*

Friday, 5 September 2014

tazkirah jumaat

 Assalaamualaiku..
salam hari jumaat yang penuh barokah..
akak copy paste dari group whatsaps kejiranan akak. bagus nasihat ini untuk  kita hayati di hujung2 usia ini..

Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj

10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas. 

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada. 

6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.

8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam
kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT) 

10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~

14 comments :

  1. tak kira tua muda.. kena selalu ingt mati..
    bukan yg dah tua je..

    yg muda, sila buat simpnan dr sekrng.. dah tak ada simpanan...bila dah tua cam na nak rancang simpanan.

    kalau nak hidup tenag.. kena hapuskan bnda2 negatif.. sikit2 maafkan sesiapa yg bersalah..ingat kita pun pernah buat salah. sengaja atau tak sengaja.

    ReplyDelete
  2. yg no 4 tu kakyon suami dah pesan awal2 lagi...biar anak jaga sendiri anak mereka kelak.

    ReplyDelete
  3. Jm rasa nasihat ini boleh juga digunapakai bagi JM yg berusia 30-ni jugak kak Yon :-)

    ReplyDelete
  4. Pada kakak N3 ini adalah peringatan buat semua lapisanlah KakYon
    Tak kira yg tua mahupun yg muda. Kena ada perancangan dari awal. Yg pasti bila dah berusia jgn sibuk nak cari harta tak sudah. Cukup-cukuplah yg ada tu bimbang tak terpakai sebaliknya carilah bekalan utk hari akhirat..

    ReplyDelete
  5. CT rasa berguna untuk semua lapisan ni. dari muda kena pandai merancang untuk masa depan.

    ReplyDelete
  6. mati bukan hanya untuk orang berusia
    sentiasalah kita beringat
    mudah2an kita beroleh rahmat selamanya
    dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  7. saya rasa nasihat ini juga sesuai utk semua orang...terima kasih di atas perkongsian...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    terimakasih share..satu perkongsian yg banyak manfaatnya.

    ReplyDelete
  9. yg jangan tinggalkan apa2 kat anak yg boleh buat bergaduh tu betul sesangat kak. dah byk contoh dah kita tgk kan.

    ReplyDelete
  10. Peringatan buat kitsa semua....

    ReplyDelete
  11. Salam Kak.. TQ memperingatkan sesama kita. :)

    ReplyDelete
  12. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.


    YANG NO. 4 NI...SANGAT SETUJU...

    ReplyDelete
  13. bagus benar sepuluh nasihat tu. Betu-betul untuk orang yang semacam saya.

    ReplyDelete
  14. Moga okje dipanjangkan umur supaya dapat menikmati umur sampai 50 tahun KY.....

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..