*

Tuesday, 22 July 2014

teh perasa pandan

Assalamualaikum..

pernah minum teh perasa pandan? 
Sedapnya...
minum pulak masa dia tengah suam suam panas..
tapi bukan teh yang sedia ada perasa pandan tau! 
tapi ada ke teh sedia ada perasa pandan?
yang akak maksudkan..buat teh perasa pandan yang kita buat sendiri..



 Masak air gula dan bubuh sehelai daun pandan. bukan daun serai ye..heheh. biasanya sekilo gula akak masak bersama 1.5 ltr air. sedang sedang jer pekatnya..

dah sejuk masuk laa dalam botol ke.. tupperware atau tipuware pun boleh. Bila masa nak buat teh, bancuh teh macam biasa..pastu masukkan air gula tadi. nanti bila ada tetamu datang takyah nak kacau sudu laju-laju dalam teko..kelenting..kelentung..kelentang..
makcik kacau jer pelan pelan..macam lenggang mak limah..hehe

 sedia untuk di minum
Sluuurrpp...wangi dan nyaman..

29 comments :

  1. maksudnya air gula yang bubuh pandan lah ya kakyon?...teringin juga nk buat teh perasa pandan ni ... air gula tu boleh juga buat sirap pandan kan kakyon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..guna airgula pandan untuk buat teh.cubalah SI.takkan hampa punya..:)

      Delete
  2. Assalammualaikum kak,
    kat kampung, mak selalu buat macam tuh. senang bilamana tetamu datang terus bancuh ajek. selalu juga terminum terus air gula tuh sbb letak dalam peti ais bercampur dengan bekas air yg lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sukaxplo..
      hehe.. itulah yg terjadi pada org kat rumah ni. tak berani dah nak tukar botol airgula tu..takut ada tersalah minim pulak..

      Delete
  3. Assalam kak..
    Tak pernah lagi minum teh pandan, biasanya sirap pandan. Kut2 teringin nanti boleh la buat mcm ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm Zefa..
      buat Zefa jgn tak buat..kiranya ada 2 khasiat dalam teh tu..

      Delete
  4. Kalau dekat kampung kakak bila nak ada kenduri kawen org yg rewang akan buat macam ini KakYon. Tapi kakak tak terfikir utk buat sendiri kat rumah. Nak ikutlah... sebab kakak pun suka aroma pandan dlm air teh tu KakYon. Sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab rewang2 ni seronokkan..macam2 masakan diorang buat. masa nilah mereka tunjukkan bakat memasing. tetiba teringat kat kg akak dulu2 diarang buat teh dari beras goreng..sedap juga..

      Delete
  5. ni dulu Mak saya selalu buat..tambah pewarna merah dan gula lebih sikit, dah jimat tak payah beli sirap

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kalau buat sirap memang guna kaedah mak Sal buat. akak tak beli sirap yg sedia tu..rasa kurang sedap. yg buat sendiri tu lagi sedap..:)

      Delete
  6. Bila cerita bab ni, teringat zaman posa kecil2 dulu. Arwah ayah suka sangat dengan teh halia + pandan. Siap satu cerek besar jerang. Selalu makan lepas buka posa atau waktu sahur. Aroma dia sangatlah nolstalgia bagi kakak. Bila kami dah besar tak ada lagi teh halia sebab masing-masing dah ada minuman kegemaran. Teh halia tinggal cuma untuk bapa saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak lagilah pulak mala. zaman kecik mak orang susah. jarang dapat berbuka dgn air manis. hari2 berbuka dgn teh halia kosong. tapi itu pun dah rasa sedap. sesekali dapat air batu sirap selasih punyalah happy..hingga tak terkata..

      Delete
  7. Ahaaa..kak Yon..JM tak pernah minum teh pandan nih..selalu minum teh perisa strawbeery or lemon yg di beli dari CH tu...so boleh lah try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cumalah Jm..pasti sedap..ada umphh!

      Delete
  8. Alhamdulillah kak yon, macam menarik, Insyaa Allah ana teringin nak cuba.tq tq kongsi idea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda simple jer ana..tapi rasanya tak mengecewakan..

      Delete
  9. Pernah jugak buat...tapi masa rendam uncang ,panas2 koyak2kan daun pandan masuk sekali rendam dan tutup teapot...

    ermmm, wangiii teh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga buat macam tu kalau minum seorang duakan. kalau tetamu ramai kena juga masak air gula pandan :)

      Delete
  10. menarik jgk idea ni kak yon. senang lain kali bila nak buat air utk diri sendiri. heheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. itulahkan. hari2 minum teh nanti kena sembelit pulak..hehe

      Delete
  11. Mesti sedap kan teh ada aroma pandan. Boleh cuba juga hari raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap CikM. akak dtg beraya nanti hidangkan teh ini nye..;)

      Delete
  12. macam menarik idea ni kak yon..nanti nak buat la..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea dtg secara kebetulan jer mama. masa anak akak buat teh, kebetulan gula dah nak habis, jadi dia campurkan air gulapandan yg akak buat khas untuk bancuh minuman kodial kedalam teh tu. sekali rasa sedap pulak..

      Delete
  13. teruja nak buat juga ni..kak yon

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..pakat2 kita buat air teh pandan ni nampaknya Knor..

      Delete
  14. ooo boleh try..air gula ni penting waktu raya..senang wat air

    ReplyDelete
  15. boleh try ni.. ingatkan time bancuh teh masukkan pandan sekali :P

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..