*

Tuesday, 8 July 2014

Tazkirah Ramadhan

Untuk  tazkirah agar kita tidak menyesal apabila berlalunya Ramadhan.....
Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..'
(Forwrded msg buat renungan bsma)

21 comments :

  1. Alhamdulillah sebuah perkongsian yang menginsafkan..tq kak yon

    ReplyDelete
  2. sharing yg sangat menarik kak yon...tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing is caring kan mama :)

      Delete
  3. Perkongsian yang berguna. Semuanya akan menyesal bila dah tahu yang sebenarnya benda berat tersebut emas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya begitulah..kita amat susah nak ambil peluang. walau pun peluang ada di depan mata..

      Delete
  4. Muhasabah diri yg bermanfaat kakyon.. kita bila melalui cerita pengajarannya.. baru rasa terkesan dihatikan kakyon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah ini boleh di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. hargailah apa yang ada bersama kita..bila kita abaikan sampai masa ia akan hilang /tinggal di belakang kita..masa tu kita akan menyesal kerana mengabaikan benda yg pernah kita ada..

      Delete
  5. Sungguh KakYon manusia ni memang tak lari dari menyesal. Dalam kehidupan sekarang pun kadang kita diburu rasa kesal. Kenapalah dulu tak belajar rajin-rajin, kenapalah dulu tak ambil course marketing, kenapalah itu dan ini. Itu belum lagi mati. Kenapalah masa ramadhan tak baca quran, tak terawih, tak sedekah - jadi kita buat semampu boleh sekarang. Kakak ni memang tak sekuat itulah - masih melatih iman diri sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan kakak....

      Delete
    2. setiap manusia tetap ada rasa kesal dalam diri mereka..kalau tidak mereka akan rasa sempurnalah. sedangkan hanya Allah saja yg sempurna. penyesalan juga boleh memperbaiki kekurangan diri dari melakukan kesalahan lagi..

      Delete
  6. umur pnjng.. kalau disia2 kan ruginya..
    tp tu lah manusia.. alllah dh bgi byk peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muga kita bukan dalam gulongan org seperti itu kan PB..

      Delete
  7. Paling menyesal mengingatkan masa yang disia-siakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga kita menghargai masa yang kita ada selepas ini..

      Delete
  8. tazkirah yang menginsafkan....

    ReplyDelete
  9. Marilah kita menyesal skrg kerana menyesal kemudian tiada guna nya lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pepatah orang tua-tua kata kan JM, di guna pakai sepanjang zaman..

      Delete
  10. menginsafkan kak, memang kite selalu lalai dan alpa
    sebab tu ada pepatah, menyesal dulu pendapatan menyesal kendian dah takde guna
    moga kite sesama amik iktibar
    tq kongsi kak
    :)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih KY....sgt bermakna cerita ini....
    Takutnya KY....kadang tu kita ni tau tp malas tu yg mengatasi segalanya, akhirnya terlepas... harap harap Allah bagi kekuatan pada diri ini....

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..