*

Thursday, 12 June 2014

kisah udang kering

Assalaamualaikum..
entry auto publish ye..
Beberapa minggu lepas heboh dalam FB mengatakan, di beri bukti sekali gambarnya cara pembuatan udang kering yang sangat meloyakan..
di mana tempatnya tidak pulak di ketahui..*tapi sebenarnya ramai orang dah tahu*
akak pun tak pasti di mana tempat sebenarnya berlaku. Bila dah tahu makanya akak pun rasa was2 nak beli kat area KL ni.
maklum udang kering memang kena sentiasa ada dalam stok,  sebab ianya salah satu perencah masakkan kan..
nasib baik semasa akak ke KK tempoh hari akak sudah beli stok banyak, cukuplah sampai hari raya nanti.
kebetulan semasa chatting dalam FB ada kenalan mengesyorkan supaya belilah udang kering di Tanjung Dawai Kedah. katanya..semuanya buatan orang islam.
bila akak ke Kedah tempoh hari..akak pun singgahlah kesana..




 gerai semuanya nampak seperti kepunyaan orang melayu. harga pun boleh tahan juga mahalnya. tapi tak pasti siapa yang mengusahakannya? huhu

gambaran di sini nampaknya menyenangkan hati..hanya nampak kambing2 sahaja yang berkeliaran..hihihi


12 comments :

  1. Rasanya dalam bab perniagaan lazimnya dimonopoli oleh kaum cina...Orang Melayu dibahagian hadapan tu ........semua orang dah tahu....
    Bukan tak ada tokey Melayu tapi jumlahnya amat kurang..

    ReplyDelete
  2. nak cari tokei melayu skrang ni susah sgt dah..huhu..

    ReplyDelete
  3. bgs mcm ni kalau org islam yg buat x de lg was2

    ReplyDelete
  4. Semakin kena berhati-hati dlm memilih makanan hatta dlm negara kita sekarang ni KakYon sebab pengusaha yg bukan Islam lebih ramai berbanding org Islam yg hanya minoriti saja menjadi pengusaha makanan..

    ReplyDelete
  5. Yer la kan kak.... Udang kering dengan ikan bilis kena sentiasa ada dalam stok.

    ReplyDelete
  6. ialah kakyon ,dah kegunaan kita utk masakn sharian pulak tu ....inilah lagi nk gunakan masa raya nanti.. ada ke pilihan kita ? nak pi Kedah tu jauh amat dari Johor ni kakyon...semata2 nak cari udang kering ,hihihiii.

    ReplyDelete
  7. Saya pernah ke sana lama dulu. Sebenarnya bukan semua product disitu keluaran tempatan. Kebanyakkannya di impot dari 'kawan' sebelah. Tapi bagi orang yang biasa dengan tempat dan ada masa boleh tanya2, merayap-rayap sikit kat kampung berdekatan bolehlah pergi beli terus kat tuan rumah. Terutamanya ikan kering.

    ReplyDelete
  8. masakan kalau dicampur udang kering mmg sedap.. terasa perbezaannya

    ReplyDelete
  9. betullah..yg dijual oleh Muslim, tapi blm tentu dibuat oleh Muslim. Kena tanya penduduk sekitar baru boleh tau kot.

    ReplyDelete
  10. Tanjung dawai...udang kering, ikan kering banyak jual kt situ...pernah pergi sekali ingt2 15 tahun yg lalu...

    ReplyDelete
  11. lama tak pegi tanjung dawai.. singgah dan follow blog kak yon

    ReplyDelete
  12. Kat Tanjung Dawai memang banyak jual udang kering dan sebagainya. Selalunya saya pun beli kat situ. lebih segar dan murah.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..