*

Monday, 4 August 2014

suasana raya pertama

Assalammualaikum..
salam lebaran hari ke8
zaman keseronokan suasana menyambut hari raya pada akak sudah berlalu. semangkin lama semangkin tidak terasa kemeriahannya..
akak melihat anakanak dan cucucucu yang teruja menyambutnya. melihat mereka seronok akak pun tumpang rasa seronok. begitulah putaran hidup ini. kalau dahulu akak selalu "bercelotih" pada emak..bila melihat emak seperti buat tak kisah bila nak sambut raya..sekarang barulah akak paham situasi emak akak masa tu. kalau dah takde perasaan..memang takde buat persiapan apapalah.setakat ala kadar saja..
kali ini mungkin anakanak akak pula "bercelotih" tapi dalam hati saja kut kenapa ibu mereka buat tak kisah saja bila nak sambut raya..
akak ada alasan akak sendiri kenapa akak tak rasa seronok berhari raya tahun ini..huhuh


bahagia mereka..bahagia akak juga. indahnya kehidupan mereka..bertambah indahnya kehidupan akak..

sibujang..cucu sulong akak. perwatakan sangat menyenangkan hati..

 cucu kedua akak  masih dapat upah puasa. sejak umur 7 tahun dah puasa penuh. bila darjah lima nanti tak dapat lagi upah puasa ye Pia..

 cucu ketiga..si photogenik Aye. bercita2 nak jadi model tudung muslimah ;)

 cucu keempat..Affy. manjanya kemain. mentang mentanglah dia "wang katang syuwang"
sape pun tak dapek nak nolong kalau dia merajok..
"wang katang syuwang" tu merujuk kepada panggilan manja abahnya masa kecik juga..hahaha
Affan cucu ke5 akak ni lagi kelakar. baru berumur 6 tahun. dah dekat nak berbuka.. tetiba minum air.pastu bagitau siap.. "kita minum air tau! bila tanya.. kenapa? " kita dah tak tahan sangat nie..haus!

cucu ke 6 akak. syamin. kesian dia. belum layak dapat duit upah puasa..tapi merengek2 kat ibu dia..kata.."Shameen pun nak jugak!!
sekali tu ibu dia bagi sebeban duit singget.. suh atoknya pura pura bagi upah puasa kat dia..hehe


Aydeen Naufal..semasa kami shopping raya bersamanya..
cucu ketujuh akak. dijangka tahun ini beraya bersama kami. tapi takdir mengatakan dia beraya bersama keluarga sebelah sana. kami redha saja..ada rezeki tahun mendatang beraya bersama kami pula..
cucu ke8 akak..Saif. ci tenit ni pun cibuk dengan duit rayanya.tengoklah.. kecik2 dah kenai duit..bukan main genggam lagi duit tu kuat2..hihi






8 comments :

  1. mn aci x puasa dpt duit raya ;-)

    selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya maaf zahir batin kak yon..
    Seronok kakyon dah ramai cucu..saya menantu pun lom ada ..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kak yon cucu ramai...mesti meriah kan..selamat hari raya!!

    ReplyDelete
  4. Meriahnya...selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  5. Meriahnya kak yon....suka tgk cermin kak yon ada bunga rose....

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya kak (moga tak terlambat ucap)..

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Maaf zahir batin KY....
    Betullah KY....memang berbeza sambutan Hari Raya kita sekarangkan...faktor usia ....
    Seronok tengok anak cucu ye KY...Mana gambo KY nya? Teringin nak tengok!

    ReplyDelete
  8. wah..ramai cucu..mesti meriah raya bebudak ramai! saya pun tumpang seronok anak-anak buah dan sepupu je dah besar-besar ni.takde feel sangat..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..