*

Monday, 2 June 2014

JUAL KISMIS MACAM JUAL OTAKOTAK

Assalaamualaikum..
Pagi ni nak stori sikit pasal orang jual kismis di hentian RnR Rawang hari jumaat lepas.
olih kerana cuti sekolah dah mula..mesti penuh semua RnR sepanjang jalan keutara. masa akak singgah di hentian rnr rawang untuk bekpes semua bangku penuh. ada 1 saja meja yg kosong.. itu pun kena share dgn sepasang pasangan muda belia. cukup ramah budaknya..bersopan dan manis..siap suruh duduk dan tanya makcik nak kemana dan sembang2 macam dah kenal lama. bila akak tanya dia balik, dia nak kemana..jawab si perempuan..kami nak balik kampung di Jitra..yang lelaki pulak terpinga2 pandang perempuan tu..hehe
cara dan nampak gayanya berbual2..macam belum kawen. mungkin tunang atau boipren kawan lelaki. lorat percakapan memang gaya utara. andaian akak..agaknya si perempuan nak bawak balik teman lelaki untuk di perkenalkan kepada keluarganya kut..hehe. bila dah selesai makan..mereka minta diri dulu dan bersalaman dengan kami..siap pesan, jalan hati2 ye pakcik. dah macam anak sendiri pulak rasanya. baik budi bahasa orang utara ye..:))



berbalik pada nak stori orang jual kismis tu tadi..semasa kami berempat sedang makan dan seronok bersembang..datang seorang menatang botol2 kismis dalam dulang. dia meletakkan botol2 kismis itu diatas setiap meja.kami berpandangan..ingatkan dia bagi free/sedekah memandangkan hari itu hari jumaatkan dan dari segi penampilan rasa macam belum layak saja..tapi siapalah kita untuk berkata demikian kan..
semua orang berpandangan sesama sendiri tanda hairan. kebetulan seorang lelaki sebelah meja kami bangun terus membawa kismis itu pergi. sepantas kilat penjual kismis tu pergi mendapatkan lelaki tersebut dan meminta RM10.
malu2 alah lelaki tu membayar RM10 kepada penjual kismis tersebut. sambil berlalu dia merungut..larrrr ingatkan free!!!
akak lihat semua kismis atas meja semuanya habis di beli orang. termasuklah di meja akak. apalah sangat RM10 kan! niatkan sedekah saja di atas usaha penjual kismis yang kreatif itu..

begitulah tektik baru orang menjual ye. orang membeli kerana terpaksa kasihan dan bukan keperluan, sama caranya dengan orang menjual OTAKOTAK. letak saja di meja walau tidak di oder. benda sudah terhidang atas meja..mampu ke kita menolaknya. masa tu pulak perut tengah lapar..makan lah apa yg terhidang dulu. bila makanan yang di oder sampai..makanlah apa yg mampu di isi dalam perut.last2 makanan yang dioder tak habis makan..bukanke membazir namanya..



18 comments :

  1. kalau dia bukak mulut pasti org x nk beli. so dia gn cara mcm tu...

    ReplyDelete
  2. Macam tu pun ada...x pernah jmpa lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 cara ada zaman nie..

      Delete
  3. Kalau yg otak-otak tu, biasanya kami rasa satu dulu. Kalau sdp barulah yg lain2 makan. Pastu siap pesan, jangan makan byk2 sbb kita dah order mknn lain. Rugi tak abis. Hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sedapkan ujie..siap minta tambah lagi, mknan oder yg tak mkn minta tapaukan aje..hihi

      Delete
  4. yang otak2 tu biasa
    tapi sedap la plok
    kali kedua pi kedai makan tu
    dah takde dah orang jual otak2 tu..
    sampai la sekarang..
    rindu plak nak makan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkena yg sedap, terasa2 kat tekak nak mkn lagi kan. bila cari lagi takde tu yg frust..hehe

      Delete
  5. Baik begitu sbb kesian pernah lihat budak2 bwk cd jual waktu tgh mkn nk tolak tak sampai hati jd hulur je tanda sedekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kat bebudak tu. mcm ada sendikit jer kan. kekadang serba salah kita di buatnya. di beli seolah mengalakan aktiviti mereka, tak beli rasa kesian pulak..

      Delete
  6. elalu jumpa juga macam ini. Ada yang jual HP pun ada sekarang ini. Tapi hati-hati dan kena berjaga-jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jual HP? kena berhati2..takut HP yg under water..

      Delete
  7. pestime dengar ni kak..
    patutnya letak la harga kat botol kismis tu baru orang tak keliru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ZS. pastu tak kata apa pulak..bila org ambik baru bgtau harga RM10 sebotol..

      Delete
  8. Assalam,

    taktik orang berniaga macam2... yang penting strategi dan cara promosi...orang suke ke tak.. orang marah ke tak... itu belakang kira... janji habis...

    yang jadi mangsa pembeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm,
      pembeli lah kena mainkan peranan..samada nak sokong cara mereka atau tidak.
      beli maknanya mengalakan..
      tapi herannya..kenapa kita tak berani kata ' TIDAK ' kepada perkara yg kita tak suka ye?

      Delete
  9. Yon, ia sama saja taktik orang minta derma surau/madrasah/anak yatim ( sudah tentu yang di luar kawasan/negeri kita ) Kalau di pasar malam depa duduk disetiap jalan masuk atau keluar. macamana pun mesti lalu kut depa juga. Kat rumah depa hantar budak2 asrama..kesian tengok. Kat bank baru-baru ni dia duduk ( la ni tak berdiri dah..) betul2 pintu keluar masuk mesin wang. Orang dewasa pula tu..saya rasa malu sendiri tengok orang melayu buat macam tu..Tau la kutip derma dan kita komen bukanlah kita kedekut cuma kadang2 rasanya cara tu macam tak kena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu Normala, bila kita tak hulur atau taknak beli siap bersungut. mcm nak paksa kita beli/derma. bila mereka menunggu di pintu keluar masuk ATM seolah buat kita rasa bersalah, keluarkan duit tapi taknak menderma. kita tahulah dimana kita patut menderma. kalau di negara China, mereka yg meminta sedekah akan di tangkap dan terus hilang! itu pasal mcmana susah pun mereka berusaha cara mereka lah..hehe. di sini taklah sezalim itu..;)

      Delete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..