*

Thursday, 7 August 2014

suasana raya ke7

Assalamualaikum..
salam lebaran ke11
sudah sebelas hari berlalunya Syawal..ada sesiapa yang sudah selesai berpuasa enam?
akak baru nak merangkak rangkak..
InsyaAllah semuga di beri kekuatan dan kesihatan yang baik..Ameen..
kekadang susah sangat nak menulis entry. sebenarnya bukannya susah sangat pon.boleh jer tulis apapa yang berlaku disekeliling kita. dalam masa 24 jam sehari semalam tak mungkin takde perkara yang boleh di kongsikan, tapi semuanya bergantung pada mood juga kan..

sudah ada mood nak kongsi cerita raya pada raya ke7..
family @adik beradik n anak cucu sebelah Mr.Papa sangat ramai dan rapat. kalau di kumpul semuanya hampir tak muat rumah. Sesekali mereka berkunjung beraya tersangatlah meriahnya.
seronok melihat keakraban mereka. keakraban ipar duai yang seperti adik beradik sendiri :)

 
 
  mereka melepak dimana mana yang mereka rasa selesa..


 tuan tanah kedawong bersama adik iparnya. kenapa senget jer bang?
******

sebelah petang menerima kunjungan adik beradik akak pula. 
terlampau leka berborak hal2 keluarga..ini saja gambar yang sempat di kongsi bersama..







28 comments :

  1. Masa beraya inilah saat merapatkan hubungan silaturrahim KakYon
    Walau letih dan penat tapi jauh disudut hati puas dan gembira

    Alhamduillah kakak dah selesai puasa syawal sebab raya ke 3 kakak dah mula puasa dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdhulillah..cpt zakie selesaikannya..

      Delete
  2. saya baru mula puasa hari ni...harapnya berjaya habiskan puasa ni cepat... seronoknya tengok gambar2 ni semua, nampak meriah dan ceria raya akak... ramai dapat berkumpul sama tu, bestlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puass 6 bnyk dugaannya..akk berkurung kat rmh sambil kemas apa yg x smpat buat bulan puasa lepas..

      Delete
  3. meriah kan kalau keluarga ramai..seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nmpknya gitulah mama..harap biarlah berterusan ditahun depan juga

      Delete
  4. selamat hari raya kak..
    masih meriah lagi..bestnya..
    ni dah masuk keje sunyi jer..takde meriah sangat kat kl ni..kalo kampung lain la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya buat Zee juga..
      first n 2nd raya balik rmh kg memasing..hujung minggu baru berkumpul baraan reramai..

      Delete
  5. Saya lom mula pun puasa enam... hasben dah mula dulu...
    Meriahnyer raya! suka la gk pic2 raya meriah..
    saya lom berkesempatan nak update cerita raya...
    malas nk cerita tak ada gambo
    tapi malas pulak nak transfer gambo dari kamera/phone bagai hahahaha//

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka tengok pic raya bloger lain. Dpt sumber inspirasi deko rmh, fesyen n mcm2 lagi..

      Delete
  6. Amboi..meriah sungguh. Seronok Yon adik beradik dan saudara mara ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik bradik suami akak x ramai tapi meriah..mereka suka bergurau..adik bradik akk rsmai tapi pendiam..serius jer..hehe

      Delete
  7. Meriah sungguh melihat keluarga ni.. seronok kan bila jumpa sanak saudara ni kakyon..
    Saya belum mula lagi kakyon.. tunggu ABC habis dulu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ABC? Teringat entri Zakie..hihi
      masih ada masa lagi Yati..pelan2 kayuh..

      Delete
  8. seronoknya kalo kumpul ramai2 mcm ni pastu masing2 rapat plak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keakraban hubungan kena dipupuk dari kecil lagi. Mereka tak kekok pun bergaul sesams sendiri. Cuma kena ada batas pergaulan dan pakaian yg perlu dijaga..

      Delete
  9. eratkan silaturrahim diantara keluarga kunjung mengunjung ziarah dihari raya...waktu ni la pun ramai sanak saudara berkumpul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa raya inilah boleh berkumpul..hari biasa tak jumpa dudk jauh..melainkan ada kenduri kendara..baru jumpa semula..

      Delete
  10. SEronok baca entry ni ... especially bila ada keluarga yang besar mcm kita ...
    sesekali dapat berkumpul ramai2 memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni semua cerita nostalgia keluar..mengenang kembali cerita raya lepas..hihi

      Delete
  11. sekali berkumpul sampai ke dapur kan kakyon..namun keakraban tu lah yang akan tetap dikenang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ana..tak kisah nak duk mana.janji mereka selesa duk rmh akak. semua sudut dimanfaatkan bersama :)

      Delete
  12. pagi sampai ke petang melayan tetamu
    keletihan yang menyeronokkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu TR..setahun sekali jer letihnya..tapi keseronokan di kenang sepanjang usia :)

      Delete
  13. rumah kak yon luas..boleh lah ramai2 berkumpul time raya camni mmg selesa lah..best kan suasana begini itupun time raya tak pun time kenduri :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. time raya jer boleh berkumpul JM. nak kumpul time kenduri jarang sekali. bila jumpa lagi tahun depan..ahli pun dah bertambah..haha

      Delete
  14. bukan selalu dapat berkumpul ramai2 macam nie.. time raya jer la kan.. Meriah! =D

    ReplyDelete
  15. Bkn slalu dpt bertentangan mata mcm ni knnnn

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..