... suka saya tengok rumah dikelilingi pokok2 ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat tanam pokok kecik dlm pasu bolehlah Yati. kalau pokok besar mungkin tak hidup kut, tanah penuh dengan batu kerikil..huhu

      Delete
  14. zila klu tanam bunga..suka hangat2 taik ayam..he hee..memula semngat gila..llma tggl gitu jew..malas kak..tp suka tgok pokok bunga ros..segar mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY pun kekadang camtu Zila..ikut mood pun ye..hehe

      Delete
  15. Kalau saya tanam apa pon semua tak hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis tu..dah kena tanam..tentulah tak idup..hehe

      Delete
  16. Apabila hasil tanaman kita menjadi...rasa berbunga2 dalam hati kan...bagai taman yang indah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sebenarnya sukakan tumbuhan hujau di halaman. sejuk mata memandang. dari bela semak yg menghijau lebih baik bela tumbuhan yg bermanfaat pada kita kan..

      Delete
  17. Ya Allah, cantiknya taman akak. Bunga..herba..sume ada! Suka saya tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulullah Ujie..adalah sepokok dua..

      Delete
  18. Salam KY.byk nya tanaman semua menjadi.sy tanam cili pun tak menjadi.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY tanam cili pun tak menjadi juga..

      Delete
  19. Baru tau KY cerewet rupanya menjaga Rose ni.... Yelah Rose kan cantik KY, wangi pulak tu mestilah cerewet menjaganya....OKje mmg belum datang minatnya tu...hihi Entah bila nak datang minat pun tak tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terjebak udah ler OKje..nnti payah nak berenti mcm KY nie.kalo ikutkan dah mcm jaga baby pulak..hehe

      Delete
  20. assalamualaikum KY. saya baru berjinak2 dengan ros ni. Sejak2 jadi WAHM.. buat hilang stress... kat rumah saya hanya yg subur ros kampung.. ada org bagi tahu.. ros magenta.. ntah la... salam kenal ya KY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm zue. Salam kenal dari KY.
      betulla tu..nama salah satu rose kg..magenta namanya. Bau dia wangi n keras sikit. Satu lagi damask..bau lembut sikit. Dua2 pun tahan lasak juga..

      Delete
  21. bunga rose ni cantik dan wangi..tapi part nak menjaga nya tu perlukan kesabaran yang tinggi kan

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..