*

Monday, 21 July 2014

cerita 23 ramadhan

Assalamualaikum..

selepas lebih 20 hari berpuasa..baru semalam menjejakkan kaki ke pasar ramadhan. mencari sedikit juadah buat iftar. sebenarnya bukan tujuan semata-matahendak kesana..

semalam temankan anak perempuan akak menyopping last minit keperluan raya untuk Aydin. Akak pulak menyopping untuk baki2 keperluan Mr.Papa. keperluan akak awal-awal lagi dah siap..cuma keperluan rumah nak kena tachap2 sikit. kalau sempat buatlah..tak sempat tidak mengapa..
Selepas seharian bersesak dengan orang ramai di Komplek PKNS, SACC dan Shah Alam Mall memang rasa letih sangat.Tambahan sambil bergilir menjaga baby Aydin yang bambam..jadi kami bercadang nak makan secara ringkas untuk iftar nanti. papa kata teringin nak makan lemang, akak pulak teringin nak makan lontong dan anak perempuan akak kata dia nak masak spegheti  oglio olio. semuanya yang ringkas ajer..
jadi semasa di komplek PKNS tadi akak siap dah beli 5 batang lontong. balik nanti tinggal masak kuahnya saja. bahan pun memang dah sedia ada dlm petiais..
Sebatang lontong RM2.50. akak siap dah tempah 20 batang untuk hari raya nanti.
 



sebelum balik kami singgah dulu digerai lemang yang biasa kami beli di Seksyen 17 bila setiap kali raya. rendang pun dia jual sekali. Mr.papa beli rendang daging, sebab dia tahu kalau beli rendang ayam pasti akak tak makan..
harga sebatang lemang RM10. Rendang daging sebekas tu RM6. sebenarnya akak nak test try rasa sedap ke tidak rendang tu. kalau sedap boleh oder masa raya nanti. tapi Mr.Papa kata..baik awak masak ajelah rendang tu..huhu



on the way nak balik Mr.Papa lalu depan pasar ramadhan...
akak singgah dan tawap satu pasar..hehe.
tetiba akak sampai disatu gerai menjual kueh akok..
MasyaAllah..lamanya akak tak makan kueh ini..
tetiba akak rasa sebak, rasanya nak menitis airmata akak ni..
 kenapa?
tetiba akak terkenang anak perempuan akak semasa zaman remajanya..
dia sangat sukakan kueh ini. setiap kali bulan puasa inilah kueh yang di pesan pada papanya setiap kali papanya kepasar ramadhan. walau dah tinggal di asrama hingga ke universiti..setiapkali ada peluang beriftar bersama kami kueh inilah juga yang di pesannya..
selepas dia berumah tangga..selama hampir 3 tahun ini..langsung akak terlupa akan apa yang disukainya..huhuhu
kasiannya anak perempuan akak..apa yang dimakannya semasa iftar yang lepas..waktu dia berjauhan dari akak..huhu




 spagheti  aglio olio..dari air tangan Oya.reguest dari Mr.papa juga..



31 comments :

  1. Sedapnya. Ada macam-macam hidangan.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. serba sedikit CikM, janji nak rasa..

      Delete
  2. salam kak,
    masa bulan puasa la, pelbagai jenis makanan kita boleh dapat. kalau pergi ke bazar, mmg tak sah membeli..hehehe. saya pon, baru ni beli lemang sbb teliur sgt, bila nak makan, rupanya lemang tu dah keras da..makan yg lembut tengah2 tu jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa inilah kena kawal napsu..jgn tewas dengan kehendak anak tekak..hehe
      akak pun cukup tak suka lemang yg garing..terlebih bakarlah tu..

      Delete
  3. kita pn suka g shpg s.alm dr kl.. kl crowded sgt.. tp thun ni.. off.. rasa dah tmpah awal2..anak kecil ni.. x lart nya nk g shpng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah biasa dgn tmpt tu senang nak shopping. terus tuju jer..

      Delete
  4. Oh... samalah KakYon kalau di JB pun lontong daun pisang tu harga dia RM2.50/- tapi lemang di sini agak mahal ada yg cecah sampai RM15/- cuma buluh lemangnya besar sikitlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga standard lah tu ye. kat sini harga lemang ikut sizedan tempat juga Zakie..

      Delete
  5. Aduh... kakyon dah tunjuk menu raya ... menggoda sungguh di pagi hari ni Kakyon ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni anak2 beraya rmh akak dulu Yati. kenalah lebihkan menunya..:)

      Delete
  6. pkns mmg happening bila nak raya ... rambang mata jadinya . byk tu 20 btg lemang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tak sah kalau raya tak shopping dipkns kompleks.kat sana semuanya ada..

      Delete
  7. Nampak lemang Yon dah rasa macam nak makan lemang lah pula arini, hai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari mala..jgn sampai tunggu raya baru nak mkn.. :)

      Delete
  8. mula mula baca sebatang lontong terkejut jugak acik..bila tengok gambar baru tau..macam sebut sebatang lemang jugak kan..acik tak pernah buat lontong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aii..kalau sebatang lontong rm10 lupakan sajalah Acik..kita makan nasi himpit ajelah..

      Delete
  9. Meriahnya mcm2 ada...tak ringkas la tu...lama x mkn kuih akok ni...sedap terasa manis dan lembut...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kueh akok yg ni sarah..tak terasa hamis telornya.ada yg orn jual sangat hamis rasanya..

      Delete
  10. Kak....saya tak tau pun ada orang jual lontong di shah alam tu... Sedapnyaaaa. Lama saya tak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aziela..ada jual di pkns area supermarket tu..rendang pun ada jual..

      Delete
  11. kakyon dah merasalah lemang sebelum raya ya....di sini pun dah banyak orang jual lemang di tepi2 jalan...tapi memang lh kata kakzakie tu kat sini agak mahal....kalau ada yg 10rm pun kontot je buluhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemang bukn makanan feveret org johorkan..tu sbb mahal sikit kot..kat sini bila mlm raya lagi mahal harganya..

      Delete
  12. sedapnya lontong, tak sabar tggu raya
    mil masak rendang dan lontong
    salam kenal sis ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali Irfa..
      terimakasih sudi singgah sini. seronok masih ada mil..dpt makan masakan sedap dari beliaukan..

      Delete
  13. Lemang kat Seksyen 17 tu sedap tak? kalau sedap, saya nak try beli...dekat tepi jalan ke atau kena masuk ke dalam area pasar malam tu?

    Takpa..jgn risau, suruh suami anak akak belikan kuih akok...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, lembut jer. kat tepi rumah flat depan kedai dobi relina laundry klau tak silap. gerai tu tersorok sikit kat celah pokok..
      bulan puasa nilah baru jumpa kueh akok kat shah alam ni. hari biasa kena pergi kelantanlah kalau teringin..

      Delete
  14. telan ailio tengok menu iftar akak~
    semua sedap2.. pastu tetiba teringin nak makan lemang.. uwaaaa!
    nak lemang jugak~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar..sabar..lagi seminggu raya. pasni mkn lemang puas puas eh~

      Delete
  15. knor suka juga ke pkns sehsri sblum rsys..membeli lontong daun pisang..dgn ketupat daun palas..dn segala rendang tok diorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terjah jer masa tu boleh dpt ke Knor.akak takut kehabisan jd booking siap2..

      Delete
  16. hari hari CT pergi bazar :p memang tak masak posa ni..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..