*

Wednesday, 3 September 2014

mengedit masa

Assalamualaikum..
sekali sekala bila ada masa kelapangan akak rajin juga membaca semula catitan akak yang lepas. kekadang tergelak sendiri dengan apa yang akak catit dan kekadang mengeditnya semula menjadi lebih baik dan sedap di baca. almaklum.. kekadang semasa mencatit tu akak mengikut mood akak masa tu..jadi apa yang akak rasakan masa itu..itulah yang tercatit. boleh saja kalau akak nak padamkan kesemuanya jika terasa tak perlu nak dikongsi di sini. tapi macam tak bestlah pulak kan. biarkan sajelah..apa yang tercatit akan menjadi kenangan buat akak dan sesiapa yang terlibat dalam kehidupan akak.. 



..dan alangkah bagusnya jika kita boleh mengedit masa masa lalu kita.. sama seperti kita mengedit catitan diblog dan mengedit status di FB kita.. 

18 comments :

  1. Masaaa yang laluuuu, tak akan kembali lagiiiii (eh...tetiba nak nyanyi pulak...) hehehe...

    ReplyDelete
  2. ahaks...Kak Yom seperti JM gak...dulu waktu ada masa lapang try terjahentri lama2..bila baca balik rasa..ehh..JM tulis mcm ni..x best je ayat..terus edit heheh..tapi skrg dh x sempat nk edit semua tu nk up entry baru pun becinta je..masa yg lepas mmg x boleh nk ubah kan kak melainkan kita pastikan kehidupan hari ini dan esok lebih balik dari sebelumnya :-)

    ReplyDelete
  3. kalaulah kita dpt mengedit masa lalu tentu kita nk jdi yg trbaik kan kakyon....

    ReplyDelete
  4. Takpe kak.. masa yang lalu pasti satu kenangan yang terindah... yang mana kenangan pahit tu dijadikan pengalaman yang berharga... kalau ada apa yang boleh kita buat pun pasti buat yanh terbaik untuk masa depan. Saya pernah juga fikir apa akan jadi kalau keputusan lalu saya buat yang lain daripada apa yang telah terbuat, tapi rasa macam tak percaya Qada dan Qadar Allah pula kan...bila dah insaf tu barulah dapat tenangkan hati..

    ReplyDelete
  5. Yang dah lepas biarlah ianya berlalu. Sebolehnya biarlah hari2 yang mendatang lebih baik dari yang lepas.

    ReplyDelete
  6. saya pun semalam baca semula blog saya zaman universiti dulu. ya Allah sangat malu.terus saya delete.haha

    ReplyDelete
  7. Wah kak...rajinnya akak edit semula ye....hihihihi

    ReplyDelete
  8. sm la kite..pastu gelak sorg2 ;-)

    ReplyDelete
  9. Benda dah berlalu. Tak kan kita nak meminda sejarah. Tak apa lah Yon. Jadikan saja benda2 begitu sebagai .... " sedih bila teringat tapi indah untuk di kenang."

    ReplyDelete
  10. Betul tu,, bagus sangat kalau boleh , kita nak yang baik-baik saja kan...
    semalam adalah kenangan
    hari ini pasti
    esok belum tentu.....

    ReplyDelete
  11. biarlah ia jadi kenangan yg mematangkan kita..

    ReplyDelete
  12. Kena hargai masa. Kena hargai masa yang ada sekarang dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  13. Kena hargai masa. Kena hargai masa yang ada sekarang dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  14. tulah tanda kematangan kita..
    ada benda yg tak boleh diulang.. tapi kalau boleh kita nak benda yg lepas jadi pengajaran.. buat yg lebih baik, kalau dah baik.. kalau tak baik, tak mahu berulang...

    pst... kita pun suka gak baca blog sendiri..haha..

    ReplyDelete
  15. kalo baca entry kat blog lama yang penuh emosi rasa nak golek golek satu rumah sebab malu. tak tau nak sorok muka kat mana. dengan ayat konon-konon muda remaja sangat. hihihi.. CT pun suka jugak edit edit ni. kekadang kusyuk sampai tanak kuar bilik.

    ReplyDelete
  16. heheheeh kalau edit masa lalu, nanti berubah pulak masa kini... tak best plak... masa lalu jadikkan tauldan jek ... semoga kita ada ruang dan peluang untuk sentiasa perbaiki diri dan berbakti mengumbang kepada org lain, inshaAllah.. :-)

    ReplyDelete
  17. Memang semua harapkan dapat diulang semula mass tapi hakikatnya tidak ..... Semoga yg berlalu jadi pengajaran dan tauladan buat kita

    ReplyDelete
  18. Penuh makna entri KY ni.....
    Semakin lama dlm dunia blog ni semakin matang tulisan kita kan KY...gitulah kehidupan kita...moga semakin lama hidup kita ni semakin tambah baiklah hidup kita...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..