*

Wednesday, 13 August 2014

celebrate birthday julai

Assalamualaikum..
Sambutan birthday bulan julai masa ni bulan Ramadhan tertangguh ke bulan ogos..
mencari tempat yang sesuai memenuhi keperluan keluarga  pun mencabar juga. semua tempat makan di Shah Alam kami dah terjah. rasa tak best pulak kalau makan makan kat tempat yang sama berulang kali.  Homest Restoren seksyen 15 yang kami belum pernah  pergi..

 akak pun membooked satu bilik untuk anak/cucu makan dengan selesa. kalau makan kat tempat biasa nanti  menganggu orang lain yang nak makan. maklum keletah cucu cucu akak ni luar biasa sikit. kecoh sekampung di buatnya nanti..hehe



3 orang ahli yang di raikan memotong kek..
 
 mak mak..merajin rajinkan lah melayan anak anak ye.. ;)

 sempat pulak cucu cucu bergambar tepi kereta siUpin dan Epin yang parking kat sebelah hujung jalan..

bestnya jadi baby. suka hati nak tido bilabila masa yang dia suka. si bambam Saif tak terganggu langsung dengan hiruk pikuk kakak n abang n sepupunya. dia syok jer tidor..




 lepas makan si Along mengajak kami melihat bunga api.Jakunnya akak..pertama kali melihat rupa bunga api yang belum di bakar. Along dapat dari adik iparnya.. adik iparnya pula dapat dari sesorang yang berkuasa untuk merampas dari di jual secara terbuka. nampak gayanya penguatkuasaan Kerajaan untuk mengharamkan penjualan mercun dan bunga api tidak akan berkesan..sekiranya "harapkan pagar..pagar pulak yang makan padi" 
 huhu.
inilah aktiviti membakar duit. RM100 tu kalau masukkan ke tabung GAZA..MasyaAllah sangat besar ganjarannya..

 p/s: PAGAR ialah sejenis burung. Nak buat apa harapkan pagar lagi yang sememangnya  suka makan padi? carilah alternatif lain..yang betul2 boleh menjaga sawah padi..



 

22 comments :

  1. Salam Kak Rose..meriahnya sambutan hari jadi....ada anakcucu semua.Bestnyaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      anak2 tinggal area shah alam juga..jadi senang nak berkumpul, kalau jauh susah juga..

      Delete
  2. Meriahnya. Seronok sambut ramai-ramai macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucu cucu yg memeriahkan..:)

      Delete
  3. seronok kalau sambut hari jadi dengan ahli keluarga.. sama macam saya... tak payah jemput org luar.. dah ramai yg sambutkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..sebenarnya sambutan tu tak penting sangat.lebih kepada merapatkan hubungan silaturahim kekeluargaan..

      Delete
  4. Barulah puas OKje dapat kenal KY dgn menatap photo photo yg happening ni...Tentu seronok dapat berkumpul anak menantu dan cucukan KY....
    Homest ni Restoren Chinese Muslim kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      haah, homest tu restoren chinese muslim..

      Delete
  5. Meriahnya KakYon.
    Kalau dah kumpul macam ini memang semuanya senyum tak sudahlah.
    Makan pulak sedap-sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naluri ibu..memsng seronok bila tengok mereka tersenyum..

      Delete
  6. meriahnya kak yon!! seronok tengok..

    suka ayat kak yon yang last tu..

    p/s: PAGAR ialah sejenis burung. Nak buat apa harapkan pagar lagi yang sememangnya suka makan padi? carilah alternatif lain..yang betul2 boleh menjaga sawah padi..

    haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sekolsh dulu.. ingatksn PAGAR tu pagar. Dok pikir.. kenapala pagar pulak boleh mkn padi? Hehe

      Delete
  7. seronoknya kak..sekali celebrate sampai 3 orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celebrate jamak Zee..jimat masa..

      Delete
  8. seronok juga kumpul bday dalam sebulan sekali ni, pasti meriah bila makin ramai2 sambut kan kak yon, selesa bila dapattempat yang sbegitu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk tahun ini celebrate reramai..dah mula januari lepas.bila bebudak dh ramai kenala cari tmpt yg sesuai buat mereka. Nanti kita yg happy..org lain pulak terganggu..

      Delete
  9. wah anak cucu kakyon pun dah meriah gitu....
    kat kg sya dulu si pagar tu siap bawa balik dan sendiri yg bakar .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriahlah raya family sipagar..dpt bakar bunga api bila raya..

      Delete
  10. selamat hari lahir buat mereka semua..semoga sihat sentiasa aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..amin..yarobbaalamin..

      Delete
  11. Replies
    1. dema kata.. " tq kak anies..:-)

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..