*

Thursday, 3 July 2014

Bonus Raya

 Assalaamualaikum..
 
Beberapa hari dah tak melayan suratkhabar..
jadi.. hari ni layan lah puas puas.. 

penjawat awam lagilah  puas hati..bakal mendapat bonus sebagai persiapan menyambut Aidilfitri..

PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan,  bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri juga turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan diakhbar.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.
 
* bukan sikit duit tu makcik oii!! tak kisahlah sikit ke banyak ke..janji mesti di tepati. tak ke gitu?  tapikan..syian pada kami kami yang tak  merasa.. merasa yang barangnya naik saje..yang turunnya entah bila? *

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama

18 comments :

  1. P/s kak syarat GA tu akk tertggl 1... nnt semak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oww yeke.nnti akak chek ..

      Delete
  2. Tulah dengar jugak KY....Seronoklah depa yeh KY .....dapatlah 4 pasang baju kurung Raya ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaknya~~~ sampai 4 pasang baju raya..hehe

      Delete
  3. tumpang syukur alhamdulillah bagi yang dapat
    yang tak dapat, sobar je lah kan
    terpaksa lah ngadap

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah rejeki tak samakan..redho waei lah..

      Delete
  4. Boleh buat bekal hari raya nanti. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dapat tu beringatlah semasa berbelanja..CikM dapat ke?

      Delete
  5. untunglah orang gomen....yang tak gomen ni gigit jari je lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. larrr..watpe gigi jari SI..orang gomen dpt bonus beli cincin..jari kita pulak yg putus nanti..hihi

      Delete
  6. syukur...500 pun bnyk tuhhh hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepaslah belanja laukpauk..kueh mueh masa raya nanti..hehe

      Delete
  7. Dapat Duit Raya lah mereka kan KY.....kita jugak yg melopong....

    ReplyDelete
  8. Rejeki mereka kan Okje..tapi kita Ok jer kan..hehe

    ReplyDelete
  9. Rejeki mereka kan Okje..tapi kita Ok jer kan..hehe

    ReplyDelete
  10. bantuan raya..patutnye tulislah bonus raya..macam susah sangat je orang gomen sampai tulis 'bantuan'
    saya orang swasta..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..