*

Friday, 4 July 2014

bubur kacang durian dan santan M&S

Assalaamualaikum..
baru  terasa badan ni sihat sikit..dapatlah akak kehalaman rumah ..tengok2 pokok bunga kat laman..dah seminggu akak tinggalkan tak bersiram. harapkan En. Papa aje yg buat benda tu. selalunya kalau akak sihat..takde maunya dia menyiram pokok, apatah lagi nak mencabut walaupun sehelai rumput..huhu
bersyukurlah juga..dalam keadaan akak yang tak sihat dia buat juga tanpa di suruh..

walau pun tak berapa sihat akak gagahkan juga untuk memasak juadah berbuka puasa. memang dah pasang niat tahun ini, sebolehnya akak tidak mahu membeli makanan dipasar ramadhan. cabaran buat akak sebenarnya. walaupun  hanya masak sejenis lauk dan sejenis manisan , akak tetap akan masak juga.
sudah 6 hari berpuasa..masih bertahan tak kepasar ramadhan..

semalam dah hampir petang teringin pulak nak makan bubur durian. pesan kat en.papa..balik nanti beli durian ye....

dalam rumah ni..kami berdua aja yg makan bubur kacang durian, maklum selera orang lama. anak perempuan akak tu tak suka, selera orang modenlah katakan.tunggulah nanti bila dah jadi macam akak..baru terbukak selera nak makan bubur kacang durian agaknya..hehe
akak nak layankan kat dia cara nak membuatnya. mana tau tetiba dia teringin nak makan..masa tu pulak akak dah takde. ada lah bahan untuk rujukan dia kan..

 amik kacang hijau 2 cawan, basuh bersih dan rendam sekejap. masakkan dalam rise cooker dengan 3x ganda air. masak sampai kacang kembang. simpulkan sehelai daun pandan masukan dalam periuk. masukan sedikit garam, gula, semanis gula yang di sukai dan santan secukupnya..sekotak pun dah cukup pada akak...

~~~bab santan ni pulak..akak lebih suka guna santan M&S. santan ni dah sebati kat dapur rumah akak sejak M&S lahir lagi. apapun jenis masakan yang berlemak akak gunakan dia saja, kecuali buat rendang..kenalah guna santan yang asli..

akak kalau menyopping santan M&S bukan setakat sekotak dua..kekadang sampai sedozen. malas nak berulang kekedai membelinya..lagipun senang nak menyimpannya~~~

 ..masaklah sampai semuanya sebati dan kecarian bubur tun ikut suka. kemudian masukkan durian kacau lebig kurang jer..nmpak isi durian tu macam nak tanggal dari isinya tu angkat ler..boleh hidang dan makan..





10 comments :

  1. Salam Yon, betul bubur kacang durian ni makanan kesukaan orang lama macam kita ja..

    ReplyDelete
  2. KakYon memang rajin. Kakak selagi ada bazar selagi itulah kakak mesti pergi membeli.
    Semalam jiran kakak bagi kakak bubur kacang durian macam ini juga. Kakak dgn hubby aje yg makan..

    ReplyDelete
  3. semalam baru je mak ecah buat serawa durian...
    aiii tgk bubur kacang ijo ni mcm teringin la plak...
    nak2 kalo dijadikan aiskrim kak...
    seriusss sedapp sangat!

    ReplyDelete
  4. Sedap makan bubur kacang untuk berbuka.

    ReplyDelete
  5. Jgn kata kak yon Jm pun suka mkn bubur kacang ni bila letak durian nyum nyum nyum nk try buat lah

    ReplyDelete
  6. salam Ramadan,semoga sihat2 hendaknya,memang sedap sangatlah bubur kacang durian ni , ana follow no 769,semoga ukhwah akan terus terjalin disini kak yon.

    ReplyDelete
  7. salam kakYong
    nasib baik tengok enry kakyong waktu bukan tengah poser ni...hehehehe
    best kalau letak dalam peti ais...pastu makan sejuk2,,celuk ngan roti fuhh lagi sedap

    ReplyDelete
  8. sedap bubur ni kak..semoga akk cepat sembuh

    ReplyDelete
  9. Kat rumah ni tak pernah buat bubur kacang....sebab memasing kurang suka KY..... Okje pun suka gak guna santan kotak ni senang tak yah memerah hehe.... rendang pun okje belasah sekali KY...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..