*

Monday, 7 July 2014

demam..batuk..selsema..

Assalamualaikum..
diam tak diam dah lebih seminggu kita dalam bulan ramadhan..
kesihatan akak pun belum berapa pulih. bersilih ganti pula dengan Mr.Papa, batuk selsema dan demam.. dan sekarang  anak perempuan akak pulak yang demam,selsema dan batuk..

dugaan buat kami sekeluarga di ramadhan kali ini. belum sekali pun akak dapat ke surau atau masjid..begitu juga dengan Mr.Papa hanya beberapa kali saja dapat ke surau.
tapi itu semua tidaklah menjadi masaalah, di rumah pun kami boleh melakukan solat sunat terawikh, cumanya bila sudah menjadi kebiasaan..kami merasa tidak puas kalau tidak dapat berjemaah bersama jiran tetanga dan jemaah yang lain..

 bila demam..selera makan pun pun kurang..kekadang hampir tidak berselera langsung. paling banyak minum air..sampaikan semua jenis air minuman  di buat dan di beli..


tak berselera nak makan..tapi anak perempuan akak kata dia berselera nak makan udang goreng kunyit. akak dan Mr.papa pulak rasa berselera nak makan ini..
 

24 comments :

  1. sedapp tooo udang goreng kunyit my faveret.....dari tak lalu jadi berselera....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selera mkn dah mai..mkn sampai berpingan2.. :)

      Delete
  2. Yelah kak yon, bulan puasa ni saya dan suami pun kurang sihat. Asyik nak bersin saja. Selera nak makan pun berkurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn minum ais hazila. akk tak minum ais baru rasa sihat sikit..

      Delete
  3. Semoga cepat sembuh kakyon

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulillah..dah sihat sikit..

      Delete
  4. Ujian bulan ramadhan ni KakYon.
    Apa pun janji apa yg teringin dpt ditunaikan ok juga kan.
    Moga semuanya cepat sembuhlah hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah nak menguji ketabahan hati ini.ada juga hikmah yg akak dapat disebalik ujian ini..

      Delete
  5. Selera berlainan yer kak.... Bila tekak tengah rasa tak sedap, asam pedas mcm tu memang mampu menambat selera.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila selera berlainan..buatlah memasing nya menu..huhu

      Delete
  6. kita pun batuk lg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap PB cepat sihat. minum air suam panas banyak2..

      Delete
  7. kesiannya kakyon ....masih tak sehat lagi ke....moga semuanya cepat sembuh agar dapat berpuasa dengan selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdhulillah..
      sihat dah..dapatlah akak berterawi di surau..

      Delete
  8. Bunda dah dua hari ni batuk...tapi tak serius sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah musin batuk ni Bunda..elakkan diri dari ketempat terbuka..lagi pun jerebu nie..

      Delete
  9. Kak yon banyak minum air putih ye dan kurang makan makanan berminyak eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah JM..itulah yg akak buat..baru ok..

      Delete
  10. Dugaan Ramadhan....bila sakit apa pun tak selerakan KY....tp oklah dah dpt asam pedas cili hidup tadikan hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe..bertambah2 selera akak OKje..cuma tak dapat makan ikan lidah separoh jer..hehe

      Delete
  11. Assalammualaikum Kakyon
    skrang cuaca sgt panas & sesetengah tempat berjerubu. elakkan pergi ke tempat sesak macam pasar ramadhan. kalau beli kat pasar ramadan pon kene tengok juga sbb kadang2 ada makanan tercemar :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      tak pernah lagi kepasar ramadhan.takut dengar banyak cerita makanan tercemar. kalau nak beli makanan pun pergi beli kat kedai makan yang kami selalu pergi.

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..