*

Tuesday, 30 September 2014

ke Langkawi bersama Malindo air part2

Assalamualaikum..
 menjengok masuk kedalam pesawat Malindo air, hati yang suam2 panas terus sejuk dengan layanan mesra adik-adik pramugari yang comel lagi bersopan. walaupun pakaian belum di kategorikan sebagai sopan.
dulu KY pernah ada pengalaman buruk bersama pramugari Airasia sehingga handpon KY di rampas!!
Dah banyak kali KY bersama MAS, adik-adik pramugari tu sentiasa melayan mesra penumpang dengan seikhlas hatinya. Sehinggakan kehadiran KY dalam pesawat pun diketahui..
malindo air..tempat duduk  yang luas dan selesa. taklah bersesak-sesak macam naik bas lompat-lompat..hehe
walaupun penerbangan dari KLIA2 ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 50 minit, kami di beri minuman dan snak buat alas perut. penerbangan 50 minit itu KY rasa  sekejap sangat dah sampai..
selepas mengambil bagasi..en papa mencari agen perkhidmatan kereta sewa. tak susah pun kerana mereka bersedia menanti pelanggan mereka. dapatlah kami menyewa sebuah kereta toyota vios yang agak bàru sikit dari kereta vios KY, dengan harga sewa RM200 untuk 3 hari 2 malam. kami dikehendaki membayar deposit RM50..bila kereta dipulangkan nanti deposit akan di kembalikan..

semasa menempah bilik penginapan Oya ada bertanya KY, nak duduk hotel mana? KY kata..teringin nak duduk chalet..atau rumah kampung..nak rasa suasana bercuti dikampung. selalu duduk dipekan jer..rasa bosan pulak!

masuk dalam kereta..memasing dah kelaparan sbb tak lunch dengan betulkan. En.papa kata baik kita chek in dulu..pastu baru makan. tapi..majoriti kata nak makan dulu..
Sampai kampung Tok Senik, selepas berpusing-pusing tak jumpa jalan menuju kesana, dah dekat jam 5 ptg. pandangan pertama KY bila sampai sana..alamak! kenapa pilih tempat ni..rasa semacam jer!

lepas ambil kunci bilik  oya terus memandu mènuju arah lokasi yang di beri. Sudahlah gelap, jalan berbukit dan sempit, berbelok-belok pulak tu..rasa seram pun ada, tapi sebenarnya takde apa-apa pun.."cuma KY sorang saja yang merasa camtu kut"..huhu

Lepas semua bagasi dipunggah kedalam rumah yang mempunyai 3 bilik, tapi kami ambil 2 bilik saja..mereka sibuk nak mandi.  Memang perancangan awalnya..kalau sampai awal kami nak berenang di swimming pool sepuas-puasnya..
Tapi rancangan terbantut memandangkan hari dah gelap walaupun jam belum pukul 6 ptg.



KY takutlah bermalam di rumah lama..

11 comments :

  1. assalam kakyon, bercuti ke langkawi yea, seronokkan pi ramai-ramai, tak sabar tunggu cerita seterusnya.

    ReplyDelete
  2. Memang terbaik perkhidmatan Malindo ni Kakrose. Nak kena selalu guna macam ni.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi naik malindo...huhuhu

    Best apa duduk rumah lama.tapi dengan syarat kena ramai-ramai. Kalau sorang saya pun takut. Hehe

    ReplyDelete
  4. Akak stay Tok Senik tu ya? Saya aritu plan nak ke situ gak, tapi lepas baca review bloggers...saya batalkan niat tu. Tmptnya sunyi dan jauh katanya. Tak sesuai utk kami yg berdua je. Akak ramai2 ok kot.}

    ReplyDelete
  5. Hihi... dah seram pulak:) kata nak ala-ala kampung bila kena rumah macam tu takut pulak KakYon ni. Tapi mesti sejuk menggigit tulang bila tengahmalam sampai pagi sebab ala-ala kampung. Kakak suka macam tu KakYon.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya pergi bercuti kat Langkawi....Bunda belum pernah sampai kesana lagi...

    ReplyDelete
  7. seronok baca cerita kakyon bercuti ke Langkawi ni...kelakar lah kakyon ni takut rumah lama pulak...hihiii

    ReplyDelete
  8. Katanya nak bermalam dichalet....udah takut pulakkkk...hehe
    Tak pe le KY kalau takut esok tukar hotel jer

    ReplyDelete
  9. hasben saya pon puji service malindo air. katanya lebih selesa berbanding airasia. kakyon duk kat tok senik ke. bukan ke org kata tempat tu 'keras'. heheh.

    ReplyDelete
  10. acik pun takut KY,..hotel budget pun tak pe kalau acik asalkan dalam pekan..penakut kalau pi tempat orang

    ReplyDelete
  11. mmg suasana kampung betul nih...apalah yg terjadi lepas tu yek

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..