*

Wednesday, 16 July 2014

celoteh musim panas..

Assalamualaikum..
sejak akak demam dan batuk hari tu.. tugas menyiram pokok-pokok bunga dan tanaman lain kat halaman rumah di ambilalih olih Mr.Papa. akak cuma bagi celoteh macamana nak siram pokok bila cuaca panas..
Selalunya..amat jarang Mr. Papa nak ambil tahu hal2 kerja tanam menanam dan siram menyiram ni. kali ini berlainan pula..:) .ambik berat juga dia dengan kesihatan akak rupanya..hih
hampir 15 hari juga akak tak menjengok halaman rumah. dengan cuaca panas berjerebu..akak banyak habiskan masa dalam rumah  dengan aktiviti bulan ramadhan. akak takut nak keluar rumah bimbang batuk dan selsema akak datang semula.
  pagi tadi barulah tanaman akak merasa belaian dan mandi dari air tangan akak..hehe
ala kesiannya..pokok-pokok semuanya merana dan kurus kering...

Rose prosperty, sampai dah kering..tak sempat akak menikmati keayuannya semasa dia kembang berjambak.tambahan pula musim thrips melanda..semua bunga rose jadi lebam..hangus..



tiga pokok rose ini yang masih sudi mengeluarkan bunganya..walau pun bentuknya herot pencut..akak tetap happy melihatnya.. 




akak memang tak serasi tanam bunga kertas. taruhlah baja apa dan banyak manapun ia tetap tak berbunga. kata orang bunga kertas ni tak suka air..betulke?
  rumput lebih suburkan..


dah nak tinggal arwah ni..

 ..yang ini pulak seolah terlebih makan..jadi subur sangat. bb yang keluar lebih dari 4 kaki panjangnya. mesti akarnya dah masuk kedalam tanah..selamatlah dia dari serangan kanker..
pokok pun tingginya sudah lebih dari 5 kaki..
moga cepatlah berlalu musim panas ini..supaya tanaman di halaman subur dan segar semula..

7 comments :

  1. Pokok rindu ngan belaian tangan kak yon tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..mcm tak bersemangat dia nak hidup..huhu

      Delete
  2. Sama dengan kita Yon, kalau sakit, yang bahagian dalam rumah tak bimbang tapi pokok-pokok kat luar nuu..adalah yang kering sesetengah bahagian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama kan mala cara mereka menyiram. akak kalau menyiram waktu musim panas ni..mau ambil masa dekat 2jam baru semua pokok puashati mandi..hihi

      Delete
  3. Banyak bunga ros kat rumah awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini dah tinggal separoh jer Izni. yang lain dah arwah masa musim tengkujuh lepas..

      Delete
  4. sukanya tgk laman yg penuh pokok bunga hijau2an

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..