*

Monday, 29 September 2014

Ke Langkawi bersama Malindo air


 Assalamualaikum..
 Kejadian berlaku pada 16 September lepas..tapi di sebabkan kebizian yang melanda KY, baru hari ini berkesempatan nak berstori..
Bila  minggu giliran menjaga cucu  tiba..KY merancang percutian keLangkawi. Kebetulan waktu itu cuti sekolah. Teruja nak bawa cucu ke 8 KY naik kapalterbang. masa baby dulu pernahlah naik..stori ada kat sini..
bila nampak kapalterbang atas langit dia akan sebut.."there aeroplane!. nampak cahaya kapalterbang atas langit waktu malam pun dia boleh  cham..

Kebetulan pula Oya mengambil cuti Mandatory, jadi kami berpakat pergi bercuti bersama. Turut serta bersama kami ialah cucu sulong KY. Sengaja mengajak Dhani, untuk berkawan dan bermain bersama dengan Aydeen nanti..

Bila bercuti tidak dirancang dengan awal/betul, dalam kata lain tergesa-gesa, maka banyaklah perkara yang tak sedap berlaku..
flight tiket, kami booking bersama Malindo Air. itu sahaja yang murah pada tarikh tersebut, total fare MYR180 dengan bagage allowance 15K seorang. Baby pula cuma MYR76 seorang..
Bersama Malindo Air kami mendapat pengalaman sedikit kurang manis. pada mulanya  penerbangan yang dijadualkan pada jam 10am, ditunda 2jam, kemudian di tunda lagi sehingga jam 2.20 pm..
masak punggong di buatnya!!
huhuhu..


 
Meninjau bayang kapalterbang yang belum muncul.. 

 


Apa nak di buat lagi..buatlah xtiviti sendiri..




memandangkan waktu penerbangan sudah melewati waktu makan, Pihak Malindo air menyediakan makan tengahari. bunyi macam best jerkan! takde maknanya!
 tengahari tu kami makanlah 2 ketul ayam KFC sorang..


kesedaran sivik dan faham perasaan orang lain sangat kurang di kalangan orang kita kan? bayangkan satu kapal terbang serbu restoran KFC untuk makan, ada yang sanggup duduk meleka dengan hanfon memasing, tak terpandang akan ramai lagi yang sedang berbaris panjang untuk mencari tempat duduk ? 
kisah KY pulak, sedang kami menanti giliran "Chop meja" tetiba datang satu kumpulan berdiri juga sebelah kami. Bila meja yang kami chop tu kosong, sesuka hati dia tawarkan kepada "suku sakat keturunan dia ". jangan nak kata Melayu tu "RASIST"..awak tu lagi kuat RASISTnya.
Senang jer jawapanya..sori saya tak nampak awak!
 "ingat aku ni sengaja nak menchongok depan kau tu!!!!
kalau bukan sebab nak bercuti..harus KY menyinsing lengan..hahah
jaga mood..redha ajelah..semua rancangan Allah



alhamdhulillah..akhirnya datang juga kapalterbang tuu menjemput kami..



waktu  tidur sudah terganggu. nasib baik Aydeen tidak meragam. masuk saje dalam pesawat signal telah pun di beri...apa lagi..zzzzzzzzlah




amboi! rezeki En. Papa dapat tempat selesa!
dua-dua pun Saleh, Yang sorang tu mat salleh, yang sorang lagi Hj Saleh..
 serupa ke? hehehe 
Apa pulak berlaku selepas ni..kena tunggu stori seterusnya..










21 comments :

  1. Bila kakak baca KY punya N3 ini memang mereka yg lebih dari kita sebenarnya. Apa lagi org atas terlalu memberi muka pada mereka. Ramai yg tak sedar diri malah menganggap kita kaum kedua - siapa tak geram. Mujur tak bertemu buku dgn ruas kalau tak mahu ada yg tunduk memandang simen tak berani angkat muka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak dah pengalaman KY dgn kaum ini sejak kebelakangan ini. Memang menjengkelkan, menunggu masa yang sesuai untuk menemukan " buku bertemu ruas" tapi sampai bila ye?

      Delete
  2. memang tak best bila flight kena delay ni Kak....sabar je lah!.. yang paling tak best lagi bila kes2 mcm di atas berlaku.panas juga dibuatnya.. senang2 je kan, kita yg dok tunggu lama kt situ buat2 tak nampak... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila flight delay, jadual yg kita atur jadi berterabur. macam sengaja jer dia buat kat KY

      Delete
  3. Cuti-cuti Malaysia ka Kak Yon, cemana seronok di Langkawi?
    sejak zaman henpon2 ni, masing-masing buat hal masing2 tanpa memikirkan hak orang lain, nmpak 'keakuan'

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde jemunya ke langkawi tu..sentiasa seronok mencuci mata dan poket dgn pinggan mangkok..
      betul tuu sud@is..henpon inilah yg menjadikan 'keakuan' tu menebal dalam diri individu tersebut..

      Delete
  4. tak pelah kakyon pengalaman tu mengajar kita lebih bersedia hadapi di masa depan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah SI..kita mengenal hidup ni melalui pengalaman yang kita pernah lalui..

      Delete
  5. Saya seronok kat bab cari meja makan tu...memang sangatlah selalu jadi macam tu..dah habis makan tapi still duk berleka macam tak nampak orang duk pegang pinggan makan tercanguk kiri kanan cari meja..dah kena banyak kali dah kes ni...paling kerap kat rumah kenduri...nak bersembang panjang pun tengok tempat dan keadaan lah kan....tak kesian ke kat orang yang berdiri kelaparan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kerap berlaku di majlis kenduri kawenkan mala. itu sebab KY selalu cepat atau lewatkan sedikit masa kemajlis kawen, tak nak duk tercangok menunggu orang hanis makan, rasa malu pun ada..huhu

      Delete
  6. ish..memang perit kalau flight delay ni kan.lagi-lagi kalau kita nak terkejar-kejar ke tempat lain pulak.

    takpelah, yang penting selamat sampai kan...tak sabar tunggu sambungan entry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman pertama flight delay ni Sal, kira ok lagi. pernah pergi ikut satu tour agensi ni..tiket pun dia tak beli..haru betul!!

      Delete
  7. ebatnya pengalaman ky naik malindo air yer..semuanya selamat urusannya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulillah..semua ok sebenarnya paridah..

      Delete
  8. hoho...flight delay memang sangat tak best..buat kita risaukan macam2..tambah plak bosan menunggu...huhu..

    saya pon baru balik dari langkawi berkursus di sana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali naik delay lah pulak..tapi servis bagus..

      Delete
  9. Allah..lamanya delay..4jam lebih! Rosak plan kat Langkawi tu. Rasanya ni kali kedua blogger cerita psl Malindo Air yg suka delay lama2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman pertama naik flight delay sampai 4 jam ni Ujie. nasib cucu tak meragam.
      kompeni baru..masih perlukan masa untuk jadi yg terbaik..

      Delete
  10. Teringin pulak nak naik kapalterbang bawak anak anak gi Langkawi KY...... Kalau naik kereta memang masaklah punggung kitaorang apa lagi Pak Jilap hehe....
    Seronknya Aydeen bercuti ngan tok ngan wan yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY lebih suka naik kereta..selalu pun naik kereta jer.. OKjer. cuma kali ni nak bawak cucu naik kapalterbang.. kekdahnya..hehe

      Delete
  11. JM belum pernah try terbang dng Malindo ni...boleh lah cari mana2 destinasi yg murah..Malindo ni fly dari subang or KLIA2 eh kak Yon

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..