*

Friday, 20 June 2014

sehari masa berlalu

Assalamualaikum..
Masih belum sempat nak berblogwalking. Banyak perkara berlaku minggu ni. Samada kesenangan atau kesusahan semuanya dugaan yang datang dari Nya. kena tempuhi juga tanpa sebarang prasangka..



Balik dari Penang.. minggu giliran akak menjaga cucu pun bermula..
Perasaan hati membuak2 nak balik kampung. pertama..rasa macam lama sangat tak jumpa emak, padahal setiap bulan balik kampung. kedua.. nak ziarah sepupu akak di kampung,  semasa akak di Maldives salah seorang sepupu akak meninggal dunia. tak dapat kami ziarah pada hari yang arwah meninggal, jadi kami cuma pergi untuk bertanya khabar saja. Alfatihah..semuga arwah di cucuri rahmat keatasnya dan di tempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman..Ameen

walaupun masih penat, kami tiga beranak balik kampung juga.
Berjumpa emak kali ini terasa lain macam pula. Nampak sangat emak sudah uzur dan tak bermaya. beberapa bulan dahulu emak nampak sihat seperti biasa. kali ini nampak sayu  dan lesu dan tak banyak bercakap seperti selalu.
biasalah orang tua sudah tidak mampu untuk berfikir lagi..kekadang apa yang di fikirkan tidak sama dengan apa yang di ucapkan..
agaknya emak runsing dengan persekitaran rumahnya. emak sukakan rumah yang bersih dan kemas. senyap dan selesa. bertahun2 emak dalam kebiasaan yang begitu. bila ada perubahan mesti emak rasa belum biasa kurang selesa. Mungkin emak merasakan sudah tidak berkuasa nak malas banyak cakap/tanya..jadi dia redha dan terima seadanya saja. Semuga emak dalam peliharaan dan perlindungan Allah swt..Ameen
kasian emak...huhuuuuu
sebelah petang akak tinggalkan emak yang merenung jauh kehujung halaman..sambil melambai tangan mengiringi akak pulang..

begitulah masa seharian akak berlalu..




18 comments :

  1. Sayu hati mestinya KakYon masa nak tingglkan mak begitu kan..
    Tapi masih beruntung KakYon ada mak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ini memang rasa sayulah zakie..kenapa ntah..huhu

      Delete
  2. Takziah akak. Semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Cik M..doakan terbaik untuk emak akak..

      Delete
  3. Memang kakyon.. kekadang rasa nak balik hari-hari tengok mak kan.. tambahan mereka dah semakin tua dan uzur..
    Takziah buat sepupu akak tu.. semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang raca camtu yati, tapi apakan daya duduk jauh..
      alhamdhulillah..ameen..

      Delete
  4. rasa nak balik rumah =(
    semoga sihat selalu emak akak XD

    ReplyDelete
  5. mmg sayu bila pandang ibu yg mcm tu ... semoga terus sihat hendaknya . al fatihaha utk arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. melihat dia sayu ..kita lagilah bertambah sayu..huhu
      ameen..

      Delete
  6. Kak yon! Jm doakan agar ibu kak yon sihat hendaknya. Salam takziah buat sepupu kak yon tu. Alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih JM, doakan emak akak sihat..
      Ameen..

      Delete
  7. salam kakyon
    Semoga dikurniakan kesihatan yg baik pada mak kakyon dan dipermudahkan segala urusannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..ameen..ya robbal 'alamin..

      Delete
  8. Bahagia masih punya ibu. Jagalah dia sebaik mungkin. Tiada dua dan tiada tandingannya. Semoga mak Yon sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah. betultu..itulah satu2nya ibu kita..Ameen..

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..